LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:51 PM

╰☆☆ Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan ☆☆╮

Edited by LelaRentaka7 at 28-10-2021 03:00 PM

Resume mengandungi maklumat berkenaan latar belakang diri, pendidikan, pekerjaan dan kemahiran seseorang. Resume memudahkan pihak syarikat membuat penilaian awal berdasarkan maklumat yang diberikan.
https://4.bp.blogspot.com/-yS8RCV4D0Ms/VXmv3ngq5mI/AAAAAAAAA6E/zfwoMy-EmmQ/s400/panduan-asas-menulis-resume.jpg

Menulis resume untuk permohonan pekerjaan adalah penting. Beberapa panduan asas di dalam menulis resume adalah seperti berikut:

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:52 PM

Maklumat untuk resume
Pastikan maklumat berkenaan diri anda seperti sijil-sijil akademik, sijil ko-kurikulum, salinan kad pengenalan dan sebagainya dikumpulkan.

Ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis resume kerana anda tidak perlu lagi mencari maklumat ketika sedang menulis.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:53 PM

Tatabahasa untuk resume
Tulis dengan ayat ringkas dan mudah difahami.

Sekiranya anda tidak mahir menggunakan sesuatu bahasa misalnya Bahasa Inggeris, minta bantuan dari rakan anda yang mahir.

Semak ejaan dan tatabahasa supaya tiada kesalahan.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:54 PM

Susunan resume
Tulis resume mengikut urutan isi kandungan yang konsisten dan kemas.

Elakkan mencampuradukkan isi kandungan bagi mengelakkan pembaca pening membacanya.

Buat resume ringkas dan padat.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:56 PM

Tulisan untuk resume
Tulis resume menggunakan perisian Microsoft Word.

Pilih jenis huruf dan ukuran yang sesuai serta mudah dibaca.
Misalnya gunakan tulisan Arial dengan saiz 12.

Gunakan kertas berkualiti untuk mencetak resume iaitu A4 dengan berat 80gsm.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:56 PM

Menyemak resume
Resume yang telah disiapkan haruslah dibaca dan disemak agar ia benar-benar menarik dan berkualiti.

Anda boleh meminta bantuan rakan untuk menyemak resume berkenaan.

Jangan sesekali memberikan maklumat palsu di dalam resume anda.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:57 PM

Edited by LelaRentaka7 at 28-10-2021 02:59 PM

Surat permohonan atau surat iringan untuk resume
Sertakan resume bersama surat permohonan atau surat iringan.

Surat iringan perlu ditulis dengan ringkas dan jelas.
Oleh itu, penulisan resume dan surat iringan haruslah dibuat dengan kemas, ringkas dan padat agar ianya menarik dan mudah dibaca.

Gaya penulisan resume dan surat iringan pasti akan melambangkan personaliti diri anda.

source

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 03:10 PM

Contoh Resume

SINI

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 03:11 PM

Contoh Surat Iringan

SINI
Pages: [1]
View full version: ╰☆☆ Panduan Asas Menulis Resume dan Surat Iringan ☆☆╮


ADVERTISEMENT