kerisnaga Publish time 7-11-2021 06:20 PM

Bomba tambah 1,000 anggota tahun depan

Bomba tambah 1,000 anggota tahun depanOleh Zuliaty Zulkiffli - November 7, 2021 @ 4:39pmbhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bomba_pingat_1636274367.jpg
Mohammad Hamdan (tiga kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada anggota JBPM Kedah. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli


ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat pengambilan 1,000 kakitangan Gred KB19 dan 150 pegawai Gred KB29 dan 41 bagi mengisi kekosongan perjawatan tahun depan.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata ia adalah usaha jabatan untuk memastikan kekosongan jawatan terutama di Bahagian Operasi seperti di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dan tempat yang memerlukan kakitangan di setiap negeri dapat diisi.
Mereka yang terpilih akan menjalani kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia selama enam bulan.
"Selepas tempoh itu, mereka akan dihantar untuk penempatan yang biasanya di tempat kritikal yang memerlukan kakitangan yang ramai serta berkualiti tinggi," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Sijil 30 Tahun Perkhidmatan JBPM Kedah di Hotel Grand Alor Setar, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon dan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Pada majlis itu, seramai 60 pegawai dan anggota dari 19 BBP di negeri ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala 30 pegawai dan anggota menerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan.
Penganugerahan itu adalah antara elemen untuk menyuntik semangat motivasi kepada semua kakitangan JBPM supaya meneruskan tugas mereka.
Beliau berkata, pegawai dan anggota yang berkhidmat hampir 30 tahun atau lebih perlu disantuni untuk memastikan semangat kerja itu tidak hilang dan mereka boleh bekerja dengan lebih bersemangat.





musangbodoh Publish time 8-11-2021 05:13 AM

berita utk halwa telinga ja...tahun depan bulan berapa incik?? bulan 12 ka?? ramai xde keje nie;P

sekian dan kesian...
Pages: [1]
View full version: Bomba tambah 1,000 anggota tahun depan


ADVERTISEMENT