LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 03:56 PM

╰☆☆ Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam ☆☆╮

Menahan rasa lapar pada waktu malam mungkin akan membuatkan anda berasa tertekan. Perlukah anda terus bertahan atau melayan sahaja kehendak perut?
Kali ini akan dikongsikan mengenai petua atasi lapar pada waktu malam.


https://4.bp.blogspot.com/-KEmsLioGGzY/VMkSuBwZQFI/AAAAAAAAAs8/MMBfoJtiMyE/s1600/petua-atasi-lapar-pada-waktu-malam.jpg

Beberapa petua atasi lapar pada waktu malam adalah seperti berikut:

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 03:57 PM

Pilih makanan sesuai jika lapar pada waktu malam
Jika terpaksa makan, pilih makanan sihat seperti sup sayur dan buah-buahan.
Seeloknya elakkan mengambil makanan segera seperti mi segera.
Boleh juga membaca jenis makanan malam untuk diet.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 03:58 PM

Minum air putih untuk atasi lapar pada waktu malam
Minum segelas air putih terlebih dahulu sebelum anda mula makan.
Pasti perut akan berasa cepat kenyang dan ini akan mengelakkan anda makan berlebihan.
Boleh juga membaca petua sihat dengan air putih.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:00 PM

Jika terpaksa makan nasi pada waktu malam
Makan buah terlebih dahulu jika terpaksa makan nasi.

Kemudian penuhkan tiga perempat pinggan anda dengan sayur-sayuran dan hanya tambah seperempat nasi dan lauk.
Buah dan sayur pasti akan membuatkan anda cepat kenyang.

Sebaiknya ambil makanan untuk makan malam sebelum jam 8.00 malam atau dua jam sebelum tidur.

Ingatlah bahawa makan malam hanya untuk mengalas perut.

Diharapkan perkongsian petua atasi lapar pada waktu malam ini bermanfaat untuk anda.

Source

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:04 PM


Tips Makan Malam Sihat
Mungkin ada yang menganggap makan malam menyebabkan gemuk.
Kenyataannya kegemukan juga disebabkan faktor lain seperti pengambilan lemak belebihan dan gaya hidup tidak sihat.
Tips makan malam sihat ini pasti membuatkan tubuh anda kekal bertenaga.


https://3.bp.blogspot.com/-uB-JgL11R1o/VMj0MiMHslI/AAAAAAAAArI/oZS4evlHy9M/s1600/tips-makan-malam-sihat.jpg

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:05 PM

1. Makan malam sihat dengan makan secara seimbang
Makan secara seimbang mengikuti keperluan kalori tubuh anda.

Penuhkan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran, seperempat dengan lauk dan seperempat lagi dengan nasi.

Kunyah makanan perlahan-lahan sebelum ditelan.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:06 PM

2. Makan malam sihat dengan mengurangkan makan bergoreng
Makanan bergoreng pasti akan membuatkan anda berasa ketagih untuk makan lebih banyak.

Kurangkan pengambilan makan bergoreng dan gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan segar yang dipotong.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:07 PM

3. Makan malam sihat dengan makan pada awal waktu
Amalkan makan malam sebelum jam 8.00 malam bagi mengelakkan perut anda terlalu kenyang dan seterusnya mengakibatkan gangguan tidur.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:07 PM

4. Makan malam sihat dengan elak pengambilan minuman berkafein
Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
Kandungan kafein mungkin akan membuatkan anda sukar untuk melelapkan mata.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 04:09 PM

5. Makan malam sihat dengan fokus kepada makanan
Elakkan makan sambil menonton televisyen atau melayari internet.

Selalunya anda akan cenderung untuk makan lebih banyak dan tidak sedar kuantiti makanan yang telah diambil. Sebaliknya fokus kepada makanan anda.

Oleh itu, usah mengelak makan malam kerana ianya penting untuk memastikan tubuh anda mendapat nutrien yang seimbang dan mencukupi. Diharap perkongsian tips makan malam sihat ini memberikan panduan asas kepada anda.


Source
Pages: [1]
View full version: ╰☆☆ Petua Atasi Lapar Pada Waktu Malam ☆☆╮


ADVERTISEMENT