Raline Publish time 3-11-2021 07:34 PM

Nynaa Harizal ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Bapa Acu Pistol

Nynaa Harizal ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Bapa Acu Pistol Kepada Pengawal Peribadi
Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/Screenshot-2021-11-03-at-5.04.16-PM-e1635930387267.png
Pada 1 November lalu pelakon baru, Nynaa Harizal dikatakan telah diculik oleh bapa kandungnya, Mejar Harizal Hashim yang merupakan seorang pesara tentera.

Acu Pistol Pada Pengawal Peribadi, Beri Amaran Lepaskan Tembakan
Memetik laporan awal dari Geng Borak, insiden yang berlaku di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor pada 1 November lalu telah mengejutkan krew produksi berikutan bapa Nyna bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi pelakon itu. Malah, Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.

Difahamkan, insiden itu disebabkan perkahwinan Nynaa dengan Ketua Pengarah Kewangan sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas, 29, pada 28 Ogos lalu tidak direstui oleh keluarga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu. Turut dikatakan, faktor kewangan antara punca mengapa perkahwinan mereka tidak direstui.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/Screenshot-2021-11-03-at-5.03.36-PM.png
Ibu Tarik Nynaa Ke Dalam Kereta
Dalam insiden tersebut bapa Nynaa berada di set pengambaran itu bersama isteri dan seorang lagi anak perempuannya. Ketika itu, ibunya telah menarik pelakon itu masuk ke dalam kereta sebelum membawanya pergi.

Susulan itu, Fahmi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mengharapkankan mereka dapat menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa. Jelasnya, perbuatan tersebut disifatkan sebagai jenayah kerana memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/11/252846585_211215777806638_7751132014599028386_n-2.jpg


Sumber:https://murai.my/2021/130627/nynaa-harizal-diculik-bapa-kandung-acu-pistol/

JunkMail Publish time 3-11-2021 07:40 PM

Drama ke apa ni? Siap ada pistol

akuchenta Publish time 3-11-2021 07:44 PM

Mula2 baca ingat sinopsis drama

Biar betul bapa sanggup culik anak. Pangkat Mejar pulak tu..

tupaiterbang Publish time 3-11-2021 07:53 PM


Bila cinta tak direstui...tapi laki dia kaya kot apasal lak parents tak restu? Ke sebab bermadu?

Managerara Publish time 3-11-2021 07:54 PM

Punca tak setuju faktor kewangAn??

Suami nya punya jawatan ketua pengarah..takkan tak cukup lagi kot..

fadz84 Publish time 3-11-2021 07:58 PM

Jelasnya, perbuatan tersebut disifatkan sebagai jenayah kerana memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.

Bapak Nyna ni peras ugut husband dia untuk dptkan duit?

edoraixora Publish time 3-11-2021 08:00 PM

Punca tak restu faktor kewangan...bukan CFO ke laki dia?
Ke bapak minta wang hantaran lebih tapi tak dapat

dudaberhias Publish time 3-11-2021 08:02 PM

Adakah sebab lakinya takde uang dan rhoperrr tak setaraf anaknya? Laki dia ceo bisnes apak sendiri jah macam anak cyst, dah la rhoper kucing sepet macam si RR:funk:

dudaberhias Publish time 3-11-2021 08:03 PM

edoraixora replied at 3-11-2021 08:00 PM
Punca tak restu faktor kewangan...bukan CFO ke laki dia?
Ke bapak minta wang hantaran lebih tapi tak ...

Ooo CFO... Tapi rasanya CFO sangkak la kot kaka... Tak nampak berduwittt pungg.. entah2 ayah nina lagi kaya, tengok ayah dia pun bukan biasa2 ;P

Belibis Publish time 3-11-2021 08:04 PM

Managerara replied at 3-11-2021 07:54 PM
Punca tak setuju faktor kewangAn??

Suami nya punya jawatan ketua pengarah..takkan tak cukup lagi ko ...

Dia takde cakap takde duit..
Faktor kewangan,boleh jadi jugak sebab terlajak banyak.:lol:

sukacactus Publish time 3-11-2021 08:06 PM

Apahal plak ni
Igt scene drama rupanya betul
Cer bwk bincang ank beranak
Diorang dah selamat nikah dah pun

chazey Publish time 3-11-2021 08:34 PM

Adakah pegawai2 ATM ni memang tak guna hasil training Universiti Pembunuh Negara Malaysia?

jlocute Publish time 3-11-2021 08:42 PM

Kalau x restu nynaani kahwen berwalikan siapa?Or lepas kawen baru tau lelaki ni x beruwang kah??

Suchi Publish time 3-11-2021 08:50 PM

Ada bodigad tu,tah apa masalah dorang yaa?

tahanie Publish time 3-11-2021 09:17 PM

Macamana dia boleh riang ria kahwin aritu ye

jiwakacau06 Publish time 3-11-2021 09:20 PM

bau ikan sgt... suami diA bpk ay** ke...knpa ada bodyguard...mcm dr awai je mslh

Timortimur Publish time 3-11-2021 09:21 PM

tupaiterbang replied at 3-11-2021 07:53 PM
Bila cinta tak direstui...tapi laki dia kaya kot apasal lak parents tak restu? Ke sebab bermadu?

Apa yg tak direstui plk...punyalah meriah majlis kwin
My sis's family pun pergi

Acikgomen Publish time 3-11-2021 09:23 PM

Wowwww kerlassss gosip pelakon bbnu zaman skang eh:funk:
Nanges biduanita kak pojiah matdaud tauuu
Gosip zaman heshe dulu pun takde pistol betul camni
Yang hado cuma pistol ayaq cap pensel pelbagai saiz jek:lol:

Timortimur Publish time 3-11-2021 09:24 PM

jlocute replied at 3-11-2021 08:42 PM
Kalau x restu nynaani kahwen berwalikan siapa?Or lepas kawen baru tau lelaki ni x beruwang kah??

Yang ni I setuju
Maybe baru dapat tahu tak kaya
Mereka mmng high class, kalau kedai mamak,restaurants biasa2 mmng mereka takkan pergi
Tapi terkejut jgk sbb parents dia actually baik je

tupaiterbang Publish time 3-11-2021 09:24 PM

Timortimur replied at 3-11-2021 09:21 PM
Apa yg tak direstui plk...punyalah meriah majlis kwin
My sis's family pun pergi


Ai refer kat article murai tu sis...katanya kawin parents tak restu
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Nynaa Harizal ‘Diculik’ Keluarga Sendiri, Bapa Acu Pistol


ADVERTISEMENT