Raline Publish time 7-11-2021 09:26 PM

Acosta muncul pelumba termuda raih gelaran dunia Moto3

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/WhatsApp-Image-2021-11-07-at-8.48.20-PM.jpeg

Pedro Acosta memberi tentangan hebat untuk muncul juara dunia Moto3 di GP Algarve

Acosta muncul pelumba termuda raih gelaran dunia Moto3

PORTIMAO – Impian pelumba Sepanyol, Pedro Acosta untuk melakar gelaran juara dunia Moto3 akhirnya terlaksana selepas berjaya menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Algarve sebentar tadi.

Lebih manis, pelumba Red Bull KTM Ajo itu menjuarai gelaran dunia Moto3 ketika usia 17 tahun dan ia adalah penampilan pertamanya dalam perlumbaan kelas Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pada saingan tersebut, Acosta diberi saingan hebat oleh pelumba Leopard Racing, Dennis Foggia namun pelumba Itali itu terjatuh di pusingan terakhir sekali gus melenyapkan harapannya untuk memberi tentangan pada perebutan gelaran dunia dan membiarkan lawannya itu dinobatkan juara dunia lebih awal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama pasukan yang sentiasa memberi sokongan padu di belakang saya. Saya tak tahu nak ungkapkan perasaan saya ketika ini dan ia adalah pencapaian luar biasa,” kata Acosta.

Acosta menjuarai gelaran dunia selepas memenangi enam kemenangan dengan 259 mata sementara Foggia berada di kedudukan kedua dengan 213.

Kejayaan itu memastikan Acosta menjadi pelumba paling muda berjaya meraih gelaran dunia Moto3 pada usia 17 tahun 152 hari dan mengatasi rekod sebelum ini yang dicatat Loris Capirossi ketika usia 17 tahun 165 hari. -AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/07/acosta-muncul-pelumba-termuda-raih-gelaran-dunia-moto3/

adelea Publish time 17-11-2021 01:40 PM

kesian dia , kena tendang dgn foggia masa kat valencia ...

klu acosta ni , menang moto2 in rookie year 2022 nanti ,
ni la dia bakal pemecah rekod motogp termuda ... :sweat3:
Pages: [1]
View full version: Acosta muncul pelumba termuda raih gelaran dunia Moto3


ADVERTISEMENT