LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:30 PM

╰☆☆ Petua Atasi Cepat Rasa Lapar ☆☆╮

Edited by LelaRentaka7 at 28-10-2021 02:42 PM

Petua Atasi Cepat Rasa Lapar
Ada masanya kita masih berasa lapar walau pun telah makan makanan berat seperti nasi atau mi. Cepat rasa lapar tentu akan mengganggu program diet.
Kali ini saya akan kongsikan mengenai beberapa petua atasi cepat rasa lapar.

Petua Atasi Cepat Rasa Lapar
Petua Atasi Cepat Rasa Lapar -

https://2.bp.blogspot.com/--czsfr11mK0/VEe_29dylQI/AAAAAAAAANU/u7YfaxIef1U/s1600/petua-atasi-cepat-rasa-lapar.jpg
Sumber gambar meetup.com
Sebelum ini telah dikongsikan mengenai jenis tenaga segera ketika lapar. Beberapa petua atasi cepat rasa lapar yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:34 PM

Edited by LelaRentaka7 at 28-10-2021 02:35 PM


Atasi cepat rasa lapar dengan kurangkan makanan segera
Kebanyakan makanan segera mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang menyebabkan makanan itu berasa sedap.
Yang membahayakan apabila anda ‘ketagih’ dengan makanan segera dan akan makan dalam kuantiti yang banyak.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:36 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan sarapan pagi
Ada orang beranggapan mengambil sarapan pagi menyababkan kalori seharian bertambah.
Anggapan itu adalah salah kerana sarapan pagi sebenarnya mengalas perut anda agar tidak mudah berasa lapar sebelum waktu makan tengahari.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:36 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai jenis vitamin dan serat yang mampu membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.
Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek ketika berasa lapar.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:37 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan air kosong
Minum 8 gelas air atau lebih pada setiap hari kerana jika badan kekurangan air pasti kita akan cepat berasa clapar.
Badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melancarkan proses pencernaan.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:38 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan kawal tekanan
Pastikan anda mengawal tekanan perasaan secara positif.
Tekanan perasaan yang tidak terkawal boleh meningkatkan penggunaan tenaga kimia oleh otak anda yang seterusnya akan menyebabkan anda mudah berasa lapar.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:39 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan elak bosan
Bosan boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar.
Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti dan hobi bagi mengatasi perasaan bosan seperti menunggang basikal, menanam pokok dan lain-lain lagi.

LelaRentaka7 Publish time 28-10-2021 02:40 PM

Atasi cepat rasa lapar dengan elak rasa sejuk
Rasa lapar juga boleh terjadi apabila kita berada di dalam suhu yang terlalu sejuk seperti ketika hujan atau memasang pendingin udara terlalu kuat.
Atasi rasa sejuk dengan melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan dan anda juga boleh minum secawan teh suam tanpa gula.

sumber info
Pages: [1]
View full version: ╰☆☆ Petua Atasi Cepat Rasa Lapar ☆☆╮


ADVERTISEMENT