CARI-MAL Publish time 3-11-2021 02:05 PM

Bantu Rakan Baik Lahirkan Anak, Rupanya Zuriat Suami Sendiri

Seorang wanita bernama Hailey berkongsi kisah sedih menimpanya apabila terpaksa menerima hakikat suaminya curang bersama rakan baiknya sendiri, lapor Suara.com.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/03/140319cxlbt4g4u9at9oky.pngKredit foto: TikTok




Lebih memeritkan, dia sempat membantu rakan baiknya semasa wanita itu hamil dan membantunya berjumpa doktor sehingga melahirkan anak.


Bagaimanapun, Hailey menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana tiga hari selepas bayi dilahirkan, Hailey menemui dua tanda lahir di bahagian kanan dan kiri leher bayi tersebut ketika membantu menukar lampin.




7016121155236973829


7016210027815980294


“Saya menyedari bayi ini mempunyai tanda lahir yang sama dengan anak-anak saya dan suami yang lain.


“Saya segera mengetahui sama ada bayi ini adalah anak suami saya,” kata Hailey dalam video TikToknya.


Setelah rakan Hailey menyedari rahsianya terbongkar, dia segera mengakui bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan suami Hailey.


Hailey bagaimanapun tidak marah terhadap wanita itu, bahkan sempat membenarkan rakannya tinggal di rumah dan saling membantu menjaga anak-anak mereka.




7016829353405189381


“Dia membantu saya menjaga tiga anak saya, saya membantu menjaga bayinya.


“Bagi saya, anak perempuannya ialah adik kepada anak-anak saya,” tambah wanita itu.


Kisah Hailey menjadi tular di TikTok dan ditonton berjuta-juta kali.


“Saya juga mengalami mimpi ngeri ini. Saya menamatkan 10 tahun perkahwinan dan 27 tahun persahabatan. Suami saya langsung tidak mengakui anaknya,” kata seorang netizen.




7016834902545026310


Sementara itu, suami Hailey mengambil masa sehingga tujuh bulan untuk mengaku bahawa dia telah curang.




Sumber: Kosmo

sarah82 Publish time 3-11-2021 02:43 PM

Bukan dah ada thread ni kelmarin?

nakkomenjugak Publish time 4-11-2021 10:58 AM

Ini sebab kenapa sembunyikan laki/bini uolsss dari pandangan mata kawan2 yachhh
Betepuk sebelah tangan tak berbunyi yach
Pages: [1]
View full version: Bantu Rakan Baik Lahirkan Anak, Rupanya Zuriat Suami Sendiri


ADVERTISEMENT