mattzzx Publish time 6-11-2021 05:41 PM

Scorpio X1 – motosikal elektrik pertama Singapura

Edited by mattzzx at 10-11-2021 05:14 PM

https://paultan.org/image/2021/11/Scorpio-X1-BM-4-630x630.jpeg

Pengeluar motosikal elektrik dari Singapura, iaitu Scorpio Electric, yang sebelum ini pernah menunjukkan sebuah model prototaip Januari lalu, telah membuka tempahan untuk motosikal pertama mereka, yang dipanggil sebagai X1.
Tempahan dibuka melalui laman web rasmi Scorpio, dan ia bukan setakat untuk Singapura sahaja, tetapi juga seluruh dunia, dengan bayaran awal USD1,000 RM4,150) dan harga penuh USD9,800 RM40,700) tidak termasuk cukai. Penghantaran kepada pelanggan pula disasarkan berlaku pada hujung tahun 2022 dan awal 2023.
Scorpio X1 digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 10 kW dan bateri lithium ion 4.8 kWh 72V 73 Ah, mampu memberikan jarak gerak sehingga 200 km dengan sekali cas dan kelajuan maksimum 105 km/j. Masa mengecas yang diambil apabila bateri kosong ke 90% adalah 2.5 jam.
    https://i0.wp.com/paultan.org/image/2021/11/Scorpio-X1-BM-5.jpeg?w=387&h=387&crop=1&ssl=1


Bentuk serta saiz X1 adalah seperti skuter biasa, dengan menggunakan fork teleksopik di hadapan, satu penyerap hentak di belakang, brek cakera depan dan belakang, lampu LED, penghadang angin hadapan serta dua tempat duduk.

Di hadapan penunggang terdapat skrin TFT untuk memaparkan maklumat penting, dan ia boleh disambung kepada telefon pintar untuk memberikan fungsi seperti lokasi motosikal, navigasi, amaran kecurian, tahap bateri dan pengesan insiden. Selain daripada itu, telefon yang sudah disambung kepada sistem ini juga boleh menghidupkan dan mematikan motosikal.


https://paultan.org/image/2021/11/Scorpio-X1-BM-2-850x733.png

Untuk menyesuaian keadaan motosikal dengan cara tunggangan, Scorpio X1 menyediakan tiga mod tunggangan iaitu Eco, Urban dan Sport, dan ia juga dilengkapi dengan mod gear undur untuk memudahkan pengguna.
Pages: [1]
View full version: Scorpio X1 – motosikal elektrik pertama Singapura


ADVERTISEMENT