Rockafella Publish time 28-10-2021 12:29 AM

Part 1 & 2 : 'Malam pertama kami di rumah sewa baru dah kena kacau...'

Edited by Rockafella at 31-10-2021 11:14 PM



Malam-malam macam ni tiba-tiba teringat kisah masa belajar dulu. Stay di rumah sewa. Siapa duduk Ipoh, mesti tahu taman perumahan ini. Memang famous dengan kisah seram dan juga hotspot kes jenayah. Boleh dikatakan setiap tahun ada je kes bunuh diri, samun, jenayah seksual kat area sini. Even kitorang sendiri pun pernah kena sampai masuk newspaper.

Aku start duduk rumah sewa ini masa sem 2, sampailah grad. Dua tahun lebih jugalah. Aku dan housemates, satu kelas. Kitorang mula-mula pindah masuk pada bulan ramadhan. Rumah dua tingkat tetapi kecil je. Tingkat atas hanya ada dua bilik. Naik tangga terus sampai pintu bilik kiri dan kanan. Bilik kanan, 3 orang tidur dan bilik kiri, 4 orang.

Malam pertama kami kat situ dah kena kacau. Aku tidur bilik yang 4 orang tu. Pukul 3 pagi aku terdengar phone member yang tidur dengan aku berbunyi. Aku mamai-mamai malas nak tengok. Aku sedar-sedar je dalam 10 minit lepas tu, dah riuh-riuh. Lampu bilik semua terpasang. Roommates aku dah tak ada. Aku berlari pergi ke bilik sebelah. Semua dah berkumpul rupanya.

Aku tengok member bilik sebelah masing-masing menangis. Cuak weh! Rupanya diorang yang call member aku tadi. Aku tanya, "Apsal korang?". Then kawan aku cakap, diorang langsung tak boleh tidur dari malam tu. Dengar orang berlari-lari kat tangga, dengar orang main suis dan dengar bunyi macam orang nak buka pintu bilik. Aku terus meremang. Aku dengan roommates aku tidur elok je alhamdulilah. Diorang yang kena teruk.

Sembang punya sembang, dah tiba waktu sahur. Kitorang sahur, then pakat semua lepak bawah ramai-ramai depan TV. Tak naik atas dah, sampailah ke waktu siang.

Kesian member aku trauma. Menangis sampai merah-merah mata, berpelukan sesama sendiri. Tak boleh bayang macam mana perasaan diorang. Nak bangun buka lampu pun diorang takut, sebab suis lampu kat tepi pintu. Dan bila buka pintu akan terus jumpa tangga. So memang takutlah kot-kot 'benda' tu buka pintu ke, apa ke.

Selepas dari tu, terus diorang bertiga tak nak tidur di bilik atas. Tidur kat bawah sampailah habis belajar. Bilik utama itu kami kosongkan pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan kami buat bilik solat. Then aku tak ingat sem berapa, aku dan sorang member aku pindah tidur bilik tu pula sebab rasa macam dah okay je, tak ada apa-apa gangguan.

Malangnya aku tersilap. Tiba masa aku pula yang kena, lagilah seorang-seorang. Time tu maghrib, aku tertidur selepas asar. Aku masa tu tengah 'cuti'. Aku ingat lagi, kawan-kawan aku jerit, panggil aku dari bawah suruh bangun sebab nak maghrib. Aku dengar tetapi mata aku pejam lagi. Hari semakin gelap, nampak cahaya lampu bawah je samar-samar dari arah tangga dan pintu memang terbuka.

Dalam keadaan mamai, aku meraba-raba mencari phone. Tak semena-mena aku dengar bunyi orang naik tangga. Bunyinya sama seperti kawan aku naik tangga sebab aku kenal bunyi tapak kaki dia bila naik tangga. Selepas itu, aku ternampak bayang-bayang kat dinding, dia masuk bilik sebelah dan pasang lampu. Aku jerit panggil, "Weh! Pasang lampu bilik aku sekali, malaslah nak bangun". Then aku masih dengar dia berjalan, sebab lantai kayu kan.

