kerisnaga Publish time 4-11-2021 08:36 PM

Farah Ann belum mahu undur diri

Farah Ann belum mahu undur diriOleh Sukhairi Thani - November 4, 2021 @ 8:10pmsukhairi@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/farz_1636027835.jpg
Farah Ann akui sudah capai impiannya sebagai seorang atlet.


KUALA LUMPUR: Ratu Gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi belum mempunyai perancangan untuk bersara walaupun secara peribadi menyatakan impiannya sebagai seorang atlet sudah tercapai dengan beraksi di pentas Olimpik.
Olimpian negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, dia sudah mengecapi banyak kejayaan yang diimpikannya sebagai seorang atlet gimnastik namun langkahnya masih belum ingin terhenti dalam waktu terdekat ini.
"Saya sudah meraih banyak pingat di Sukan SEA, saya ada pingat di peringkat Piala Dunia dan juga Sukan Asia berada di ranking nombor lima dan sekarang ini menjadi Olimpian.
"Sememangnya untuk karier saya sebagai atlet gimnastik, saya sudah melakukan apa yang saya ingin lakukan. Sekarang ini selepas Olimpik (Tokyo), saya ingin menjalani proses pemulihan.
"Ini kerana saya mempunyai sedikit kecederaan semasa sedang berlatih untuk Olimpik dan saya ingin melakukan fisioterapi dan merehatkan badan dulu," kata atlet berusia 27 tahun itu.
"Untuk sekarang ini belum lagi (terfikir untuk bersara). Saya ingin melihat dulu perancangan tahun depan kerana seperti kita tahu, tahun depan banyak kejohanan.
"Oleh itu, saya perlu melihat semula dan melihat perancangan karier saya dulu," katanya yang pernah meraih tujuh pingat emas di Sukan SEA dari tahun 2015 hingga 2019 itu.
Untuk rekod, Farah muncul selaku atlet gimnastik artistik pertama Malaysia yang layak ke Olimpik dalam tempoh 17 tahun selepas menamatkan sesi kelayakan disiplin all-around individu pada Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman di tempat ke-16 daripada 20 gimnas.
Ia sekali gus menyaksikan Farah muncul gimnas ketiga negara layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada 2000 (Sydney) dan Ng Shu Wai pada 2004 (Athens).





musangbodoh Publish time 5-11-2021 11:57 AM

dip dap dup bila tgk foto....meme lawa ye ratu gimnas mesia nie...;P
terbaik teruskan cita2 Ann
Pages: [1]
View full version: Farah Ann belum mahu undur diri


ADVERTISEMENT