CARI-MAL Publish time 3-11-2021 08:19 AM

Suami Takkan Maafkan Isteri, Cari Perempuan Lain Kalau Tak Bersalin Normal

Seorang wanita dalam dilema, meluahkan perasaan apabila si suami tidak akan memaafkannya jika dia bersalin melalui kaedah air atau lebih dikenali sebab water birth.


Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Soshnomore di Mumsnet, meskipun dia tidak hamil sekarang ini namun mereka masih berusaha dan berharap dapat hamil dalam beberapa bulan akan datang.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/03/081807enjmwwmw6tijimyo.jpgGambar hiasan




Si isteri memberitahu suaminya bahawa dia tertarik dengan kaedah water birth jika bersalin kelak, namun ia mendapat tentangan daripada suaminya sendiri.


Ujar lelaki berkenaan, bersalin secara normal telah dilakukan sejak beribu tahun lalu serta mempersoalkan keinginan isterinya menggunakan kaedah berbeza.


Lebih mengejutkan apabila suaminya mempercayai bahawa kesakitan bersalin secara normal itu sebenarnya dapat menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.


Lelaki berkenaan turut memetik laporan statistik mengatakan bahawa si ibu yang melahirkan anak secara caesar mempunyai kemungkinan untuk mendapat PTSD atau PND.


Wanita berkenaan mengakui bahawa dia seperti berdebat dengan kanak-kanak kerana suaminya enggan mendengar pandangan atau memahami perasaannya jika dia berada di dalam situasi berkenaan.


Malah, suaminya turut mengatakan lebih rela untuk mencari wanita lain yang sanggup mengandung dan melahirkan zuriatnya secara normal daripada membenarkan si isteri bersalin melalui kaedah water birth.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/03/081807k3yuvzvk94ujeb9k.pngKredit foto: mumsnet




Walaupun wanita itu memujuk suaminya untuk berjumpa dengan doktor atau bidan untuk mendapatkan nasihat mereka, suaminya tetap ‘keras kepala’ dan masih berpegang teguh dengan pendiriannya.


Dalam kes ini, isteri atau suami yang bersikap tidak munasabah?




Sumber: OhBulan

makadek Publish time 3-11-2021 08:26 AM

Otak dia ..mat saleh sakai
Aku skit sbb peyed pn laki aku sian
Dh tk bg beranak lg ...

violetungu Publish time 3-11-2021 09:23 AM

ye ke??suruhla dia rasa dulu sakit kontraksi tu macammane nak pecah pinggang ka pecah kepala baru gebang.

missyL Publish time 3-11-2021 09:45 AM

Suruh die beranak sendiri.
Bengap btol lelaki cmnie

Cik_jantung Publish time 3-11-2021 09:57 AM

Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 03:18 PM

..........

Artemesiaa Publish time 3-11-2021 10:49 AM

Geng baru keluar gua ke macam mana

nakkomenjugak Publish time 4-11-2021 10:56 AM

Ikat laki ko, suruh dia duduk depan2 ko, betul kat vajayjay time ko nak beranak, suruh dia tengok seluruhhhhhh proses beranak sampai habis

Whitepinkrider Publish time 4-11-2021 06:13 PM

suh la laki ko beranak sendiri mcm tu.. kene cucuk jarum kat jari pn menjerit. lagi nk beranak normal beriya.

cmf_premierleag Publish time 5-11-2021 12:17 AM

ko racun je la laki ko tu smpi dia mampos
bodoh....tu pun nak tanya pendapat netizen
Pages: [1]
View full version: Suami Takkan Maafkan Isteri, Cari Perempuan Lain Kalau Tak Bersalin Normal


ADVERTISEMENT