CARI-MAL Publish time 26-10-2021 12:58 PM

"Lepas Solat Jangan Terus Lari" - Aiman Banna Jawab Zikir Lepas Solat

Perkongsian pendakwah dan penulis buku terkenal, Aiman Banna di Instagram mengenai isu berzikir selepas solat menarik perhatian ramai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/26/125649og1fnqk4fwp9qr4k.jpgKredit foto: IG Aiman




Menerusi Instagram, dia menjawab persoalan pengikutnya sama ada perbuatan berzikir atau berdoa selepas solat adalah amalan bidaah.


Merungkai persoalan ramai itu, pendakwah berkenaan mengulas isu tersebut dengan penerangan yang jelas.


Menurut Aiman, berzikir atau berdoa selepas selesai menunaikan solat merupakan sunnah yang disyariatkan dan bukannya bidaah seperti yang disangkakan orang ramai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/26/125650o0783iifp5t0p5je.png



Pendakwah ini juga memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak terus bangun selepas selesai solat berjemaah atau bersendirian, sebaliknya amalkan berzikir dan berdoa seketika kerana ia perbuatan yang disyariatkan dalam Islam.




Sumber: Murai

midori_katana Publish time 26-10-2021 05:06 PM

Aiii.. keluar gua nampak!

prince_marhaen Publish time 27-10-2021 12:56 PM

kepala bana ni masih relevan ke bagi pendapat pasal syariah & agama, perangai pun macam nakharom je.. kemain budak-budak suka ngan dia eh...jangan ada leak jugak sudahlah nok...muntah darah satu malaya

ussopp Publish time 28-10-2021 12:09 AM

memang zikir lepas solat tu ada....sunnah.

yg menjadi perbahasan ialah zikir SECARAberamai ramai tu...

bagi pihak yg ikut prinsip jgn tokok tambah agama, maka mereka takkan ubah apa apa pun yg nabi ajar tak kisahlah apa niatnya...

bgi pihak yg sangka boleh tokok tambah asal niat baik, mereka nak buat juga.

tu isu yg sebenarnya....

bukan pasal zikir kerana zikir lepas solat memang sabit dr nabi S.A.W

Kilokahn Publish time 7-11-2021 10:42 AM


Pages: [1]
View full version: "Lepas Solat Jangan Terus Lari" - Aiman Banna Jawab Zikir Lepas Solat


ADVERTISEMENT