CARI-MAL Publish time 1-11-2021 07:10 PM

'Helenabodo' - 3 Hari Tak Makan, Scammer Maki Hamun Lambat Masuk RM20

“Dari awal lagi dah nampak tak betul, bila dah ‘block'(sekat) dia hantar emel pula”.


Itulah perkongsian seorang pengguna Instagram yang berkongsi tangkap layar beliau telah dimaki hamun oleh ‘scammer’ yang meminta bantuan apabila dia tidak membalas mesej daripada individu tersebut di emel.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/01/190734qn42v4k4bn544ink.pngGambar hiasan/IG




Berdasarkan satu posting yang dikongsi @Kualihelena di Instagram, beliau telah mendapat mesej daripada seseorang yang meminta bantuan duit selepas tiga hari tidak makan.


“Dapat DM dari seorang yang berumur 21 tahun minta duit RM20 yang kononnya tiga hari tak makan, mula-mula saya memang berniat untuk membantu tetapi lama kelamaan makin tak menyabar dan kurang ajar,” katanya di dalam Instagram.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/01/190735hs7tgsod33msgcg7.pngKredit foto: IG




Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen mendapati ‘scammer’ tersebut mengunakan modus operandi yang sama kepada individu lain kerana rata-rata orang ramai memberikan jawapan sama tentang individu itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/01/190734ia82zm7wzxeeaawg.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/01/190734r3fznnpof6oafxnc.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/01/190735ha9zam18a81hmm8m.jpgKredit foto: IG




Salah seorang pengguna @Sofiaaizura berkata, dia telah mendapat mesej dari orang yang sama di Twitter dan tidak menjawab mesej itu kerana berasa tidak sedap hati.


“Saya rasa dapat DM daripada orang yang sama dekat Twitter, saya tak layan sebab memang rasa tak sedap hati,” ujarnya.


Sementara itu, @ndhia berkata, telah mendapat mesej dari ‘scammer’ itu banyak kali, mula-mula dia membantu dengan RM2O tapi bila beliau lambat masukkan duit atau bantuan individu itu mula tidak sabar.


“Saya dah terkena banyak kali, mula-mula saya masuk dah dekat dia RM20. Selepas itu saya belanja lagi anak dia makan KFC pesan melalui Foodpanda.


“Selepas itu dia minta lagi saya belikan barang dapur tapi bila bagi tahu mungkin esok atau lusa, dia dah mula tak sabar-sabar. Selepas itu minta lagi duit nak beli gas dan terus saya ‘block’ (sekat) dia,” jelasnya.




Sumber: K! ONLINE

missyL Publish time 1-11-2021 10:07 PM

Msian mmg pemurah...
Tula mereka tumbuh bagai cendawan.

Kt fb mesti ade komen2 mintak duit xmkn la nk beli beras la. Nk beli telo lah.
Keje mls. Senang komen ltk no acc.
Kurang dpt jgk 50rgt free free je.

sarah82 Publish time 1-11-2021 11:03 PM

Aku suka tgk kualihelena ni masak2..cantik

AKAZ85 Publish time 2-11-2021 05:48 AM

Kat fb, ig melambak makhluk2 pemalas ni.. Keje nak senang mintak duit.. Pastu jual laa cerita anak xmakan laa, itu laa ini laa.. Dah bagi pastu tak malu mintak lagi.. Padahal baru je bagi.. Bila tak bagi maki hamun.. Eh, ko pergi meninggal laa!

Minami2013 Publish time 2-11-2021 07:39 AM

Kat fb kalau baca komen2 mmg ada terselit manusia yg meminta minta ni. Kerja senang utk dpt duit. Pas tu ada la org reveal dia mmg ada beberapa akaun yg buat kerja yg sama. Padahal elok muda, sihat.

fifie_olin Publish time 2-11-2021 08:13 AM

rm20 mcm skit, tp klu dia dpt tipu 10 org...syok la berjoli sakan

makton Publish time 2-11-2021 08:30 AM

mmg ada org2 mcm ni. aku tgk kat group komuniti fb tu berlambak org minta2 sumbangan selamba gitu. bila org nak bg sumbangan brg dapur, dia ckp bg duit je mudah nak beli brg yg dia perlukan.

klu aku mmg malas nak layan org2 gini

KamikuP Publish time 2-11-2021 09:36 AM

Mohon meniggal kene covid sejenis spesis malas dan mintak bantuan mcm ni.. puih dgn kahak sekali.. begitu juga yg pinjam duit tak bayo bayo mhon mati dgilis lori vavi

prettyuglybabe Publish time 2-11-2021 10:25 AM

semoga scammer scammer ni mampus kena gelek lori..

emel4g Publish time 2-11-2021 01:28 PM

Memang mcm² pesen org carik duit mudah sekarang.. mggu lps ada org wasap aku, mintak derma/sedekah, bagi singgit pun takpa, tak paksa katanya...nampak gambar pakai kopiah dgn family sekali... bila tanya pasal apa mohon derma, tak jawab...tanya mana dapat nombor, dapat dalam grup politik yg aku join katanya... perghhh...kalu dlm 50 org dlm grup tu bagi singgit sorang pun dah RM50. senang² je... tu belum kira grup² lain lg tu...mcm tebar jala tangkap ikan jek...kaya cepat brader ni

hydrangea Publish time 2-11-2021 01:43 PM

baru beberapa hari lepas ada satu nombor ni wasap husben aku..sebab husben aku letak no telefon sebab dia berniaga iklan difb.minta rm23.60 utk beli susu anak..

lepas tu cara tanya macam mendesak..

aku forward poster bantuan susu dari NGO ni..senyap terus pulak..

kotla nak ucap terimakasih..nampak sangat scammer

kedekek Publish time 2-11-2021 08:35 PM

Helena is my doter’s name

nakkomenjugak Publish time 4-11-2021 10:54 AM

Kalau dia kafir, ko yang memintak2 ni apa??
Pergi jual koteyyyy ke jual montot keee
Dapat kat iol, memang kena hantar pelesit ajeeee
Kenal ko hape pun takkkk, nak biadabbbb dengan iol?
Haaa silakan kebulur sampai mati

aderaderker Publish time 4-11-2021 05:47 PM

kenapa BM dia berterabur?
Tiada isi perut,who use that word?

Scammer guna gugel translate ke bangla mana ni?
Pages: [1]
View full version: 'Helenabodo' - 3 Hari Tak Makan, Scammer Maki Hamun Lambat Masuk RM20


ADVERTISEMENT