Raline Publish time 4-11-2021 10:22 AM

Tabur ‘bunga kubur’ depan pintu rumah taktik kutip hutang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/hutang.jpg
Lelaki tersebut menabur kelopak bunga di hadapan pintu rumah si penghutang yang dikatakan sering culas untuk membayar hutangnya. - Tiktok/@22esha8

Tabur ‘bunga kubur’ depan pintu rumah taktik kutip hutang

JAKARTA – Seorang pemiutang menggunakan cara ‘halus’ untuk mengutip hutang daripada seorang individu iaitu dengan menabur bunga yang sering digunakan di kubur, di hadapan pintu rumah, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki dilihat sedang menabur kelopak bunga di hadapan pintu rumah si penghutang yang dikatakan sering culas untuk membayar hutangnya.

Menurut pengutip hutang tersebut, dia tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya menggunakan ‘cara halus’ dengan memberi peringatan kepada si penghutang agar membayar hutangnya dengan kadar segera kerana sering memungkiri janji.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kisah masing-masing.

“Jiran saya ada juga yang seperti itu. Setiap kali pemiutang datang meminta hutang, rumahnya dikunci dan sering ditinggalkan dalam keadaan kosong. Kasihan kepada si pemiutang,” kata seorang netizen.

“Kalau di kawasan tempat tinggal saya, kunci rumahnya dan barang-barang dapur dirosakkan sekiranya culas untuk membayar hutang,” kata seorang lagi.– Agensi

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2021/11/04/tabur-bunga-kubur-depan-pintu-rumah-taktik-kutip-hutang/

spankee_fili Publish time 5-11-2021 11:29 AM

Dah hutang bayarlaaaa… adik iols perangai berhutanh tak reti bayar
Nanti gaji aku bayar
Entah berapa kali gaji dah
Sampai tahap bila dia mintak tu, niat sedekah je la

Buritan Publish time 5-11-2021 04:46 PM

spankee_fili replied at 5-11-2021 11:29 AM
Dah hutang bayarlaaaa… adik iols perangai berhutanh tak reti bayar
Nanti gaji aku bayar
Entah bera ...

Emmm.. suh dia hutang dgn along jelahhh.. spisis kakak aku ni dgn along je.. baru dia tahu langit tu tinggi..

spankee_fili Publish time 5-11-2021 04:52 PM

Buritan replied at 5-11-2021 04:46 PM
Emmm.. suh dia hutang dgn along jelahhh.. spisis kakak aku ni dgn along je.. baru dia tahu langit...

Entah bila dorang nak start rasa bertanggungjawab tah
Kita ni kalau berhutang teringat2 je

Buritan Publish time 5-11-2021 05:02 PM

spankee_fili replied at 5-11-2021 04:52 PM
Entah bila dorang nak start rasa bertanggungjawab tah
Kita ni kalau berhutang teringat2 je

Sampai bila bila pun takde tanggubgjawab.. dah sebati dlm hidup.. masa nyawa di hujung halkum je baru dia ingat.. koh koh..lantak depalaaa..

gerbera.memopad Publish time 5-11-2021 10:35 PM

Sebab perangai penghutang yang tak reti bayar hutang ni la, aku lebih rela menipu & bagi macam-macam alasan untuk tak bagi pinjam. Lebih baik aku mengelak dari terseksa jiwa raga kemudian hari. Nanti aku jua yang berdosa bila doa dia dilanggar motokar terus :lol:

Supersirap Publish time 5-11-2021 11:19 PM

gerbera.memopad replied at 5-11-2021 02:35 PM
Sebab perangai penghutang yang tak reti bayar hutang ni la, aku lebih rela menipu & bagi macam-macam ...

Betul tu, biasanya akan mengelak dengan kekawan yang tiba-tiba lama menyepi lepas tu nak jumpa

Artemesiaa Publish time 7-11-2021 12:40 PM

Kat tanahair kalau macam tu silap2 dah kena simbah dengah cat merah

eyansss Publish time 7-11-2021 10:43 PM

spankee_fili replied at 5-11-2021 04:52 PM
Entah bila dorang nak start rasa bertanggungjawab tah
Kita ni kalau berhutang teringat2 je

ada ramai yang tak ingat hutang2...siap nak menambah hutang lagi...aku dah kena banyak kali...asyik nak hutang dengan seribu satu alasan pastu tak bayar...tapi ada hati nak berhutang lagi...kali ketiga/ keempat mintak berhutang, aku reject je, tu pun aku guna bahasa elok reject tanpa peringatkan hutang2 yang cecah ribu tu...
Pages: [1]
View full version: Tabur ‘bunga kubur’ depan pintu rumah taktik kutip hutang


ADVERTISEMENT