Raline Publish time 30-10-2021 12:10 AM

Kepulangan penyokong Sabah gagal sekat JDT

Kepulangan penyokong Sabah gagal sekat JDT
https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FB_IMG_1635520819818.jpg

PETALING JAYA: Beraksi di depan 6,000 penyokong yang dibenarkan kembali ke stadium buat kali pertama selepas enam bulan gagal menaikkan semangat Sabah apabila tumpas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Likas, sebentar tadi.

Harimau Selatan sebaliknya bermula garang dengan membuka jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan Hazwan Bakri yang menghukum kesilapan pemain tuan rumah.

JDT tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan selepas Gonzalo Cabrera meledak gol kedua hanya sembilan minit berselang.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FB_IMG_1635520838211-600x400.jpg
AKSI Safawi Rasid ketika membantu JDT menentang Sabah dalam saingan Piala Malaysia. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Jaringan itu juga berpunca daripada kesilapan pertahanan Sabah yang gagal melakukan hantaran kemas hingga membuka laluan kepda lawan untuk merembatkan gol.

Bersambung babak kedua, skuad Tambadau menggandakan usaha untuk mencari gol, namun gagal biarpun berjaya mencipta beberapa peluang baik.

Peluang keemasan Sabah hadir pada minit ke-86 apabila diberikan sepakan percuma di luar kotak penalti, namun tendangan Levy Madinda yang disambut Park Taesu ditelis penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FB_IMG_1635521393888-600x600.jpg
Kemenangan ketiga berturut-turut membolehkan juara Liga Super, JDT mengukuhkan kedudukan pendahulu Kumpulan D dengan sembilan mata.

Petaling Jaya City (PJ City) yang mengalahkan Kelantan FC 3-1 di tangga kedua dengan empat mata, diikuti Sabah ketiga (2).

Sumber:https://www.utusan.com.my/sukan/2021/10/kepulangan-penyokong-sabah-gagal-sekat-jdt/

Pages: [1]
View full version: Kepulangan penyokong Sabah gagal sekat JDT


ADVERTISEMENT