LagerthaRagna Publish time 25-10-2021 09:14 PM

Toxic family

Edited by FanTasyCreaTioN at 15-12-2021 08:49 AM

Hai semua..

Tujuan meluah disini sebab rasanya dah macam nak bengong pulak memikirkan masalah ni. Rasa kalau meluah di FB tu lebih kepada kecaman aja nanti. Daripada yang aku skodeng-skodeng baca kat forum ni, banyak nasihat2 bernas berbanding kalu di FB tu. Twitter and IG aku jarang sebab dah kategori warga emas dah ni. Tiktok apa ntah lagi.Aku cubalah menulis sempoi-sempoi walau hakikatnya yang nak diluahkan ni agak sedih juga tapi hidup kenalah ceria kan.

Macamni, aku ni anak ketiga dari enam orang adik beradik. Abang, akak, aku, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan. Family aku ni biasa-biasa aja. Mak surirumah, ayah keje gomen. Yang jadik luar biasa tu bila ayah aku buat hal, main judi and ponteng keje sampailah kena buang keje. Semasa kecik aku boleh kira dengan jari, berapa kali ajelah family kami harmoni.Selebihnya kami hidup dalam ketakutan sebab weekend bila ayah balik, memang akan berlaku perang dunia antara mak dengan ayah. Topic gado memang duit ajelah. Mak pula mungkin tekanan dengan perangai ayah, dia jadik seorang yang sangat garang segarang-garang mak lah. Pakej lengkap membantai dengan maki hamun sumpah seranah, complete lah. Tapi dalam adik beradik tu, akulah yang tak pernah kena pukul. Aku rasa adalah sekali itupun sebab akak aku yang punca. Sebab aku ni sangat takut mak marah, aku akan buat sebelum mak bising and akan avoid ape yang mak tak suke. Mak aku punye garang tu level kalu ko tak dapat no 1 dalam kelas memang kena belasah. Paling teruk aku ingat abang aku kene belasah masa tengah mandi dalam bilik air sebb kantoi dapat no 2. Adik lelaki aku pulak kena pukul and sumbat dalam tong sampah belakang rumah yang penuh dengan ulat-ulat sampahtu. Mungkin juga mak aku tak pukul aku sebab aku ni dari darjah 3 dah start carik duit sendiri. Bapak aku dulu part time editor kat publication company. So, dia selalu dapat buku kanak-kanak free. Makanya masa bapak aku buat hal tak bergaji, aku bawak buku tu ke sekolah and jual. Siap ada cikgu tolong promotekan. Dari duit tulah dapat mak beli barang-barang makan and duit sekolah kami. Kadang-kadang aku buat penanda buku and jual seposen, dua posen kat sekolah. Ada je kawan-kawan yang beli sebab waktu tu aku ketua darjah jadik aku salah guna kuasa sikit. :$

Hidup kami juga masa kecik sangatlah boring. Nak tengok tv pun takut. Mak hanya benarkan kami tengok TV weekend itupun bergantung pada mood die. Tetiba die moody dengan ayah, maka terkuburlah impian ko nak tengok tv. Pernah mak pegi keje sebagai tukang jahit kat kilang, dia potog wayar plug tv supaya kami tak dapat tengok tv. Sudahla zaman tu tengah hot citer moro attack, aku dengan akak terpaksa tumpang tengok kat rumah jiran.huhu..

oklah panjang pula mukadimah zaman kecik. Ok..walaupun serba kekurangan tu tuhan bagi rezeki kami adik beradik agak menjadilah juga dalam pelajaran. 4 daripada kami dapatlah belajar hingga ke universiti. Abang hanya diploma sebab kekangan kewangan. Kakak pula, memang kurang cenderung dalam pelajaran. Lagi-lagi dia banyak mengambil tugas mak menjaga adik-adik yang kecik waktu emak pegi kerja. Aku dan 3 adik lagi dapatlah belajar hingga ke universiti dengan biasiswa.

Apa yang menjadi punca masalah keluarga kami ni sebenarnya datang dari perangai parents. Ayah memang terang-terangan selfish dan tak bertanggungjawab. Jadi dari kecil memang mak lah yang dominant & decision maker. Mak pula berlatar belakang dari adik- beradik kesemua perempuan, ayahnya dah meninggal sejak kecil. Jadik korang bayangkan la bila family yang takde figura ayah unuk memimpin ni memang agak pincanglah sedikit. Makcik-makcik aku ni memang kejenya bergaduh sesama mereka and berpuak-puak. Oleh kerana waktu tu mak aku lah yang bermasalah dan paling miskin, memang kami asik kena hina ajelah adik beradik. Kalu kami balik kampung beraya tu, makcik-makcik ni pakat suruh anak-anak die jaga purse. Takut sangat kami budak-budak miskin ni rembat duit anak dia. Memang terasa betul dengan layanan sebelah family mak ni. Kononnya mereka orang bandar dan berduit, jadik orang susah macam kami, adik beradik ramai ni dipandang hina.Pinggan or cawan kami pakai pun kalau boleh diorang nak samak. Family belah ayah takda isu sebab mereka orang kampung and humble je semua.

Disebabkan layanan tu, mak aku ni aku perasan dia pun kadang-kadang upkan kami punya result peksa.. yalah ..dah itu je lah yang die boleh brag kan..sebb family belah die memang kureng sikit bab belajar ni. Lagipun mungkin bengang juga mak aku bila asik kena hina aje kan. Bila mak brag pasal anak-anak dia pandai tu, mulalah mereka semua meluat and buat muka.

Ok bila dah besar ni, tak taulah mana silapnya, walaupun masing-masing masuk belajar tinggi, tapi so far hanya aku jelah yg Alhamdulillah boleh dikatakan oklah sedikit berbanding adik beradik yang lain. Abang aku kawen dengan budak bawah umur yang tak habis sekolah. Perangai pun pelik-pelik asik buat hal aje dari anak 1 sampailah dah anak 7. Kakak pula kawen dengan lelaki biawak hidup yang on off kerja macam hobi je dibuatnya. Adik lelaki aku kawen dengan housewife , sorang lagi kawen dengan mak jan anak 1. Manakala yang bongsu walaupun berdegree tapi diuji pula dibuang kerja masa pkp first tuhari. OKlah tu semua dah takdir bab jodoh dan rezeki ni, cuma apa yang aku terkilan sikap mak aku yang sangat pilih kasih.

