xpdckelate Publish time 6-11-2021 07:03 AM

Wan Azizah undur diri Penaung BAM

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pengunduran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penaung badan induk itu berkuatkuasa, hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mula dilantik sebagai penaung pada 20 September 2018.

Presiden BAM, Tan Sri Mohammad Norza Zakaria dalam ucapannya ketika majlis penghargaan yang diadakan, berkata badan induk berkenaan berterima kasih kepada Wan Azizah di atas minat, semangat dan komitmen yang mendalam terhadap sukan itu dan pembangunannya di Malaysia.

"Pencapaian ketika ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras jurulatih, kakitangan sokongan dan semua orang di BAM. Ini mengukuhkan asas kami untuk membantu kami meningkatkan tahap yang lebih tinggi terutamanya dalam mempersiapkan pemain untuk mencapai kejayaan di Sukan Olimpik Paris 2024.

"Bagi pemain, jurulatih dan setiap daripada kita yang terlibat secara aktif dalam pembangunan badminton, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan yang terbaik dalam semua yang kita lakukan untuk sukan yang digemari di negara ini.

"Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah atas semua yang telah beliau lakukan untuk badminton dan BAM sejak tiga tahun lalu.

"Kami menghargai bimbingan, idea dan input anda untuk mengukuhkan persatuan secara keseluruhan. Sumbangan anda kepada badminton Malaysia akan sentiasa dikenang dan dihargai," kata Norza.

Terdahulu, Wan Azizah hadir mengadakan lawatan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dan beliau diberi penerangan mengenai semua kemudahan di pusat kecemerlangan badminton negara itu selain prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/11/774200/wan-azizah-undur-diri-penaung-bam

xpdckelate Publish time 6-11-2021 07:04 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wan55_1636109386.jpg
WAN Azizah (tengah) menerima cenderahati daripada Norza (kanan). FOTO BAM
Pages: [1]
View full version: Wan Azizah undur diri Penaung BAM


ADVERTISEMENT