CARI-MAL Publish time 29-10-2021 09:05 AM

Beli Telefon Dapat Batu, Salah Penjual Atau Kurier?

Seorang wanita di Indonesia mendakwa ditipu penjual online apabila dia menerima bungkusan telefon bimbit yang diisi dengan ketulan batu selepas membelinya pada harga 2.5 juta rupiah (RM730), lapor saluran berita Liputan6 semalam.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/29/090346drubuhytyzgvlt1l.pngKredit foto: Twitter




Menerusi satu hantaran di Twitter, pengguna dengan akaun bernama @aftertandakoma itu berkongsikan klip video dia membuka bungkusan telefon bimbit yang dibeli menggunakan platform beli-belah online.


Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati terdapat ketulan batu dalam kotak telefon bimbit tersebut, mengakibatkan dia mengalami kerugian berjumlah 2.5 juta rupiah (RM730).


“Helo @ShopeeID @sicepat_ekspres. Saya kena tipu. Kerugian 2.5 juta rupiah,” ciapnya dalam hantaran tersebut.


Wanita itu kemudiannya menghubungi Shopee Indonesia bagi memberitahu mengenai perkara itu.


Bagaimanapun, penjual dalam platform tersebut mendakwa bahawa mereka telah mengirim produk seperti yang diminta wanita berkenaan dan tidak menipunya.


Menurut peniaga itu, insiden tersebut berkemungkinan dilakukan pihak kurier yang mungkin telah membuka bungkusan tersebut.


“Kami tidak tahu. Mungkin yang bersalah dalam hal ini adalah pihak kurier. Kalau kami menipu, tidak mungkin kami boleh menjual banyak unit telefon bimbit dan kesemua produk yang kami jual adalah produk asli,” jawab penjual tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/29/090347xdd52qdccq99estt.png




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/29/090347p4cze4vu84q4nkcf.jpg



Hantaran itu menjadi tular dengan ramai pengguna lain memberi pendapat mengenai isu tersebut.


“Jika membeli di kedai online, jangan tertipu dengan bilangan pengikut yang ramai atau jumlah produk yang telah terjual kerana ia belum tentu asli,” kata seorang netizen.




Sumber: Kosmo

KamikuP Publish time 29-10-2021 09:26 AM

Mujur dapat balik duit. Apa jadi kat kurier yg goblok tu?

Kurex Publish time 29-10-2021 01:35 PM

Ohhhh indon lagi

nakkomenjugak Publish time 29-10-2021 11:45 PM

Iol di yendon kahhh?

Artemesiaa Publish time 30-10-2021 11:54 AM

Kat Malaysia pun ada kes macam ni satu ketika dulu
Pages: [1]
View full version: Beli Telefon Dapat Batu, Salah Penjual Atau Kurier?


ADVERTISEMENT