R2D2 Publish time 27-10-2021 11:56 PM

Lazada, Shopee target kempen terbesar 11.11

Edited by R2D2 at 28-10-2021 06:06 PM

bernama.com
Jualan sehari terbesar 11.11 Lazada tawar ganjaran lumayan
6-7 minutes

KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, Jualan Sehari Terbesar 11.11, kini kembali lebih besar pada 11 November, dengan ganjaran bernilai lebih RM2,000,000 dan peluang untuk memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Katanya pembeli dalam talian boleh menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi, serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.

Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia Rick Ting berkata Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada merupakan acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

“Pembeli akan menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah dan ciri-ciri Shoppertainment yang membahagiakan.

“Kami berharap aktiviti yang disediakan, terutamanya Super Show Lazada 11.11, akan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik.

Katanya setiap kod QR memberikan akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2,000,000, termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.

Ditawarkan sekali setahun, Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali.

Pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, apabila perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.

Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusif bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi.

“Acara beli-belah 11.11 akan membawakan paling banyak Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang pernah ditawarkan sepanjang tahun.

“Mulai sekarang sehingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpul pelbagai baucar Penghantaran Percuma setiap hari dan mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November yang boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain,” katanya.

Pada 11 November dari 12 tengah malam hingga 2 pagi,Jualan 11.11 akan mencapai kemuncaknya, apabila rakan-rakan jenama di LazMall yang dijamin tulen akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70 peratus.

Peminat jenama boleh mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama rasmi kegemaran mereka, seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya disediakan pada dua jam pertama Jualan 11.11 Lazada.

Pelanggan digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan pengalaman pembayaran yang pantas dan lancar apabila seluruh rakyat Malaysia berlumba untuk merebut Crazy Brand Mega Offers pada tengah malam.

“Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai terjamin.

“Proses pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk RM0.01 Crazy Flash Sale yang sangat terhad, yang selalu habis dijual dalam masa beberapa saat,” menurut Lazada.

Walaupun dengan pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan di Jualan 11.11, pembeli bijak masih boleh lebih berjimat melalui Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada.

Pelanggan boleh membuat pesanan awal daripada jenama LazMall terkenal seperti tawaran eksklusif daripada Coach, Lancôme, Nespresso, Enfagrow, LEGO, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10 peratus mulai sekarang hingga 10 November.

Pada 11 November dari jam 2 pagi, pembeli boleh membayar tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Pada malam menjelang Jualan Sehari Terbesar 11.11, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive dan stesen TV, TV3.

Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Ketua Pegawai Diskaun Lazada sendiri, Ain Edruce.

“Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung apabila pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Jualan Sehari Terbesar 11.11 Lazada, layari: https://lzd.co/MegaSale dan maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma, layari: https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping.

-- BERNAMA

awanysss Publish time 28-10-2021 11:10 AM

lazada ni best.
dulu dia lg femes dr shopee..
harga dia murah sgt2..

tp ntah macam mana shopee boleh naik..

harap lazada tukar la interface dia, bg mesra pengguna..
kalau product mall tu, jgn la masuk suggestkan produk dr kedai2 biasa..
ku stress nak filter..

R2D2 Publish time 28-10-2021 06:07 PM

bernama.com
Jualan hebat Shopee 11.11 kembali
3-4 minutes

KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Shoppe mengumumkan Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali yang akan menghubungkan lebih banyak lagi perniagaan dengan tawaran lebih hebat, keseronokan dan hiburan yang lebih meriah mulai sekarang hingga 11 Nov, 2021.

Platform e-dagang itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menaik taraf festival tersebut dengan menawarkan hadiah terbesar setakat ini -- unitkondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dengan kerjasama pemaju hartanah SkyWorld Development Group.

“Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi rumah ini,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang berkata Shopee telah mengembangkan ekosistem digitalnya untuk membantu lebih ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang.

“Dengan keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua.

“Kami akan terus membawa penjimatan kepada pengguna kami, sambil memberikan sokongan yang lebih baik untuk membantu perniagaan berkembang bersama-sama komuniti tempatan supaya kami boleh menuju ke masa depan yang mengutamakan digital,” katanya.

Menurut Shopee, tawaran Jualan Hebat 11.11, keseronokan dan ganjaran juga termasuk kembalinya bintang antarabangsa Jackie Chan dengan iklan baharu; lebih 40 juta syiling Shopee untuk dimenangi; dan BMW 218i Grand Coupe M Sport yang boleh dimenangi menerusi permainan Putar dan Menang.

“Selain daripada itu, pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila mengaktifkan ShopeePay mereka dan layak menerima kredit ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka.

“Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama mereka di Shopee,” katanya.

Jualan Hebat 11.11 itu juga menyasarkan untuk menghubungkan lebih ramai peniaga luar talian dengan pelanggan dengan pulangan tunai RM11 menerusi baucar ShopeePay.

“Selain itu, mulai 1 Nov dan seterusnya, pelancong boleh menuntut baucar diskaun potongan RM100 dengan pembelanjaan minimum RM150 untuk pakej pelancongan yang menarik.

“Ini adalah tambahan kepada baucar rebat RM100 untuk hotel bertaraf empat dan lima bintang, dan baucar rebat RM50 untuk hotel bertaraf tiga bintang ke bawah,” jelasnya.

-- BERNAMA

epal_putih Publish time 3-11-2021 12:25 PM

suka juga sopink lazada hahahahha

jijilaaa Publish time 3-11-2021 03:00 PM

tak reti guna interface lazada. acam susah je. dah terbiasa dgn shopee. tp skang shopee makin mahal, plus dah makin sikit voucher free shippping dia. maybe dah nak kena beralih ke lazada semula
Pages: [1]
View full version: Lazada, Shopee target kempen terbesar 11.11


ADVERTISEMENT