kerisnaga Publish time 7-11-2021 12:48 PM

Penduduk lakukan persiapan hadapi air pasang besar

Penduduk lakukan persiapan hadapi air pasang besarZuliaty Zulkiffli - November 7, 2021 @ 9:26ambhnews@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/air_1636258385.jpg
Anggota polis memantau banjir susulan fenomena air pasang besar di Kuala Kedah. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir


ALOR SETAR: Penduduk di sekitar bandar raya ini dan Kuala Kedah yang terjejas akibat air pasang besar buat kali kedua malam tadi membuat persiapan lebih awal bagi berdepan fenomena yang dijangka berlaku dalam tempoh seminggu.
Siti Nurmuliani Ghazali, 36, berkata banyak perabot rosak selepas ditenggelami air dan terpaksa berpindah ke rumah adiknya.
"Kawasan rumah kerap dinaiki air akibat banjir kilat kerana terletak bersebelahan sungai tetapi fenomena air pasang besar kali ini menyebabkan air naik mencecah paras pinggang dan ramai jiran sudah pindah.
"Saya dan anak ke rumah adik manakala suami, Mohd Radzi Ahmad, 48, tinggal di sini untuk mengangkat barang," katanya yang mempunyai lima anak berusia dua hingga 19 tahun.
Sementara itu, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar melakukan pemantauan di sekitar kawasan rumah penduduk terletak berhampiran sungai dan kawasan pantai di Kuala Kedah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata fenomena air pasang besar berlaku awal pagi tadi dengan ombak setinggi tiga meter lebih rendah berbanding pagi semalam.
Beliau berkata, walau bagaimanapun pihaknya terus membuat pemantauan terutama di kawasan berisiko dinaiki air.
"Segala peralatan, aset marin dan keanggotaan di semua balai sudah diarahkan bersedia dan fokus pada operasi malam tadi adalah rondaan dan pemantauan di tiga lokasi utama iaitu di pusat bandar Alor Setar dan Kuala Kedah oleh BBP Alor Setar.
"Bagi kawasan Sungai Udang dan Pantai Murni di Yan dilakukan oleh BBP Yan dan kawasan Kuala Muda dilakukan oleh BBP Tikam Batu," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata, hasil pemantauan anggotanya di Kuala Kedah, Pantai Murni dan Kuala Sungai Udang semalam mendapati arus pergerakan air sederhana berbanding kelmarin walaupun hujan renyai.
Fenomena air pasang besar yang melanda sejak Khamis lalu menyebabkan sebahagian besar kawasan Kuala Kedah dan bandar raya Alor Setar ditenggelami air.
Ombak setinggi 3.1 meter yang berlaku sejak malam kelmarin menyebabkan banyak rumah ditenggelami air.





kerisnaga Publish time 7-11-2021 12:49 PM

dVAlFiJ91Gs
Pages: [1]
View full version: Penduduk lakukan persiapan hadapi air pasang besar


ADVERTISEMENT