"TAPP!" Bunyi suis bilik sebelah dia tutup. Kemudian terus tergesa-gesa turun ke tingkat bawah semula. Aku nampak dengan jelas bayang-bayang dia kat dinding masa dia naik dan turun.

Aku geramlah, dia ni nak minta tolong pasang lampu pun susah. Aku bangun, pasang lampu bilik then turun bawah. Halfway kat tangga, aku bebel. "Eh ko ni, dah alang-alang naik atas tolonglah pasang lampu bilik aku. Kan gelap?!".

Semua tercengang, diorang cakap, "Dari tadi, dari time kitorang jerit nak kejutkan kau dari tidur. Tak ada sesiapa pun yang naik ke tingkat atas".

Demam aku, terus ambil cuti balik ke kampung. Aku tanya family aku, diorang cakap maybe hantu raya.

Kisah ni tak terhenti di sini je. Selepas dari tu, lagi kerap kami kena terutamanya aku sebab mata aku jenis yang mudah 'nampak' dan ada kaitan dengan rumah jiran sebelah. Bersambung...

Sumber: Naziera Afandi

NOTA KAKI - Korang ada cerita seram, mistik atau yang seumpama dengannya nak dikongsikan tetapi tak mahir menulis dalam bentuk karangan/artikel? PM Rockafella, sedia membantu bila-bila masa.

Tinot7 Publish time 28-10-2021 04:29 AM

mula2 iols dok bayangkan bebudak laki yg kena mcm kisah tiktok yg viral tuh

Bx05uDoXINA


tapi rupa2nya gegurls yg kena. terus tak dpt bayangkan lagi...

Rockafella Publish time 28-10-2021 09:04 AM

Tinot7 replied at 28-10-2021 04:29 AM
mula2 iols dok bayangkan bebudak laki yg kena mcm kisah tiktok yg viral tuh




Buat rakaman video, claim seram then gelak2. Saya jadi susah nak percaya. ;P

card_reader Publish time 28-10-2021 09:13 AM

nie cara nie mesti budak2 PUO, dok TC....:lol:

Tokeybundle Publish time 28-10-2021 11:01 AM

Bln puasa pun ada hantu ek:dizzy:
Sambung la mod

terpaling Publish time 28-10-2021 11:21 AM

bersambung?? ada lagi la ni kan.. tak sabar nak baca..

Tokeybundle Publish time 28-10-2021 02:18 PM

Maceh mod bg tacang
Ni yg bt bersemangat nak lyn citer seram dr mod ni

havovasta Publish time 28-10-2021 02:59 PM

gugel nama budak ni beliau merupakan orang tapah, n mcm gaya die cite dok kt PUO

makton Publish time 28-10-2021 03:28 PM

mana sambungan?               

Rockafella Publish time 28-10-2021 04:00 PM

makton replied at 28-10-2021 03:28 PM
mana sambungan?

Malam karang.

Tinot7 Publish time 28-10-2021 09:35 PM

havovasta replied at 28-10-2021 02:59 PM
gugel nama budak ni beliau merupakan orang tapah, n mcm gaya die cite dok kt PUO

PUO ni aper? iols tau pyrexia of unknown origin (PUO) jahh

Tinot7 Publish time 28-10-2021 09:38 PM

Tokeybundle replied at 28-10-2021 11:01 AM
Bln puasa pun ada hantu ek
Sambung la mod

tu la pasal.. iols ingatkan masa bln pose deme kena gari..

Tinot7 Publish time 28-10-2021 09:40 PM

card_reader replied at 28-10-2021 09:13 AM
nie cara nie mesti budak2 PUO, dok TC....

PUO? TC? apakah?

