Raline Publish time 26-10-2021 08:54 PM

Setiap Muslim Perlu Menjaga Batasan Aurat

Mufti Kongsi Hukum Lelaki Pakai Seluar Sukan Ketat Hingga Nampak ‘Bonjolan’ Kemaluan

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/collage3-52.png
Isu soal pemakaian seluar sukan yang ketat bagi kaum lelaki bukan perkara baru, malah ia telah menjadi trend sejak bertahun-tahun lamanya.

Tetapi isu ini kembali timbul apabila seorang pengguna media sosial, mula mempersoalkan apakah pandangan atau hukum jika kaum Adam memakai seluar sukan yang ketat sehingga menampakkan bentuk kemaluan atau bonjolan kemaluan mereka.

“Salam @pejabatmuftiwp . Boleh pihak tuan keluarkan pandangan berkenaan lelaki yang mengenakan seluar berbasikal yang ketat sehingga kelihatan bonjolan kemaluannya? Perkara ini telah menjadi trend penunggang basikal pada masa ini. Syukran jazilan.” Ciapnya

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/collage1-56.png
Setiap Muslim Perlu Menjaga Batasan Aurat

Susulan itu,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi akaun Twitter mereka memberi respon terhadap persoalan tersebut Menurut Pejabat Mufti , setiap Muslim perlu menjaga batasan aurat yang dibenarkan oleh syarak.

“Walaikumusalam wbt. Setiap Muslim perlu menjaga batas aurat yang dibenarkan oleh syarak. In termasuklah dalam aktiviti seperti bersukan, berbasikal dan sebagainya.” Jawab pengendali akaun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Haram Hukumnya Menampakkan Sebahagian Aurat Atau Bentuk Badan
Dipetik dari laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haram hukumnya jika berpakaian menampakkan sebahagian aurat atau bentuk badan dan kemudian menjadi tatapan bukan mahram.

Oleh itu, baik wanita mahupun lelaki dinasihatkan perlu menjaga etika pemakaian dengan memakai pakaian yang tebal atau memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan mereka

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” Surah An-Nur, ayat 24-30″

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/10/collage4-31.png
Foto – Pinterest

Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan namun etika pemakaian yang patuh syarak harus diikuti, jadi lepas ini baik lelaki mahupun wanita harus bijak memilih pakaian sukan elakkan dari memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan apa yang tidak patut terlihat secara umum.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Sumber:https://murai.my/2021/129818/hukum-memakai-seluar-nampak-bentuk-kemaluan/

ussopp Publish time 28-10-2021 12:46 AM

Edited by ussopp at 28-10-2021 12:54 AM

setengah orang tak tahu dah erti maruah......

ikut trend.....dan ketara agak bodoh ....

hal dunia, kwsp, duit brim, dokumentasi pekerjaan memang pandai.....

tapi dlm bab kebenaran tiada renungan....

janganlah kita begitu...

kesalahan sembunyi sembunyi itu biasa,

tapi kesalahan terang terang serta disertai rasa bangga........jauhilah



Pages: [1]
View full version: Setiap Muslim Perlu Menjaga Batasan Aurat


ADVERTISEMENT