Raline Publish time 29-10-2021 11:26 PM

Maryam bukan orang Melayu, dia orang Korea

Maryam bukan orang Melayu, dia orang Korea

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ryzal332_1635505953.jpg
Ryzal dan Maryam disamping anak mereka.

Kuala Lumpur: Bintang YouTube dari saluran DurianKimchi, Ryzal Ibrahim meminta netizen supaya memberikan ruang kepada isterinya yang juga YouTuber serta pelawak, Maryam supaya menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak mengikut budayanya sebagai warga Korea Selatan.

Dalam hantaran di Facebook dan Instagram, Ryzal juga menegaskan bahawa Maryam atau nama sebenarnya You Narae memeluk Islam dan bukan menukar kaumnya.

"Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

"Maryam masuk Islam, bukan masuk (tukar) kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea Selatan masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.

"Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Ryzal juga turut berkongsi mengenai beberapa proses berpantang Melayu tradisional yang turut diikuti Maryam yang juga personaliti TV itu.

"Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pemantauan saya dan pakar berpantang yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walaupun bukan budaya dia.

"Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea Selatan, Jepun, dan Eropah akan kena ikut juga?" tulisnya.

Terdahulu, ada beberapa komen daripada netizen yang mengkritik cara Maryam yang sedang berpantang yang dianggap tidak bersesuaian.

Maryam selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 21 Oktober lalu dan bayi perempuan itu diberikan nama Rina.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/771831/maryam-bukan-orang-melayu-dia-orang-korea

exclusive_vvip Publish time 30-10-2021 12:10 AM

kat fb ke yg kecam diorg? Iols dah deactivate fb, so xleh nak check..I gi skodeng ig diorg x nampak plak ada org komen negatif psl berpantang tu..mmg btol ke ada org kecam sebelum dia kuarkan status gitu? ke 1-2 komen je, terus dia buat status luahan perasaan gitu..haha, byk plak soklan iols di malam yg sepipi pi, pak mat jual topi pi pi sebegini..

LadyCarefree Publish time 30-10-2021 12:13 AM

Ada anak pon demi konten kah? Dia ni kan yg janji nak femeskan bini.

Galgadot22 Publish time 30-10-2021 12:21 AM

Mamat ni tetap nak nampak relevan di mata netijen. Asyik guna kisah sedih bini je utk raih simpati. Ramai lagi la yang kawin dgn foreigner.

tobobon Publish time 30-10-2021 12:27 AM

Lol..uols ni mcm tak faham lagi..depa laki bini ada kerja lain kah selain update media socialll..tu jelah kerja depa..punca pendapatan depa..so no wonder hal sekecil2 mana pun harus gebang besar2 kat social media....bagi buzz sket..barulah ada yg nak hired ;P

jargon Publish time 30-10-2021 12:28 AM

Jntan pendek kepala besar phuih phuih phuih

dani-rox Publish time 30-10-2021 01:07 AM

ingatkan si samdol kementot nih dah bersara dari donia socmed dan cari kerja mcm lelaki normal lain.

ReginaGeorge Publish time 30-10-2021 01:20 AM

dani-rox replied at 29-10-2021 05:07 PM
ingatkan si samdol kementot nih dah bersara dari donia socmed dan cari kerja mcm lelaki normal lain. ...

Badan kecil tak mampu buat kerja berat.

jejarihalus Publish time 30-10-2021 04:50 AM

Ada tengok makcik2 bawang sibuk Komen suruh ikat sanggul tinggi lah,jgn makan roti telur lah...alahai makcik bawang Yang sibuk mengomen Tu pun X sedar Ada penyakit 3 serangkai

bankerpencen Publish time 30-10-2021 08:10 AM

Perempuan korea mostly pandai jaga badan pon. Yang dok menyibuk orang pantang tak pantang dah kenapa.

cap_ayam Publish time 30-10-2021 08:12 AM

Weh acik2 ni tak tengok orang kazakh pantang agak eh.. makan timun, telur, ayam.. :lol: pastu bersenam.. ;P

Tokeybundle Publish time 30-10-2021 08:25 AM

La...ingat senyap dah keje gomen
Rupanya ada lg...isk...isk...isk....

cheezel Publish time 30-10-2021 08:34 AM

pmpn korea lg kurus dari acik melayu debab yg sibuk suruh berpantang ikut cara dorg

debab_78 Publish time 30-10-2021 08:42 AM

aku dah unfollow dua laki bini ni... rasa annoyed

3chanceno Publish time 30-10-2021 08:43 AM

Retis kah depa nie sampai TT bukak benang di bodgos???

Kalau yg ikut pantang, orang korea lagi strict

dudaberhias Publish time 30-10-2021 08:49 AM

kesiannya terberanak pun kena kecam... tu buktinya yang this couple is cancelled...

sooo??? tak layak langsung dedua ni masuk bod gosip... dah la dua2 laki bini tak herlokkkkk...
... rasain loh kena cancel oleh netizen...

sorry maryam dan laki kelindan heols tu tak pernah lawak... orang2 melayu gelak2 dulu tu pun sebab kagum orang korea cuba untuk jadi melayu... itu je... hakikatnya tak lawak dan tah pape lakinya guna bini macam badut... apa saja korea atau jepun dekat malaysia ni memang gigih la netizen2 ni trendingkan lagi2 yang cuba berbahasa kelantan...

yusuke22 Publish time 30-10-2021 09:10 AM

Dpt title plawak msia rupanya... Oh msia ku ... Level mana nak letak org industri hiburan skrg ni

makcun14 Publish time 30-10-2021 09:25 AM

Annoying couple feefeeling influencer .
Tapi i iols cakap general, memang ramai kepoh bab pantang ni.
Pantang punya la strict, abis pantang melantak segala jenis makanan oily tambah nasi tiga kali. Lol sia sia je pantang kalau lepas tu seumur hidup makan dan exercise tak displin.

Raline Publish time 30-10-2021 09:29 AM

entah la woi

jijilaaa Publish time 30-10-2021 10:00 AM

adat ler jadi influencer...kau dpt duit kot dari social media korang...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Maryam bukan orang Melayu, dia orang Korea


ADVERTISEMENT