Sejak sekolah, memang aku sorang yang duduk asrama dari form 1 sampailah ke universiti. Mungkin sebab tu hubungan aku adik beradik tak berapa rapat. Mak aku pula ada satu peel dia suka gapkan aku dengan adik beradik lain. Contoh kalu aku buat open house ajak adik beradik, diorg akan minta permission mak aku dulu sebelum dtg rumah aku. Kalau mak aku kata boleh, barulah diorg datang. Mak juga jaga anak-anak abang dan akak aku yang rapat-rapat macam paku tu sampaila dia sendiri kena darah tinggi dan akhirnya stroke. Beberapa kali mak keluar masuk hospital, akulah yang kena korek tabung, korek epf. Yang hantar anak duduk dengan mak tu, semua lepas tangan. Bayangkan lah waktu mula-mula kerja baru nak menyimpan, memang habis ke perubatan mak aja. Mak pula taknak pegi hosp gomen, lambat dan tak selesa katanya. Jadi terpaksalah bawa ke private hosp.

First time mak kena stroke, aku keluarkan saving dekat 10k juga. Doktor pesan jgn jaga cucu dah. ehhh..elok je dia sihat, dia sambung jaga cucu-cucunya. Benda nilah yang selalu buatkan aku terasadengan mak. Time sihat, jadik bibik kat anak2. Bukan saja jaga cucu, diorang siap balik keje makan and mandi kat rumah mak aku. Lepak-lepak anak beranak tengok TV, malam baru balik. Bilanya mak aku tu nak berehat kan? Aku ni pula duduk jauh sikit dari rumah mak, and aku waktu tu ambil bibik untukjaga anak-anak aku. Memang langsung taknak susahkan mak. Tapi ada masa kadang bibik balik kampung or nursery tutup, terpaksa minta tolong mak. Tapi selalunya memang mcm mintak nyawa. Pernah masa aku bersalin, suami minta tolong mak jaga (sebelum mak stroke), mak minta bayaran and pakej bayarkan sekali nursery untuk anak2 akak yang tak dapat dia jaga sepanjang tempoh aku berpantang tu. Pokoknya bila dengan aku, mak memang akan berkira dan minta upah. Datang rumah aku pun kena bagi duit minyak and kalau dia tolong kemas-kemas tu memang kena hulur lah duit upah apa bagai. Duit bulanan memang akubagi without failed dari mula kerja.

Ok fast forward, lepas mak aku stroke yang pertama, 10 tahun lepas tu (2019), mak aku kene stroke lagi. Jadi masa inilah masalah bermula. Sebab ayah aku pun dah dekat umur 70, jadi aku cadangkan abah takyah la keje dah. Dok rumah aku and jagalah mak aku. Ayah pun dah tua bole concerntrate kat ibadah juga. Sebelum ni abah kerja sebagai guard sebab rumah yang mak duduk tu guna nama abang, jadik ayah kerja dan bayar rumah tu. So bila ayah tak keje ni, rumah tu bagi sajalah kat abang utk dia bayar sendiri dan dia sekeluarga pindahla masuk rumah tu (sebelum ni abang menyewa sebab isterinya taknak duduk dengan mak). Bila aku suarakan cadangan pada abang, abang setuju tapi bersyarat. Mak and abah aku kena jaga sebab bini dia memang mati-mati taknak duduk dengan mama and abah. Oklah aku jagalah mak aku yang waktu tu memang bedridden. Kebetulan aku dapat cuti belajar sambung 3 tahun. Aku anggap tu rezeki aku lah sambung belajar sambil berbakti kat mak yang sakit.

Kusangkakan segalanya ok seperti dirancang, rupenya bila mak dah baik dari stroke kali kedua tu, mak pakat dengan ayah untuk balik ke rumah abang. Kononnya dia nak duduk seminggu dua sahaja, lama-lama dia dah tak balik terus rumah aku. Bila aku tanya alasan die pkp. Bila ada kesempatan aku pun pegilah ke rumah abang (rumah lama mak), terperanjat aku bila tengok yang ayah aku dah bekerja guard semula dan dia memang purposely back for good kat rumah tu. Ayah kerja and tolong bayar rumah dan bills. Mak pula aku tengok makin sihat mungkin hati happy dapat duduk dengan anak dan cucu-cucu kesayangan. Aku ada ajak mak balik rumah aku sesekali sebab aku tahu bini abang tak suka dia dok situ (based on perjanjian aku dengan abang masa nak suruh abang pindah and bayar rumah tu), tapi mak bagi mcm2 alasan. Ayah takda cutilah, malas nak packing baju lah..so aku terasa juga tapi tidakla memaksa.

Setahun kemudian, ayah aku diberhentikan kontrak keje sebab umur dah 70. Bermulalah episod baru. Hampir setiap hari abang wasap aku menagdu itu ini pasal ketidakpuasan hatinya dengan mak and ayah. Kebanyakannya hal-hal remeh macam ayah aku tolong masakkan sarapan anak2 die, which is bini dia marah sebab rase mcm tak guna pula (dah kobangun lewat, ayah aku tolonglah...). Tapi pada pemerhatian aku, semua jadi tak kena bila abah aku tak keja dan tak menyumbang kat rumah tu. Klimaksnya bini abang lari rumah, balik kampung dia (negeri lain). Waktu tu padahal pkp, tak pasti ape die kencing polis and lepas utk rentas negeri. Abang aku pula naik hantu and halau bapak aku cakap bapak akulah yang menyusahkan dia. Aku tau, niat abang aku halau ayah aku supaya mak aku ikut sekali, tapi malangnya mak aku ni memang sayang abang aku lebih dari suami sendiri. Maka malam tu abah aku keluarlah dari rumah tu sorang2. Manakala mak aku masih nak stay situ. Fast forward, bini abang aku still taknak balik rumah selagi mak bapak aku tak keuar rumah tu. Anak abang aku ada 3 orang yang bersekolah, waktu tu lagi dua hari nak puasa. So, abang aku terpaksa pujuk balik bapak aku supaya stay balik. kalau tak siapa nak tengokkan anak2 dia kan. So mak aku pun pujukla bapak aku stay walupun masa tu bapak aku dah nak pindah rumah aku balik.

Genapla sebulan mak bapak aku jadik bibik mengurus anak-anak abang, 2 hari sebelum raya, abang aku hangkut anak-anak die balik beraya ke kampung bini dia tanpa bagtau mak bapak aku. Yang mak aku sebelum ni dah perasan konon abang aku pilih diorg mak bapak dari isteri. Kononnya abang aku nak cerai bini bermasaalah dia tu. Padahal aku berani kerat jarilah..abang aku sama je mcm ayah aku yang takut bini. Jadi mak abah aku ni dah plan nak beraya dengan abang and cucu2 siap dah order ketupat. Jadi bila tak jadik tu, aku ajakla mak bapak aku beraya kat rumah aku jelah. Aku masak lauk raya. Nak jadi cerita, petang raya tu bapak aku nak pegi ambil ketupat yang dia order sebelum nak dtang rumah aku, tiba-tiba dia jatuh motor diserang heart attack. Ayah tak pernah ada sakit apa sebelum ni. Nasib ada jiran yang bawa ke hosp swasta berdekatan ( call ambulans tak sampai2). Sampai je terus ayah kena cpr, kata doc kalu lambat sikit lagi memang ayah dahtakda. Makanya tak berayalah kami tahun ni. Kami terus bagitau abang keadaan ayah. Ingatkan dia risau dan balik segera. Dia mintak surat doc, tapi tak balik2. Rupanya guna surat doctor untuk bagi ke HR die untuk sambung cuti. Macam takda perasaan, dia beraya sakan dekat seminggu kat kampung bini tanpa hiraukan keadaan abah.

