Raline Publish time 7-11-2021 09:24 PM

Mourinho panas baran lagi

Mourinho panas baran lagi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mou67_1636290241.jpg
JOSE Mourinho. FOTO EPA

Rom: Pengurus Roma, Jose Mourinho memarahi seorang lagi wartawan pada sesi sidang media apabila melabelkannya sebagai 'tidak bijak' ketika ditanya mengenai kehidupannya bersama kelab itu.

Pengendali dari Portugal itu sering mencetuskan kontroversi dengan wartawan sejak tiba di Itali.

Sebelum ini Mourinho berang dengan wartawan Norway, Jan Age Fjortoft selepas aksi Liga Konferensi Europa yang menyaksikan pasukannya seri dengan FK Bodo/Glimt, Khamis lalu.

Kemudian kini beliau memarahi wartawan Itali, Maro Juric menjelang perlawanan bertemu Venezia.

Juric yang bertugas untuk Sky Sports Italia, laman web Gianluca Di Marzio dan Radio Sport, bertanya soalan kepada Mourinho: "Sudah enam bulan anda berada di Roma, adakah anda akan mengubah apa-apa dari segi pilihan, permintaan atau apa-apa yang sudah anda lakukan?"

Mourinho kemudian menjawab: "Anda berada di sini setiap kali sidang media. Tapi sama ada anda sangat bijak atau anda mahu orang ramai memberitahu anda langsung tidak bijak.

"Saya mahu menyatakan anda bijak tetapi anda suka melakukan perkara mengikut apa yang anda mahukan."

Mourinho kemudian meninggalkan sidang media berkenaan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/11/774868/mourinho-panas-baran-lagi

Pages: [1]
View full version: Mourinho panas baran lagi


ADVERTISEMENT