Tinot7 Publish time 28-10-2021 09:48 PM

Edited by Tinot7 at 28-10-2021 09:56 PM

Rockafella replied at 28-10-2021 09:04 AM
Buat rakaman video, claim seram then gelak2. Saya jadi susah nak percaya.
iols tak tau la.. tapi best jahh tgk.. hehe..

sC-787rDlWI

qt6QHKtI2qY


Rockafella Publish time 31-10-2021 11:13 PM



Rumah Sewa (Bahagian II)

Dah masuk setahun tinggal di rumah sewa, baru kami perasan rumah jiran sebelah kerap tukar-tukar penyewa. Rumah kami cantik, cat baru. Berbeza dengan rumah jiran yang catnya memang dah lusuh. Dinding dah berlumut kena air. Pagar? Aduhai... tapi masih juga yang ada nak menyewa.

Kami yakin benda yang mengganggu kami itu datangnya dari rumah sebelah. Penyewa rumah sebelah terdiri dari pelbagai orang. Pasangan suami isteri, student, keluarga dan orang muda yang bekerja. Macam-macam jenis, sepanjang dua tahun kami menyewa di rumah itu, rasanya dah lebih 6-7 kali penyewa rumah sebelah bertukar-tukar. Yang kami perasan bila ada orang menyewa rumah itu, penghuninya mesti selalu bergaduh terutamanya keluarga. Tengah-tengah malam dengar orang bergaduh.

Pernah satu hari itu aku dan housemate yang lebih kurang macam makcik bawang juta, terdengar suami isteri sebelah rumah bergaduh, siap pecahkan cermin kereta. Kami pun duduklah di tingkap atas menyaksikan mereka bergaduh. Mereka menjerit-jerit sampai semua jiran-jiran berhampiran keluar untuk melihat apa yang berlaku. Member aku dah kalut nak call polis. Mujur semua dapat diselesaikan tanpa bantuan polis.

Kisah lain pula, satu malam itu aku dan housemate baru balik dari kedai makan. Kami berjalan kaki je, sampai di lorong rumah kami terdengar bunyi orang menjerit-jerit. Rupa-rupanya jiran kami, menjerit-jerit di pagar rumah dia. Masa itu, kami memang tak kenal mereka, baru pindah agaknya. Lelaki itu kena rasuk guys. Nasib baik ada dua orang lelaki pegang dia. Kalau tak, mau dikejarnya kami. Kami bergegas masuk ke rumah dan kunci pintu. Sumpah takut giler. Dia menjerit-jerit sampai ada yang terpaksa meminta bantuan dari ustaz.

Itu kisah bila ada orang yang menyewa. Tetapi bila rumah sewa itu kosong, lagi teruk bunyinya. Bunyi orang bertukang, memasak, menarik perabot sampai membuatkan kami tertanya-tanya, "Ada penyewa baru masuk, ke?". Keesokan hari, tengok di pagar rumah itu, masih ada papan 'For Rent'. Tapi lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi biasa. Asalkan 'benda' itu tidak mengganggu kami dah cukup. Rupanya tidak, 'benda' itu masih nak mengganggu kami.

Selepas habis cuti sem (lebih kurang dua bulan cuti), kami balik ke rumah sewa semula. Agakanya rumah dah lama kosong, mulalah 'benda' itu buat hal di bilik. One fine night semasa kami tengah melepak di depan TV, aku nampak Fara di depan peti ais, pakai baju tidur berwarna merah kegemaran dia. Aku jerit,

"Weh Fara! Datang depan nanti terus tutup lampu dapur tau!"

'PAKKKK!'

"Kau cakap dengan siapa Ziera? Aku kat sini lah" kata Fara.

Fara ada di belakang aku sedangkan tadi aku tengok dia duduk di depan tengok TV. Bila aku pandang ke dapur, memang dah tak ada sesiapa dah. Tapi sumpah aku nampak 'dia' dengan rambut lepas, baju tidur merah.. Eh! Memang sebijilah dia yang berada di belakang aku ni. Takkan aku nak tipu.