Disebabkan dah terang and jelas, bini abang tak suka diorang duduk situ, lebih-lebih lagi dengan ayah dah tak kerja, maka mana lagi mereka nak pergi. Adik lelaki aku yang lain kat KL. Yang akak and adik aku pun masing-masing ada masalah sendiri. Jadi memang takda pilihan, diorang berpindahla balik ke rumah kami. Mula-mula mak memang nampak kecik hati dengan abang, tapi lama-lama die dah macam angau pula suruh ayah aku call abang tanya khabar dia dan cucu. Boleh katakan seminggu berapa kalilah call. Abang aku pun sejak ayah keluar hospital takda datang jenguk pun. Ayah la yang datang kesana. Dua bulan mak dan ayah duduk rumah akuni, aku and adik perempuanlah yang bergilir bawa diorang check up. Alhamdulillah diorang pun semakin sihat. Check up pun dah jadi 3 hingga 6 bulan sekali je.


Ok panjang dah sangat. Nanti aku sambung ye..





Catpaw Publish time 26-10-2021 11:10 AM


Semoga tt dikurniakan pahala ganjaran melimpah ruah diduga sebegini dan jaga orang tua kerana Allah taala

tupaiterbang Publish time 26-10-2021 12:36 PM


Best lak baca...sambung lagi tt

LagerthaRagna Publish time 26-10-2021 03:01 PM

Baiklah sambung lagi...

Sepanjang mak ayah dok bersama ni, kebetulan kan aku cuti belajar, jadi aku uruskan la makan minum. Anak-anak pun PDPR. Mula-mula ok je, tapi lama kelamaan aku jadik macam kemurungan sebab bangun pagi nak kena fikir nak bagi makan apa, urus anak pdpr, kemas rumah dan nak study.

Boleh katakan aku boleh study malam je bila semua orang dah tido. Lepas tu pagi-pagi dah kena bangun. Husband aku frontliner dan tiada cuti. Tapi dia membantu dari segi takbagi aku buat house chores mcm basuh baju lipat baju semua tu aku dah tak buat dah. Husband hantar ke Dobi aja. Weekend memang panggil bibik aje dtg kemas rumah. Untuk pengetahuan korang, mak ayah aku bukanlah bedridden. Sebelum ni dia duduk dengan abang aku, diorg bole basuh baju, kemas rumah, even masak utk anak2 abg aku. Padahal kak ipar aku tu housewife ye. Anak paling kecik pun dah 4 tahun.TApi bila duduk dengan aku, mak bapak aku terus kejenya makan, tido, tengok tv, ulang-ulang itu jelah kejenya. Kadang aku terbabas sebab stay up malam, memang diorang pun takdalah nak masak or makan. Tunggulah aku masak or belikan. Padahal rumah aku dekat je dengan kedai makan, kalukata tak pandai Food panda lah kan.

Jadi hidup aku jadi tunggang langgang juga lah dengan nak kejarkan DP thesis aku. Aku ni nak dapatkan scholar punyalah susah kan, compete ramai2 satu jabatan. Bila dapat ni, of course aku nak kene meet the requirement...grad on time. Alhamdulillah so far, on track lagi belajar aku waktu tu. Aku memang dah rasa hidup aku serabut dan mudah penat. Kadang-kadang rasa sesak napas. Aku fikir positif je waktu tu, mungkin angin sebab aku makan tak menentu. Biasa lepas penat masak sorang2 tu, aku akan naik atas and sambung study. Aku nak buat medical check up, tapi aku delay sebab nak siapkan DP aku. So, satu hari ni aku kene 'sesak napas' tu kerap. sehari dalam 3-4 kali. Jadi terpaksalah aku ke hospital jumpa cardiologist. Before tu aku da google2 simptom tu macam ada relate dengan jantung. So doc tahan aku kat ward utk monitor 24 hrs ECG. Esok pagi tu aku kena 'serangan' ngam2 masa Doc round ward, so Doc confirmkan dari ECG, yang jantung aku ada tersumbat. Menangis aku and suami waktu tu. Kenapalah ujian bertimpa-timpa kat kami nih.

Doc terus buat angio on the spot. Aku tak full bius so aku nampak Doc buat procedur tu. Nampakla salur mana yang dah tersumbat hampir 99%. Doc terus buat stent and ballon. Aku admitted dekat 3 hari. Itupun aku minta Doc nak keluar awal sbb mengenangkan anak2 and org tua kat rumah. Doc allow tapi memang banyakla syarat2 tak bagi aku bergerak & masak2. So, sepanjang 3 hari tu, memang mak bapak aku menjalani hidup mcm biasa. Langsung tak tanya kenapa aku, aku pegi mana. nehi. takda.yillek.
Laki aku terpaksa slow talk mak bapak aku sebelum bawak aku balik. Dia bagitau sekarang aku tak sihat, mudah penat and ada condition jantung. So, laki aku mintak sama-samalah jaga diri. Apa bole buat sendiri tu, buatlah. Rumah ni penuh makanan, frozen food, sardin, lauk basah. Kalu boleh masak sendiri, masaklah takyah tunggu aku. Oklah adalah perubahan dalam seminggu. Elok seminggu, aku pun jenis tak bole nak rehat2 tak buat ape, so aku dah mula turun bawah. Start tu mak abah aku pun balik asal jadik VIP lepak2 tengok tv makan tido. Tengok maharaja lawak tu memang favourite sampai musim2 lama pun dibantai tengok. Kadang aku pelik kenapa diorg bole duduk macam tu walaupun tubuh badan sihat. Tak boring ke hidup? Aku jeles tengok kawan2 aku kat FB yang dok dengan mak bapak. Yang bapak nye bercucuk tanamlah, potong rumput lah..ajar cucu mengaji lah. Yang maknye bole tolong lipat baju, masak sama2, siram pokok. Pendek kata beraktiviti lah kaedahnya. Kontra gila dengan mak bapak aku. Mind you, peel orang kaya diorang ni hanya terpakai kat rumah aku je. If dia duduk or pergi rumah anak-anak lain, minyak kete pun dia bayarkan dan makan pun dia hulur duit.Bila kat rumah aku diorang terus jadik macam OKU. Nasibla sekrg ni musim pkp dan aku pun tak keja, jadi kuranglah membeli unnecessary things. Duit aku memang habis ke makan ajelah. Pulak jenis kalu beli lauk tghari, malam nak makan lauk lain. Aku tak pernah bunyik sebab takut diorang terasa.

