kerisnaga Publish time 7-11-2021 11:26 PM

Kandas 3 jam, kereta api funikular terhenti

Kandas 3 jam, kereta api funikular terhentiZuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kandas_1636294835.jpg
TANGKAP layar rakaman video tular yang menunjukkan penumpang terkandas susulan perkhidmatan keretapi funikular Bukit Bendera, tergendala.


Georgetown: Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera, di sini, tergendala seketika menyebabkan puluhan penumpang terkandas.
Bagaimanapun, kesemua penumpang berjaya diturunkan dengan selamat dalam kejadian itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.49 petang, dan sepasukan anggota diketuai Shahrel Anuar Mawardi ke lokasi kejadian.
"Kereta api terhenti dipercayai akibat sistem elektronik mengalami kerosakan.
"Namun sejurus anggota tiba, pengurusan pusat peranginan itu memaklumkan perkhidmatan sudah pulih dan kembali beroperasi, " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Mohd Shakir berkata, pihak pengurusan juga turut mengurangkan kapasiti penumpang daripada 80 kepada 50 orang bagi meringankan kereta api.
"Pihak bomba kemudian melakukan pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan keadaan dan tahap keselamatan orang awam," katanya.
Sementara itu, penumpang, Norasyikin Ishak, 35, berkata, dia dan tiga lagi ahli keluarga terkandas selama tiga jam ketika kejadian.
"Memang ketika kejadian, ramai pengunjung yang hendak turun, namun syukurlah tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
"Cuma saya bimbang apabila berlaku seperti ini, orang ramai bersesak-sesak dan sukar mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya dari Kuala Kangsar, Perak itu ketika dihubungi.
Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 10:20pm





Pages: [1]
View full version: Kandas 3 jam, kereta api funikular terhenti


ADVERTISEMENT