Raline Publish time 26-10-2021 09:17 PM

Cabaran ukur garis rambut pula tular

Cabaran ukur garis rambut pula tular

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jarirambuta1_1635203113.jpg
CECILIA Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu. FOTO Agensi

Beijing: Pelbagai cabaran tular diilhamkan netizen di China sejak dua tahun kebelakangan ini.

Antara cabaran yang terkenal adalah cabaran saiz pinggang seperti kertas bersaiz A4.

Trend ini dicipta untuk mereka yang berhasrat memiliki pinggang ramping dan fleksibel.

Ia juga dianggap dapat membantu mempromosikan pelbagai bentuk tubuh.

Pentadbiran Siber China menganggap trend sebegini adalah sesuatu kehebatan luar biasa yang boleh dijadikan sesuatu untuk diingati.

Baru-baru ini, satu lagi cabaran mula tular di laman sosial China iaitu cabaran ukur garis rambut.

Ia bagi menentukan sama ada seseorang itu mempunyai garis rambut yang sempurna atau sudah mengalami keguguran rambut.

Cabaran ini dianggap lebih selamat berbanding cabaran lain yang diperkenalkan sebelum ini.

Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa jarak antara hujung rambut dan kening menggunakan jari.

Jumlah jari itu berbeza untuk lelaki dan wanita untuk menentukan sama ada garis rambut mereka adalah normal atau sebaliknya.

Semakin banyak bilangan jari, bermakna rambut seseorang semakin berkurangan.

Cabaran itu sebenarnya sudah diperkenalkan pada 2019 namun mula mendapat perhatian beberapa minggu lalu.

Ada netizen yang menyahut cabaran itu dan memuat naik gambar bilangan jari pada dahi di laman sosial.

Cecilia Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu.

Dia memuat naik gambar cabaran itu pada 20 Oktober lalu.

Ibu tiga anak berusia 41 tahun itu dianggap memiliki jarak rambut dan dahi sempurna.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/770408/cabaran-ukur-garis-rambut-pula-tular

musangbodoh Publish time 26-10-2021 11:46 PM

ape dh xde keje ke...

Carcosa Publish time 27-10-2021 01:02 AM

Jarak rambut sempurna tapi muka kau mcm jamban perhentian bas, pun tak guna dik

mdhelmi Publish time 27-10-2021 10:51 AM

kalau ye pon memang sempurna ke?

nakkomenjugak Publish time 28-10-2021 01:18 PM

I lioke Cecilia terutama suara sheol

Orangelily Publish time 28-10-2021 01:34 PM

Apa yang Allah cipta untuk manusia tu sempurna dahhh..xyah nak challenge sangatlah

Supersirap Publish time 30-10-2021 12:27 AM

macam-macam cabaran ya dihasilkan

Artemesiaa Publish time 30-10-2021 11:53 AM

Macam2 cabaran mengarut dikemukakan demi nak dapat perhatian ramai

che-cikL Publish time 30-10-2021 12:08 PM

Kalau gitu org yg lahir jendul kesian. Pastu kelebihan utk satu grup lagi yg rambut rendah dkt muka. Tak reti iols nak explain. Kawan sekolah iols ada gini. Walaupun bertudung, anak rambutnya tetap nampak kat anak tudung tu.
Pages: [1]
View full version: Cabaran ukur garis rambut pula tular


ADVERTISEMENT