Sebenarnya banyak sangat aku terase dengan mak ayah aku ni. Aku bagitau kat atas tu yang adik beradik mak aku ni seramai 7 orang perempuan semuanya, sangatla problematic. Hanya 2 orang yang masih bersuami. Yang lain tu ibu tunggal (2 suami meninggal, yang lain tu ibu kena tinggal). Boleh dikatakan hanya family mak aku ajelah yang anak2 takde bercerai (so far), yang lain semua ada wakil bercerai berai, dadah, jenayah, scammer, amek laki org..name it. Kira memang mcm artislah kawen cerai dan meraka bangga sangat dengan keadaan tu sebab rasa ank diorg cantik/handsome and laku keras.Mak aku ni waktu sihat, suka join membawang dengan makcik2 aku ni. Mak aku ni dia suka brag hal-hal aku. Cth:'Lea tu ade itu ade ini..beli itu beli ini". Tapi dlm masa sama, mungkin dia nak neutralkan apa yg dia brag tu, die kutuk juga aku. Cth mengata aku ni boros lah gaji byk tp boros...rumah sepah...kulikan die..kalau dtg rumah aku, mesti dia kena kemas.Mak aku ni OCD jadik pengertian kemas pada die tu lain dengan aku yg bekerja ni.DAn yang lain2 aku taknak tahu apa yg die ngata. Cuma aku tau lagi banyak mak aku brag hal aku, lagi meluat makcik2 and sepupu2 aku kat aku. Walhalnya aku ni takda berbunyi apa pun hal aku and family. FB aku pun sendu typical acik2 share resepi2 & aku takde fren pun dengan keturunan mak aku. Pada aku, circle kawan2 aku semua hebat2 sampai aku rase kerdil adalah. Jadi takda apa yang aku nak sombong2 pun. Aku and laki aku biasa2 je.

Ditakdirkan 3 tahun lepas, aku bersalin dan anak aku diuji sakit. Dua bulan lebih anak aku di NICU dan kami berulang alik ke hosptal. Waktu tu aku minta tolong mak aku dok rumah aku and of course la aku sediakan bibik. Setiap kali balik hosp penat and sedih, mak aku bukan nak tanya keadaan ank aku, tapi dia sibuk mengadu domba hal bibik itu ini. Bibik malas la bibik kuat makan la. Aku ckp tegur direct je la bibik tu kalu ada tak puas hati. Aku naik rimas. Aku tak nampak pun mak aku empathy dengan keadaan kami waktu tu. Sampailah anak kami meninggal, malam kami bawa jenazah balik, rumah kami penuh dengan adik beradik. Sebelah jenazah anak aku tu, mak aku bole tanya kat abg aku.."Mane Apiz?(anak abg aku)". Abg aku jawab tido dlm bilik. Mak aku ckp' kesiannya..sampai tertido cucu nenek'. Ya Allah waktu tu air mata aku mmg takleh behenti. Yang cucu ko tido tak bangun2 depan ni takde pulak ko kesian. Elok je esok kebumi pagi, mak terus nak balik rumah dia. Keadaan aku waktu tu memang kusut. Tak bole masak, tak lalu nak makan..Bibik waktu tu kami dah hantar balik ke ejen sebab dia pun taknak kerja sebab mak asik mengadu je. Jadi tinggallah kami sekeluarga. Adik beradik aku memang dtg mcm tetamu jelah. Mak balik, diorg pun kenalah balik.

Dalam keadaan diuji tu, kami sekeluarga faced bersama-sama. Bukan mudah sgt sebab anak yang ketiga (atas arwah) asik tanya kenapa adik die kena tanam, tak boleh tukar dengan anak patung dia ke. Waktu tu dia baru 5 tahun. And dielah yang terjejas teruk sebenarnya waktutu. Sebab dia paling excited nak beradik. Sejak adik dia meninggal, dia jadi takut nak tinggalkan sesuatu atau seseorg. Nak pergi sekolah pun takut. Sebab dia kata, nanti takut balik sekolah mami papa tinggalkan dia. Jadi aku dan husband sama-sama janji mesti kuat untuk pulihkan semangat anak kami. Jadi kami menangis senyap2 berdua, time malam masa nak tido. Depan anak-anak kami buat mcm biasa. Kami pergi bercuti dan kami buat semua benda yang kami pernah plan bila ada baby. Kami juga beli kereta baru yg lebih selesa mcm yg diplanned. Kemudian, kami sekeluarga pergi menunaikan umrah bersama. Apa yang kami buat sekadar utk move on dari kisah sedih kami, tapi rupa2nya tak disenangi oleh saudara mara and makcik-makcik (family mak). Diorang rasa sakit hati melihat kami tak terus terduduk jatuh. Ada sorang makcik ni, memang anak2 dia bermasalah. 3 anak dia,2org bercerai berai, sorang dadah and ade kes jenayah. Duduk pula berdekatan dengan kami dan cucu dia sekelas dengan anak kami. Walaupun mulut dia laser, tapi kami layankan ajelah kalau dia minta tolong apa2 sebb dia and anak perempuan dia ibu tunggal. Anak perempuan dia dah kawen 2 kali kawen cerai sampai dah habis talak dah rasenya. Cousin aku nilah ( ANA)yang anaknya sekelas dengan anak aku. Tak tau tiba2 si Ana ni wasap aku and maki2 katanya anak aku ni buli anak dia kat sekolah. Ok mula-mula aku layankan la kata nanti aku tegur anak aku. Eh, makin galak pula dia wasap tuduh mcm2. Aduh kalu tengok size badan pun tak logik anak aku nak buli anak die. Dua-dua anak kami ni perempuan. Anak aku ni independent sikit. Wakil sekolah itu ini, sikit pun aku tak suruh. Alih-alih kang menang ke ape cikgu yg bagitau. Aku memang busy keje, kadang2 termiss juga hal sekolah anak. Lagi satu aku hanya monitor, aku takkan force anak2 mcm mak aku buat kami dulu. Dahlah kene force belajar, bila dapat no 1, mak ko tengok report card takde perasaan. Suruh datang ambil hadiah pun, mak aku bole ckp..'Ala..tak payahla..bukan terbaik keseluruhan pun..". So, tahun depannya, aku dapat terbaik keseluruhan, tetap jugak mak aku taknak datang. Aku masih ingat aku hangkut piala besar2 alam tu naik bus tambang, balik ke rumah. Semua orgdlm bus tanya..menang ape ni dik? tahniah..tahniah..Hm..org luar pulak yg lebih excited. Sedih je ingat2.
So back to the story, aku pegi jumpa cikgu utk kepastian. Yelah mana tau anak aku ni belakon ke depan aku sopan, belakang kaki buli. Bila jumpa cikgu, cikgu bagitau yang sebenar anak dia yg byk masalah cuma cikgu tak inform mak dia just hantar kaunseling. Sebab anaknya ngadu mak die (ANA) garang and akan pukul dia kalau result exam die lagi rendah dari anak aku. Psycho kan keturunan ni? Jadi aku bagitau dia, "Ana, akak dah jumpa cikgu hal anak2 kita. Akak rasa ana pegi jelah jumpa cikgu. Biar cikgu terangkan". Mula dari tu si Ana ni terus wasap aku maki hamun cakap
" Ko jangan belagak baik. Ko tu mak ko pun tak suka ko. Anak derhaka. Sebab tu anak ko mati!".
Tak cukup tu, dia buat fitnah kat family kami kata kami keje gomen banyak makan rasuah sebab tu senang.. Astaghfirullahalazim... yang aku tau arwah pak die yg inspektor kesihatan bangga amek rasuah dulu2. And die fitnah kalau kami pegi umrah sebab nak lari dari SPRM. Aduh bangang betul fitnah dia, ingat sis ni Sajat ke main lari2 oversea ni...

