kerisnaga Publish time 4-11-2021 09:25 PM

Keputusan kes Ziyad minggu ini

Keputusan kes Ziyad minggu iniOleh Helmi Talkah - November 4, 2021 @ 9:17pmhelmi.talkah@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/zikuas_1636031832.jpg
Reaksi Muhammad Ziyad Zolkefli ketika bertanding di Paralimpik Tokyo 2020, 31 Ogos lalu.


KUALA LUMPUR: Hasil siasatan berhubung kontroversi yang melanda jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dijangka diumumkan selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd Faidz Sanusi kepada BH Sukan, hari ini.
Beliau, berkata menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah pun menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang dipengerusikan Tan Sri Borhan Dolah berhubung insiden yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu yang menyaksikan penyertaan Ziyad dibatalkan kerana lewat tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan bermula.
"Sama ada menteri akan mengadakan sidang media atau membuat kenyataan media, saya akan maklumkan esok.
"Namun, dalam minggu ini juga menteri akan umumkan dapatan daripada siasatan dijalankan Jawantankuasa Siasatan Dalaman," kata Faidz.
Terdahulu, Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika dihubungi BH Sukan memberitahu, pihaknya sudah pun menyerahkan laporan dan memberi penerangan kepada Ahmad Faizal dalam satu pertemuan pada Khamis lalu.
"Kini, terpulang kepada menteri untuk menentukan tindakan selanjutnya. Kita tunggu pengumuman daripada menteri," katanya.
Selain Borhan, jawatankuasa itu turut dianggotai dua lagi panel iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil.
BH Sukan sebelum ini melaporkan, Borhan memaklumkan, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan 10 individu yang dipanggil bagi membantu siasatan.
Antara individu dipanggil membantu siasatan jawatankuasa berkenaan adalah Ziyad, jurulatihnya Mohd Faizol Harun dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya di Tokyo dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Bagaimanapun, Ziyad dan Faizol sebaik tiba di tanah air ketika menceritakan semula detik 'hitam' yang berlaku di Stadium Olimpik Tokyo itu menegaskan yang mereka mereka tiba di bilik menunggu tepat pada masanya iaitu jam 5.55 petang seperti yang ditetapkan dalam peraturan.





Pages: [1]
View full version: Keputusan kes Ziyad minggu ini


ADVERTISEMENT