CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3807|Reply: 7

[DRAMA MELAYU] AKASIA : MR. BIBIK [SAHARUL RIDZWAN, ZARA ZYA]

[Copy link]
Post time 6-11-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode






Mr. Bibik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Pali Yahya dan Eez Jalaluddin, dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Raja Afiq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 29 Oktober 2021 menggantikan Wifi Sebelah Rumah dan Semanis Senyumanmu.
Sinopsis
Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.
Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.
Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan.
Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa.
Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.
Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon
  • Saharul Ridzwan sebagai Firash Iman
  • Zara Zya sebagai Auliah Izzatunnisa
  • Raja Afiq sebagai Mukhriz
  • Roy Azman sebagai Tuan Halim
  • Norish Karman sebagai Puan Ameena
  • Liza Abdullah sebagai Puan Sabariah
  • Wanns Ahmad sebagai Hudd
  • Dayang Areeda sebagai Arisyah
  • Meor Mohd sebagai Cumin
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Siti
  • Syazuwan Hassan sebagai Zuhairi
  • Watie Sadali sebagai Kiah
  • Sefik Khair sebagai Kent
  • Zazly Baginda sebagai Pak Hanif
  • Jesse Lim sebagai Uncle Lee
  • Aishah Atan sebagai Puan Seri Mariam
  • Azhar Amir sebagai Tan Sri Mahruf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2021 03:56 PM | Show all posts








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 12:24 PM | Show all posts
Rasanya dah banyak episod juga drama ni.

Siapa yang dah tengok, review please..

Baca sinopsis macam klise aje..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai watie elite jd mak alisa..muka seiras
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 08:50 AM | Show all posts
x menarik nk tgk. aulia seorang yg pengotor??? erkkkk.. pastu watak bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 18-11-2021 08:50 AM
x menarik nk tgk. aulia seorang yg pengotor??? erkkkk.. pastu watak bertudung

Ada je pompuan bertudung tp.pengotor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2021 04:27 PM | Show all posts
skrip stok2 utk budak2 remaja baru tumbuh bulu puki
or acik2 andartu kepam bertudung labuh yg kuat fantasi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2021 02:33 PM | Show all posts
beta_carotene replied at 20-11-2021 04:27 PM
skrip stok2 utk budak2 remaja baru tumbuh bulu puki
or acik2 andartu kepam bertudung labuh yg kuat f ...

si saharul terlalu tua utk drama ni..geli aku tgk belakon watak mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.141148 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list