Walupun fitnah dia macam bodoh..tapi tetap menjejaskan juga maruah kami waktu tu bila die canang2 kat sekolah anak. Tapi mujurlah cikgu2 kenal kami sekeluarga. Anak sulung kami pun antara best student sekolah tu. Cikgu cakap "Puan, kenapa beza sgt puan dgn sepupu Puan tu"
Ishh malulah nak ngaku sepupu. Dahla selama ni kami tolong dia mcm2, rupenya dlm minta tolong tu, sakit hati rupenya dengan kehidupan kami anak beranak. The best part is makcik aku tu pegi sound laki aku ckp yang aku ni belakon baik je. Aku and anak2 aku pompuan jahat pandai belakon. Dia kata satu hari mesti aku kena cerai bila laki aku tau lakonan aku. Eh pening aku dengan tuduhan makcik ni. Aku tido sebantal dengan laki aku, celah mana nak belakonnya. Yang aku ingat makcik2 aku ni yg kaki mak esah. Asal laki masing2 main perempuan, pegi main asap. Aku tau sebab mak aku pun penah terjebak ikut diorang. Jenis diorang ni kalu begadoh tag team, jadik beramai-ramai lah makcik2 aku serang aku and script diorg sama je:
'anak ko mati sebb mak ko tak suka ko.'
'ko tu dah senang belagak. tak ingat masa kecik susah merempat'

Dalam keadaan aku kena fitnah and maki hamun dengan family mak aku ni, pendekatan mak aku ialah taknak campur. Dia masih lagi menjaga hubungan baik dia dengan adik beradik dia yang obviously jealous dengan aku dan juga dia. Itulah yang aku kecik hati sangat. Ntah apelah yg mak mengadu domba dengan family dia hal aku sampai tak pasal2 aku kene fitnah mcm ni.

So now, drama demi drama berepisod episod..akhirnya lepas dah kena halau dengan anak kesayangan, ke rumah aku jualah akhirnya mereka duduk. Cuma itulah, duduk dalam keadaan hati terpaksa lain dengan hati yang bahagia. Laki aku orangnya sangat penyabar.. Dulu aku ada juga hilang sabar dengan mak aku, tapi husband aku yang byk sabarkan. Tapi sekarang lepas kes anak meninggal, difitnah keluarga mak, dan yang terbaru aku disahkan sakit jantung, laki aku dah mula tunjuk kuasa veto dia. Pada mulanya memang aku berniat nak jaga diorang tp bila tengok diorg tak   
berubah dengan peel pilih kasih dan xda empathy..aku mcm give up juga. Cuti belajar aku dah tak lama je lagi. Aku akan dipindahkan ke HQ. So husband aku cakap, nanti kita pindah dan serah aje balik mak bapak aku pada anak kesayangan dia untuk jaga. Husband aku taknak dah aku jaga sebab dia kata obviously mak aku hanya nak gunakan aku aje. Dah susah terduduk takda rumah pun masih nak fikirkan anak-anak kesayangan dia ( abang & akak).

Sekarang aku dalam dilema sebab tak tau sapa yg sudi jaga
1) Abang- bini memang mati2 taknak jaga
2) kakak- laki pun tak bg jaga. katanya takde privacy. Mak pun taknak sbb rumah akak kecik katanya, taknak susahkan. Lagipun akak aku tak bekerja, laki dia keje guard.
3) 2 adik lelaki- kat KL memang selamat dah la.Dua2 bini tak keja, mak taknak membebankan dan jauh katanya nak dok KL.
4) Adik perempuan- Taknak jaga sebab mak suka maki2 hamun dia dulu. Dia mcm berdendam sebab mak pilih kasih kat abang & akak sampai nyusahkan anak lain.

Masalah kedua aku ialah kadang-kadang aku rasa mcm aku pula yang sakit jiwa. Part of me kesian dgn nasib mak bapak aku. Another part aku rasa maca tak habis2 dipergunakan dan di betray oleh diorg. Aku pernah share dgn sorg kawan aku ni tapi kdg aku rasa nasihat dia mcm toxic positivity lah pulak.."syukurlah...at least sekrg ko tak keje. tak hadap stress capai kpi"..hello..aku pun ade kpi nak kene habiskan study..
" maafkanlah..org tua tak lama je lagi hidup"...
My turning point is bila tau sakit jantung and mak bapak aku takde sikit empathy. Malah dok rase entitle pulak dengan tanya2 hal faraid. Itulah yang buat aku rasa, dah takyah harap empathy diorg. Ko kena sihat supaya boleh besarkan anak ko sendiri. Takda sapa dah ko boleh harap dalam dunia ni. Ko mati, takde org sedih, malah dok lapar duit2 ko je utk kelangsungan hidup diorang. Sekarang ni dengan keturunanmak aku, mmg aku dah totally cut off. Takda satu benda yg baik pun bergaul dgn manusia2 toxic nih. And makcik & cousin aku yg buat hal tu dah blah ke KL sbb anak die dikejar ahlong & ada kes scammer. Anak dadah dia pula dah meninggal overdose. Aku taktau kebetulan atau apa, tapi Allah swt bagi pula makcik aku rase mcm mane rasa hilang anak pastu kena ejek. Biarlah dia rase, rasa strawberry coklat ke mcmane perasaan tu.

Maaf kalau citer aku terlalu panjang. Tapi ini pun aku dah cut it short dari berpuluh tahun punya memori. Luarannya memang org ingat im a lucky one. Tapi aku rasa kalau org tau liku2 hidup aku ni mungkin xde sapa yang mahu. Diisebalik ujian demi ujian ni aku bersyukur dgn 1001 nikmat lain yang Allah beri pada kami sekeluarga. Mungkin ada org ukur rezeki dari wang ringgit sahaja, tapi org lupe kesihatan dan kebahagian juga antara nikmat rezeki. Aku harap kalu aku mati biarlah dalam husnol khotimah, kalau tidak sia-sia saja anakku menunggu disana. Tapi kadang aku fikir, kenapalah aku diuji dengan wali keramat Allah ni..AKu fikir dulu ujian dgn mak bapak ni dah cukup tinggi..tapi Allah uji lagi dgn anak meninggal..dan sekarang diuji pula dengan kesihatan.
Sekarang ni aku mula rasa lemah bila bangun pagi dan momentum belajar aku pun dah mula merudum lepas aku tau ada sakit jantung. Support system aku memang failed. YAng aku ada family kecik aku (suami and anak2) dan beberapa org kawan yg ada kehidupan sendiri yg aku rasa tak patut aku share sinetron never ending dari zaman sekolah sampailah dah nak habis napas ni.

