Raline Publish time 30-10-2021 12:12 AM

Tze Yong, beregu mara separuh akhir

Tze Yong, beregu mara separuh akhir


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/yng_1635513173.jpg
TZE Yong tiada masalah singkir pemain Perancis. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Pemain muda negara Ng Tze Yong mudah layak ke separuh akhir kejohanan badminton Antarabangsa Belgium di Leuven apabila menyingkirkan pemain Perancis, Lucas Claerbout hari ini.

Tze Yong, 21, yang dilabel sebagai pengganti Datuk Lee Chong Wei, memerlukan hanya 36 minit untuk mengatasi Claerbout 21-14, 21-12 pada aksi suku akhir di arena Sportoase.

Pemain Piala Sudirman dan Piala Thomas negara itu yang menghuni ranking ke-74 dunia, akan membuat perhitungan dengan pemain kurang ternama Jepun, Yusuke Onodera awal pagi ini bagi merebut tempat ke final esok.

Onodera, pemain ranking ke-120 dunia, mengejutkan pilihan kedua Subhankar Dey dari India dalam tiga set pada suku akhir.

Tze Yong, yang muncul naib juara Terbuka Czech Ahad lalu, memburu kejuaraan peribadi ketiga kariernya selepas memenangi kejohanan Antarabangsa Australia Selatan 2019 dan Terbuka Poland Mac lalu.

Beregu lelaki muda negara Man Wei Chong-Kai Wun Tee turut mara ke separuh akhir apabila mengejutkan pilihan ketiga Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota dari Jepun 21-18, 21-16 dalam masa 31 minit.

Bagaimanapun mereka dijangka berdepan tugas sukar apabila bertemu pilihan utama dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana pada separuh akhir awal pagi ini.

Satu lagi wakil negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing pula terkandas pada suku akhir beregu wanita. Mereka tewas 21-15, 21-23, 19-21 di tangan pilihan kedua Julie MacPherson-Ciara Torrance dari Scotland selepas bertarung selama 60 minit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2021/10/771889/tze-yong-beregu-mara-separuh-akhir

Pages: [1]
View full version: Tze Yong, beregu mara separuh akhir


ADVERTISEMENT