Raline Publish time 30-10-2021 12:09 AM

PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1

PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FC4A7kdVkAoCyA1-1536x1023.jpg
DUA pemain masing-masing dari pasukan PJ City (kanan) dan Kelantan FC cuba mendapatkan bola dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium MBPJ, hari ini.- IHSAN MFL

PETALING JAYA: Petaling Jaya (PJ) City meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan pasukan Liga Perdana, Kelantan FC dengan 3-1, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium MBPJ, tuan rumah membuka jaringan menerusi penyerang Darren Lok pada minit ke-10 sebelum Kogileswaran Raj menambah derita Kelantan FC, sembilan minit berselang.

Begitupun, Kelantan mula merapat jurang apabila sepakan bebas Christos Intzidis menerjah ke gawang gol PJ City pada minit ke-36.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok kemudian melengkapkan kemenangan PJ City 3-1, sembilan minit sebelum tamat.

Kejayaan tersebut membolehkan skuad bimbingan P. Maniam menaiki tangga kedua Kumpulan D dengan empat mata selepas tiga perlawanan, manakala JDT kekal mendahului carta (9 mata).

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/FB_IMG_1635521393888-600x600.jpg

Sumber:https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/pj-city-raih-kemenangan-pertama-selepas-kalahkan-kelantan-fc-3-1/

Pages: [1]
View full version: PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1


ADVERTISEMENT