Tolong doakan aku kuat dan kalau boleh bagilah aku solution2 yang bernas. Moga Allah swt sahaja mampu membalasnya.

adila39 Publish time 26-10-2021 04:20 PM

Salam TT semoga kehidupan TT , suami dan anak anak akan sentiasa diberkati.

I baca cerita you i can feel you...i cuma boleh katakanu are so lucky sbb ada suami dan anak anak yg support you. I rasa bila kita dah berkahwin ni suami / isteri dan anak la yang jadi tunjang kehidupan kita. Ayah mak ni adalah anugerah kita yang kita kena hormat dan jaga semampu yang boleh.

I rasa soal makcik makcik hangsuang tu i think you tak patut masuk dalam kepala you pun sebab mereka to is no body to you and your family ..biarkan je la mereka tu.

I think it is best you jaga kesihatan you, stop thiking kenapa mak mcm ni kenapa x sayang or like mak yang lain. I rasa u have done ur part trying your best so thats it. Selagi you tak biadap kat dia you tak abaikan dia...Allah tahu apa you buat.

I think u patut pindah, fokus u and anak anak. Amek je la maid untuk u and anak anak you. Ibu ayah you tu...u biarkan duduk dirumah you sedia ada ni. Kalau rasa mahal sgt nak bayar double sewakan rumah untuk mereka berdua. I rasa itu yg terbaik.

Tak perlu rely mak you untuk jaga u atau care...thats it Kadang bila kematian kita ni dalam apa bentuk pun ..sebenarnya at the end of the day kadang bila i pikir hanya tinggal jasad kita, debu dan tulang tulang je la...ini fakta kan..so i rasa kita xkan bawak pun duit kita org yg kita sayang atau apa sekali pun...but apa yang kita buat semasa kita hidup amalan kita, u tak yah risau sgt Allah tu maha mengetahui..maha adil. U kena sihat..enjoy hidup u sebagai wanita yang berkerjaya, semangat yg kuat dan i rasa lets just be a better person in and out sahaja. I rasa u hanya perlu decide to let go or not.

One day nanti mak ayah you sedarla tu..u just sediakan tempat tinggal. Abang you tu esok dia jawabla kat akhirat nanti sbb tak jaga mak bapak. Semoga TT sabar , kuat and think more about what is best for u, and ur own family

LagerthaRagna Publish time 26-10-2021 05:36 PM

adila39 replied at 26-10-2021 04:20 PM
Salam TT semoga kehidupan TT , suami dan anak anak akan sentiasa diberkati.

I baca cerita you i ca ...

thank you sis..

Actually niat i bila pindah memang nak bagi je diorg duduk rumah i ni. Itulah memang yang diorg nak pun. Tapi bila i dah ada sakit jantung ni, tell u my medical bill every months mcm dah bole bayar installment rumah/kereta. Masa i kena tu i terus pegi private hosp sbb i ade insurans. So ubat2 memang high end punya ubat. I dah tanya kawan2 farmacist i kt KKM pun kebanyakan tiada ubat tu. Doc kata i masih muda, productive and bekerja, so ubat jantung i memang high end terbaik supaya bole support stent tu..(ini apa yg doc bgtau la ye).I compare harga amongpharmacy, dapatla murah sikit but memang 1k jugak. Now i tengah tunggu apa kata company if diorang bole bear the cost at least half pun ok.

So, if i pindah, memang i kene jual rumah sekarang. Lagi satu if diorang duduk rumah i sekarang how about bills? adik beradik i memang bukan abang je lepas tangan, hampir semua lepas tangan. Awal2 diorang kata taknak share bayar, tak mampu. Yang bagi parents i duit hanya i and sorang adik lelaki kat KL. Lain2 semua cakap ada kekangan. Dah banyak kali i kene tipu kata nak share bayar itu ini utk parents, end up i yg tanggung sorang2. So, kali ni husband i kata thats it. kene prioritised kan diri sendiri and ubat2 i. Mak pula kalu i suggestkan share byr adik beradik memang dia akan marah. Dia kan ckp jgn susahkan anak2 dia lain. Kalau ko taknak tolong, sudah. Jangan nak ajak susahkan adik beradik. Kesimpulannya memang susah nk bincang kami adik beradik sebab mak dah set the barrier tu. Si Lea ni kaya..so biar dia tanggung semua. Believe me..i tak kaya pun..Kaya tu Dato Vida..

Lagi satu, mak bapak i ni sejenis tak amanah juga. Masa kami outstation takda rumah, dia ajak anak cucu dia ke rumah kami, konon temankan dia. Tapi jenis pakat2 sorok2..kantoi bila tertinggal barang itu ini. apalah salahnya ckp terus terang ko nak ajak anak cucu teman ke. Jenis pulak bilik kita pun dia masuk tido. Macammane lah i tak segan dgn husband. RUmah ni lagipun rumah dia. So mcm tu lah. Memang byk2 anak, i sorang je tak berani melawan cakap dia. Tak taula sejak kecik mcmni. Tapi itulah yg hendik halau yg disayang..yg kita ni macam dibuli buli.

Catpaw Publish time 26-10-2021 05:37 PM


Amin amin yarobbalalamin untuk doa2 tt.

Untuk jaga parents tu, tt dah sakit, jadi biarlah orang lain yang jaga, setau saya tanggungjawab jaga parents ni anak laki... bukan ank perempuan, kalau kurang tepat mohon betulkan.
Pandai2lah diorang nanti.
Tt fokus la dulu kesihatan fizikal dan juga emosi.
Anak2 dah besar mana?
Tt pun ada komitmen belajar, dan keluarga sendiri yang harus diutamakan.

green~tea Publish time 26-10-2021 06:00 PM

You should listen to your husband... i believe husband u dah nasihatkan pun apa u perlu buat.. yang cakna susah sakit you pun husband you.. bukan orang lain...

Tolong parents sekadarnya lah... mak ayah yang betul2 sayangkan anak, dia taknak menyusahkan kr pergunakan anak.. mereka akan lebih bahagia tengok anak kesayangan berjaya.. sihat...

penmerah Publish time 26-10-2021 07:23 PM

ikutlah cakap husband
dia pun dah lama bersabar

sewakan rumah utk parents ke
tapi jgn beri maid nanti adik beradik tumpang letak anak

adila39 Publish time 26-10-2021 07:51 PM

LagerthaRagna replied at 26-10-2021 05:36 PM
thank you sis..