Aku terus terdiam, rasa nak menangis ke, nak menjerit ke entahlah. Terdiam seribu bahasa, menggigil sementara member lain juga turut mengalami situasi yang sama, berpandangan sesama sendiri. Apalagi, kami semua tidur di bawah beramai-ramai. Biarlah sempit, yang penting kami selamat. Apa-apa hal, senang nak cabut lari.

Sejak dari itu, kalau kami berkumpul di depan ,ada seorang member aku ni dia akan kira cukup tak tujuh orang.Risau seorang tak ada atau risau terlebih seorang.

Sumber: Naziera Afandi

Tokeybundle Publish time 3-11-2021 07:29 AM

Wah..dah ada sambungan
Kira ziera ngn kwn2 ni hati kental jgk la.lama dia tahan menyewa kat situ

Rockafella Publish time 3-11-2021 09:28 AM

Tokeybundle replied at 3-11-2021 07:29 AM
Wah..dah ada sambungan
Kira ziera ngn kwn2 ni hati kental jgk la.lama dia tahan menyewa kat situ

Tu la tu... biasanya dah pindah terus ... takdenya nak dok rumah camtu kan. :lol:

fortiori13 Publish time 4-11-2021 11:06 AM

Edited by fortiori13 at 4-11-2021 03:16 AM

Sewa rumah ni mmg kdg2 nasib, nasib malang dpt rumah yg agak keras ataupun housmet ko 'sesuatu'.

Cam kawan aku la, masa awal2 keje kat kl terpaksa sewa rumah sbb rumah family jauh. Rumah sewa dia tu rumah teres 2 tingkat ada 3 bilik, 2 bilik tingkat atas, satu kat bawah dekat dapur. Kawan aku tu sewa rumah tu ngan sorang lagi opismet yg dia baru kenal (opismet dia dah sewa lebih awal rumah tu).

Masa awal2 duduk mmg kawan aku citer tak ada apa2 berlaku cuma dia cam heran sbb housemet di tu duduk bilik bawah yg agak kecik banding bilik tingkat atas. Tp sbb housemate dia tu baik & ramah, kawan aku tu tak pikir apa2 pun, just percaya alasan yg housemate dia bagi iaitu malas turun naik tangga.

Tp ada satu hari tu masa kawan aku turun nak gi dapur, dia nampak tompokan2 darah kecik memanjang atas lantai dari ruang tamu hala ke bilik roommate dia. Kawan aku terus gi ketuk pintu bilik roommate tp tak de org jawab tp dia dengar ada suara org bercakap dalam bilik, so dia ketuk lagi sambil panggil nama roommate dia tu, tp masih tak ada jawapan. Suara bercakap tu pun dah senyap. Kawan aku dah rasa takut time tu tapi dia malas nak fikir bukan2 so dia just lap je tompokan2 darah tu and gi naik bilik dia.

Mula dari dia lap darah tu la dia kena kacau dgn sangat teruk kat rumah sewa dia tu yg akhirnya dia decide utk pindah rumah.

Zekry Publish time 4-11-2021 12:03 PM

Tinot7 replied at 28-10-2021 09:35 PM
PUO ni aper? iols tau pyrexia of unknown origin (PUO) jahh

Politeknik Ungku Omar

Tinot7 Publish time 4-11-2021 04:27 PM

Rockafella replied at 31-10-2021 11:13 PM
Rumah Sewa (Bahagian II)

Dah masuk setahun tinggal di rumah sewa, baru kami perasan rumah jiran...

eh beraninya dok lama2 kat situ...

deme takde duit nak pindah tmpt lain kot...
tak buat bacaan yassiinn setiap mlm ka, baca surah mulk kaa...

takkan setakat kira2 body jahh..?
Pages: [1] 2
View full version: Part 1 & 2 : 'Malam pertama kami di rumah sewa baru dah kena kacau...'


ADVERTISEMENT