kerisnaga Publish time 7-11-2021 12:08 PM

Dukung ibu lumpuh, air deras masuk rumah

Dukung ibu lumpuh, air deras masuk rumahNoorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dukung_1636253398.jpg
HAIZUAN mendukung ibu mentuanya, Bibah selepas air mula memasuki kediaman mereka di Kampung Banggol Kiat, semalam. FOTO ihsan Norasila Mohamad


Sik: "Suami terpaksa dukung ibu saya yang lumpuh separuh badan untuk menyelamatkan diri selepas air naik mendadak berbanding banjir sebelum ini," kata Norasila Mohamad, 26, mangsa banjir di Kampung Banggol Kiat, di sini, semalam.
Norasila berkata, kejadian banjir kali ini adalah paling buruk dalam sejarah hidupnya apabila air naik hingga ke paras satu meter.
Katanya, mereka hanya fikir menyelamatkan nyawa dan masih dalam keadaan trauma dengan kejadian semalam.
"Hujan lebat sejak 6 petang, air mula memenuhi longkang, saya dan suami, Haizuan Yahya, 40, serta anak-anak mula angkat barang penting ke tempat lebih tinggi, tapi tak sangka dalam jam 7 malam air naik terlalu cepat dan lebih tinggi berbanding banjir sebelum ini.
"Selalunya rumah kami air naik di paras lutut saja tapi kali ini hingga ke paras pinggang, mulanya suami saya dukung ibu, Bibah Che Sue, 68, ke atas pondok di depan rumah tapi terpaksa pindahkan dia ke rumah jiran kerana pondok juga dinaiki air.
"Air di depan rumah melepasi kepala anak-anak sebab itu saya dan suami menggendong mereka dan turut bawa ke rumah jiran yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah. Kediaman jiran saya hanya dinaiki air paras buku lali saja," katanya.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, air deras seperti kepala air menyebabkan peralatan seperti peti ais, mesin basuh serta perabot di dalam rumahnya tenggelam.
Katanya, mereka sekeluarga kemudian diselamatkan oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jam 8.30 malam dan dibawa ke rumah saudara berdekatan.
Bagi suri rumah yang tinggal di Pekan Sik, Norhayati Na Awang, 52, berkata, air mula masuk ke rumahnya kira-kira jam 7.15 malam ketika dia mahu mengambil wuduk.
"Ketika itu saya tergerak hati melihat hujan di luar, sebaik buka pintu saya lihat air deras mula masuk ke halaman rumah dan tidak sampai 30 saat, air sudah sampai ke paras satu meter.
"Saya menjerit minta tolong namun bunyi air sangat kuat, hanya saya dan anak, Muhammad Nor Hikmi Ahmad Jaafar, 28, berada di rumah ketika itu. Saya hanya sempat ambil beg sebelum keluar ke jalan di depan rumah.
"Semua peralatan elektrik dan perabot di dalam rumah terbalik, tiada apa yang sempat diselamatkan termasuklah komputer riba anak saya. Kejadian ini adalah paling buruk selepas Pekan Sik dilanda banjir 20 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Lt (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, banjir akibat limpahan air Sungai Chepir semalam menyebabkan penduduk berhampiran sungai di 10 kampung serta Pekan Sik terjejas.
Katanya, kampung terbabit ialah Kampung Keda Bendang Man, Kampung Seberang Pekan Sik, Kampung Jerai, Kampung Telaga Batu, Tanjung, Kampung Belimbing, Kampung Lubuk Tualang, Kampung Banggol Kiat, Kampung Namek Tua dan Belakang Market Sik.
"Sebanyak dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sik dan SK Chepir yang masing-masing menempatkan sebuah keluarga terdiri daripada tujuh mangsa," katanya.
Disiarkan pada: November 7, 2021 @ 10:50am





kerisnaga Publish time 7-11-2021 12:28 PM

6Mvp7cVmpSc
Pages: [1]
View full version: Dukung ibu lumpuh, air deras masuk rumah


ADVERTISEMENT