Raline Publish time 5-11-2021 08:59 PM

Tular kereta diberi ‘mandi bunga’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/mandi-bunga-1.jpg
Seorang wanita memandikan kereta miliknya dengan mandian bunga. - TikTok

Tular kereta diberi ‘mandi bunga’

JAKARTA – Sebuah klip video menunjukkan seorang wanita memandikan keretanya dengan mandian bunga menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @ekaa*** itu, seorang wanitadilihat memandikan keretanya yang berwarna hitam dan diparkir di hadapan rumahnya dengan air bunga.

Malah, bunga yang digunakan adalah dari tujuh jenis bunga berbeza.

Selepas diselidiki, rupanya, kereta wanita itu dimandikan dengan mandian bunga supaya ia selamat untuk digunakan.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.

“Musyrik, puan. Lebih baik puan bersedekah kepada anak yatim dan berdoa sebelum memulakan perjalan, insyaAllah selamat,” demikian komen seorang netizen.

“Kereta milik dia (wanita itu), yang memandikannya pun dia. Kita hanya lihat sahaja,” komen netizen lain.

“Jika di daerah saya, kereta akan dimandikan dengan mandian bunga, motosikal juga begitu,” komen seorang lagi netizen. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/05/tular-kereta-diberi-mandi-bunga/

Artemesiaa Publish time 8-11-2021 12:20 PM

Kat tanahair lagi teruk dari tu pun ada tapi tak viral je
Pages: [1]
View full version: Tular kereta diberi ‘mandi bunga’


ADVERTISEMENT