kerisnaga Publish time 7-11-2021 08:49 PM

Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas tergelincir

Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas tergelincirZuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemass_1636288144.jpg
ANGGOTA bomba melakukan pencarian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tergelincir di Kampung Perupok. FOTO Ihsan Bomba.


Yan: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai di Kampung Perupok, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.35 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang diketuai Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib dikejar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, ibu mangsa memaklumkan anaknya berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas hanyut dibawa arus sungai ketika hujan lebat.
"Anggota bomba kemudian membuat pencarian di permukaan air di lokasi terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, seramai lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Sungai Petani sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu pencarian.
Katanya, kawasan itu tidak terjejas dalam banjir namun aliran air sungai dilaporkan meningkat selain air yang laju.
Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 8:29pm





paanley Publish time 8-11-2021 09:35 AM

kesian. semoga dapat jumpa dgn cepat.
Pages: [1]
View full version: Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas tergelincir


ADVERTISEMENT