Actually niat i bila pindah memang nak bagi je diorg duduk rumah i ni. Itulah mem ...

Sakitla pulak hati baca...mmg serba salah dibuatnya.

U ikut cakap husband u...kalau u nak hidup aman damai selagi husband u boleh tolerate

U pindah sahaja ..and maklumkan siblings lain. U cakap u xde pilihan kena ikut cakap suami.

Parents u esp mak u..biarla dia gelabah sikit cari solutions. U know u buat je apa yg mudahkan hidup u. Ubat mmg mahal...and i doubt company willing to bare all costs...memula maybe but for how long..so be prepared...to one extend kdg mmg kena nampak selfish...just beri duit spt biasa kat parents but proceed ur plan. Abg u yg kena handle .

allshares Publish time 26-10-2021 10:49 PM

Sedihnya part baca anak meninggal tapi mak boleh tnya psl cucu lain letih tu. Luluh hati.

TT nasib kt hampir sama tapi i rasa u 100x ganda kot lagi sadis. Family mak i pun sama mcm mak u, asyik cari salah family ktorg je, tapi bkn sbb ktorg miskin, but sbb deorg mmg tak suka my dad. My dad ni tahap duit dia duit dia, mak iols la yg perah keringat utk besarkan anak2, yg menyara kami adik beradik is mak iols jela, bapak iols duit dia utk dia enjoy je. Imagine kalau dia beli air susu kotak tu, simpan dlm fridge, dia akan warning semua anak jgn sesape berani teguk. Susu tu dah sampai hari expired baru la dia ckp minum la. Kami anak2 ni pun pulun minum punya la teringin.

Mak iols pun pilih kasih. Waktu kakak ke3 anak kesayangan dia bersalin beria jaga, sampai panties bersalin pun dia belikan (mind u waktu ni my dad sakit bedridden so kiranya dia kena jaga 2 org my dad n my sis) Part iols, boleh dia ckp suruh laki iols ambik cuti jaga iols. Sampai iols jadi derhaka la iols sergah dlm phone TAK DPT CUTI LA setakat 10 hari tu je cuti husband iols. Pandai mengajar mcmtu mcmni bagi arahan thru phone shj (iols tunggu bertahun2 tau nk dpt anak nan satu ni, n by this time bapak i dah sihat walafiat). Bila kakak sulung iols terjebak dgn laki org kemain dia halang siap sanggup jumpe tok moh utk putuskan. Time kakak no 3 kawin laki org kemain dia tatang, ajak mkn rumah, dtg kenal2, Siap tlg simpan rahsia dari bapak iols lagi.

My nasihat for you, just dont expect much dari parents u. Jgn la mengharap deorg akan syg u mcm anak2 lain, dgn cara ni hati u mungkin lebih tenang. Bab mak pak u nk duduk mana tu, u need to learn to lantakkan je. Bio la diaorg nk duduk dgn abg u. Kalau deorg nk duduk dgn u, ckp je direct mak kena msk kene jaga anak. Ape2 pun mmg mak u dah ckp u kulilan dia kan. So what to lose? Hidup ni sometimes u kena penting diri, pekakkan telinga. I sejak remaja lagi cut tie dgn sedara mara belah my mom. Bila jumpa deorg, deorgminta fb or phone no, iols ckp terus terang je iols taknak kasi. Hati kering kan? But tu je caranya, In order to protect diri sendiri dan hati sendiri.

ninja boy Publish time 27-10-2021 12:54 PM

Edited by ninja boy at 27-10-2021 12:58 PM

Ini semua kifarah ka
Pendapat ai apa yg berlaku di atas
1) ibu bapa harus cari rezeki dgn ikhlas, manipulasi tanggung jwb jgn campak kpd anak tertentu
2) sambil x ikhlas akan ada sebutan2 mencarut spt doa dan doa buruk2 itu termakbul
3) genetic dna mengalir dlm darah, cuba lah buang jauh penyakit buruk keturunan, contoh nya jika keturunan perangai bergaduh mencarut malas dll bawak2 stop

LagerthaRagna Publish time 27-10-2021 02:13 PM

green~tea replied at 26-10-2021 06:00 PM
You should listen to your husband... i believe husband u dah nasihatkan pun apa u perlu buat.. yang...

Mak yg sayangkan anak, takkan susahkan anak tu yess...memang mak i macam tu. Tapi utk anak2 lain kecuali i..

BIasa kita dengar mak yg pilih kasih ni pada anak yg selalu senangkan dia kan? tapi dalam kes i ni terbalik pula. Macam satu dosa pulak i ok sikit dari siblings yang lain. Nak kata tak bantu adik beradik, rasanya bantu dah. Even duit bagi kat mak pun, mak faraid ke adik beradik. Every months memang potong gaji ke tabung haji mak and bagi juga cash. Tapi i tahu duit tabung haji tu pun dia guna utk anak2 dia.BUat downpayment kereta diorg la, belanja kawen la. Tapi i taknak tahu pun sebab i dah seti bagi then tu dah jadik hak dia sukati lah nak buat ape. Cumenya bila dia sendiri pun tak cukup, then duit kita bagi dia faraid2 kan..pastu sendiri rasa tak puas hati dengan kita, as it kita bagi tak cukup. Faham tak mcmmane. Mulalah dia akan mengira2 gaji kita laki bini. Ni pun satu peel yang annoying.

Dulu masa i ada bibik, die bole interview bibik i, tanya i bayar gaji berapa then compare dgn duit die dapat. And now da duduk sekali pun, kadang rasa tak bebasnya membeli-beli bila dia dok perati. Macam husband beli somethg hobby dia, mcm basikal ke..mak tanpa segan silu tanya i " guna duit siapa tu? duit ko ke?". Mak i ni perasan mcm laki i ni mcm father i pulak. padahal orgtu bekerja, ada gaji takkan die tak bole spend utk diri dia. Dia pun boss2 juga bukanlah lekeh sgt,. Tapi my husband sejenis laylow gitu..sempoi2 aje. Perangai pun tak bossy. Then kalu ada bonus, i memang bagi parents i lebih. So, dia akan tahu i bonus and dia akan tanya " husband ko, ko bagi ape?".. gitulah annoying nye.. Dahlah itu je menantu yang boleh terima dia, dia pulak pandang rendah kat org tu.

