kerisnaga Publish time 7-11-2021 07:53 PM

Mangsa banjir di Kedah kini 797 orang

Mangsa banjir di Kedah kini 797 orangZuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2021-11-07_17-04-15_1636280772.jpg
Paras air yang semakin surut menyebabkan ramai penduduk yang ditempatkan di PPS dibenarkan pulang. FOTO IHSAN APM



Alor Setar: Sehingga jam 4 petang hari ini, jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun dengan 797 orang daripada 212 keluarga berada di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Semua mereka dari tiga daerah iaitu Kota Setar, Pendang dan Pokok Sena.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, penurunan berbanding 821 mangsa daripada 217 keluarga yang direkodkan pada jam 12 tengah hari.
Katanya, satu PPS ditutup pada jam 3.30 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sik.
"Mangsa banjir di Kota Setar paling ramai iaitu 512 orang daripada 137 keluarga yang ditempatkan di enam PPS iaitu SK Langgar (80 mangsa, 23 keluarga); SK Suka Menanti (10 mangsa, dua keluarga) dan SK Darul Hikmah (114 mangsa, 31 keluarga).
"Selain itu, PPS SK Convent menempatkan 85 mangsa daripada 22 keluarga, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent (164 mangsa, 45 keluarga) dan PPS SMK Simpang Kuala (59 mangsa,14 keluarga)," katanya dalam kenyataan.
Mohd Muaz berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Pendang pula cecah 281 mangsa (74 keluarga) yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.
Dalam pada itu, katanya, mangsa banjir di PPS SK Tualang di Pokok Sena pula kekal empat mangsa daripada satu keluarga.
Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 6:26pm









Pages: [1]
View full version: Mangsa banjir di Kedah kini 797 orang


ADVERTISEMENT