Raline Publish time 3-11-2021 08:21 PM

Pengantin perempuan gugup tersalah minta restu kahwini bapa mentua

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/11/pengantin-perempuan-gugup.jpg
Pengantin perempuan ini tersalah menyebut nama bakal bapa mentua, dan bukannya calon suaminya. - TikTok


Pengantin perempuan gugup tersalah minta restu kahwini bapa mentua

JAKARTA – Gara-gara gugup, seorang pengantin perempuan tersalah menyebut nama bakal bapa mentua ketika meminta kebenaran daripada walinya untuk dinikahkan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tular berdurasi 45 saat di aplikasi TikTok dengan 3.5 juta tontonan itu dikongsikan seorang pengguna pada akaun bernama @tsr616.

Situasi majlis akad nikah berlangsung dengan penuh emosi pada awalnya di saat giliran pengantin perempuan meminta kebenaran wali untuk dinikahkan.

Namun, keadaan itu bertukar menjadi kelakar disebabkan pengantin berkenaan tersalah menyebut nama bakal bapa mentua dan bukannya bakal suaminya.

“Assalamualaikum ayah dan ibu, pada saat ini saya memohon izin mohon restu, mohon dinikahkan, diwalikan dengan kekasih saya yang bernama Selamet Wiyono,’’ ujar pengantin perempuan.

Dia kemudiannya menyedari kesilapan tersebut dan membetulkan kenyataannya.

“Eh, maaf Fery Yuwono bin Selamet Wiyono dengan mas kahwin yang berupa perhiasan emas 20 gram dibayar tunai,” ujarnya sambil menahan ketawa.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.

“Suaminya: Aduh, kenapa ayah saya,” komen seorang netizen.

“Gementar calon ibu mentua,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11/03/pengantin-perempuan-gugup-tersalah-minta-restu-kahwini-bapa-mentua/

tupaiterbang Publish time 3-11-2021 09:17 PM


Bosan la sikit2 berita dari seberang

nakkomenjugak Publish time 4-11-2021 11:03 AM

Nak tanya

Yendon jeee keeeee jiran? Brunei? Singapore? Thailand? Bukan jiran?

KIM.K Publish time 11-11-2021 12:26 PM

Nak sangat

cucuq Publish time 12-11-2021 08:12 AM

nakkomenjugak replied at 4-11-2021 11:03 AM
Nak tanya

Yendon jeee keeeee jiran? Brunei? Singapore? Thailand? Bukan jiran?

dah indon rajin buat contentt merapu jerrr herm

Artemesiaa Publish time 14-11-2021 01:15 PM

Gemuruh sangat sampai tersasul bukan mudah nak sebut benda2 macam tu terutama bila tengah jadi tumpuan utama dalam majlis
Pages: [1]
View full version: Pengantin perempuan gugup tersalah minta restu kahwini bapa mentua


ADVERTISEMENT