Bab menolong family nih.. remember adik i kene buang kerja masa pkp. So coincident bff i ajak share buka cafe. So i modalkan and bagi adik i manage since dia takda keje. I hampir bergaduh la dgn my bff tu sebab perangai adik i memang tak senonoh betul. Marah customer then belagak tokeh (adik i memang panas baran mcm mak).staf pun asik bertukar ganti sebb peel die yg annoying. Hari2 updates FB propa mcm cafe tu die own sorang. And mak i pulak tak suka if ada siblings keje dengan i sebab bagidie kalau nak tolong, just bagi duit. Bagi kerja ni pada dia mcm kulikan. ITu mmg prinsip mak i. Sebab tu i menyampah kalau tengok kat FB ke mana2 org susah tapi taknak keje. Lainlah kalu sakit. Harap bantuan duit aje. Pada i, tu susah sebab malas. So cafe pun bertahan setahun aje lepas mcm2 drama dgn partner (bff) i. So i decided bagi share i kat bff jelah sebelum cafe tu melingkup dek perbuatan adik i. So now adik kembali menganggur. Tapi syukurla hubungan i dgn bff tu dapat diselamatkan. Dia pun nasihatkan i, die tahu i nak tolong my sister, tapi org mcm ni attitude failed memang takkan berjaya.

Mcmtulah.. i rasa dah buat semampunya. Org kata sedekah paling afdal sedekah pada keluarga kan? I dah buat tapi tak pernah cukup. Takkan lah mak i expect i kena bg half gaji i kat dia and anak2 dia, baru dia puas hati.

Sorry i reply panjang2 sebab i've limited time to log in here daily.

green~tea Publish time 27-10-2021 02:18 PM

LagerthaRagna replied at 27-10-2021 02:13 PM
Mak yg sayangkan anak, takkan susahkan anak tu yess...memang mak i macam tu. Tapi utk anak2 lain k ...

Buat baik berpada2 u... dengarlah nasihat husband... dia ada common sense.. jangan berkorban habis2 utk family yang tak appreciate... buat baik berpada2

sarahmirza Publish time 28-10-2021 12:05 PM

aduhhh letihnya membaca.... Baru membaca..
Yang melaluinya je yang tau ....
Bertabah la TT, moga keluarga TT terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..
Dalam hidup ini, kita set la priority kita.. Jaga keluarga kita, jaga kesihatan...

SedihPedih Publish time 28-10-2021 04:11 PM

panjangnya cerita uols.. i can feel how sad u are..

bertabahla TT, u buat apa pun parents u akan mcm tu..i guess u sakit pun part of it sb terlalu fikirkan family..

so, apa yg mampu u utk tlg, tlg la seikhlas mungkin... if tak mampu jgn bg diri tu tertekan..u ada your own family yg baik yg perlukan u..take a good care of yourself utk org yg obviously syg u tu..yg lain2 pandang sipi2 ajalah..bukan u tak pernah usaha pun

k sis....hugs.. u adalah anak yg baik, u need to know that. Tak ramai yg boleh buat mcm u dh buat..

CocoCily Publish time 29-10-2021 01:40 AM

You ada support system which is your own little family. So, tolak tepi focus on kesihatan diri sendiri (physical & mental). Jangan nak fikir lebih lebih hal orang yang tak fikir pasal diri you and your little family. Semoga semua baik baik untuk sis.

putribonda Publish time 2-11-2021 04:45 PM

sakitnya hati i baca ni.
u anak yg baik tt. moga Allah membalas segala kebaikan u.
pada i, biar abang u yg jaga diorang.
tanggungjawab anak lelaki kan. lagipun mak u sayang sangat kat dia kan.
sekarang u fokus pada family kecil u sahaja.
suami u syurga u.
moga yang baik2 untuk tt sekeluarga.
hugssss

LagerthaRagna Publish time 2-11-2021 09:44 PM

Thanks you so much for the kind words..kata2 semangat. Appreciate it. Sebenarnya dah hampir sebulan juga mcm depress sbb tu lah cuba meluah kat sini. Hari-hari rasa tak semangat nak bangun tido bila fikirkan membuat sesuatuyg tak dihargai dan memikirkan kesihatan juga.

oh ye.. i ada bela kucing 13 ekor. Dari 3 stray cat sekrg dah 13 ekor. Tapi now semua dah spay dah pun. Bela kucing ni mcm therapy kat i..lepas letih belajar or buat keje, i akan main dgn kucing. rutin pagi petang mmg i akan dokluar amek angin sambil main kucing..lagi pulak musim pkp tak bole berjalan sgt. rase best bela kucing ni sebb masa kecik tak pernah dpt bela. Mak i akan buang kucing kalu kitorang cuba2 nak bela. bila kucing tu tau jalan balik, mak i akan buang and gunting misai dia supaya tak dpt balik lagi. Memang mak jenis garang and tak syg binatang pun. Buang kucing tu satu perkara biasa. kucing jiran pun pernah die terlenyek masa reverse kereta, die biar aje sampai mati kucing tu. so bila dah besar ni memang i mcm balas dendam semua benda tak dpt masa kecik, i buat.

so bila mak ayah duduk sekali ni, pagi2 tengok ayah dah tolong urus kucing. I dah ckp tak payah lah.. (knowing them bukan sejenis cat lover), tapi ayah insist nak tolong. So, i husnozun la yg diorg ni mungkin da tua dah berubah, hati dah lembut dgn haiwan. Tapi sejak ayah urus kucing2, kucing jadik ganas, asik lari rumah dan asyik sakit. Kemudian yang jantan betina belum spay pun dia campurkan aja sampai ada yg bunting masa umur baru 5 bulan. Kucing kalu sakit memang i bawa ke vet. Redho je la ada satu masa tu banyak yg sakit.

I perasan kat cage kucing i selalu ade hanger yang patah. I ada tanya ayah dia saja simpan situ nak main2 dgn kucing. Satu hari i nampak ayah pukul kucing2 tu dengan hanger tu. Padanla selalu sgt ada hanger patah. Aduh.. memang geram rasanya. Terus ckp dgn ayah tak payah la urus kucing2 tu dah. Kucing kalu kita layan kasar, dia akan makin ganas and takut. Sedih sangat tengok kucing2 tak tahu ape, dipukul pukul mcm tu. Kucing i 3 indoor, yg lain outdoor tapi i ade time bagi diorg keluar bebas. malam i akan masukkan dlm cage. Jiran2 semua ok sbb kucing i semua behave takde berak bersepah or buat onar kat rumah jiran. I memg akan tanya jiran, kucing i ade buat hal tak..so far...Alhamdulillah semua ok je..anak2 jiran pun suke main dgn kucing2 tu.

tapi sejak ayah urus ni, kucing mcm buat hal sikit. dah pandai lari rumah & ade je tak sihat. Mak pun sama juga pukul2 kucing tapi belakang i lah. Kadang i nampak sendiri, kdg anak2 yg nampak. Pukul yg jenisberiya bukan sikit2.

ITulah org kata seorg mak boleh menjaga 10 anak. tapi 10 anak tak bole jaga seorg emak. Pepatah tu irrelevant pada i. sebab if kita mak, anak kite buat hal, kita bole marah. Kalu mak yg buat hal mcmmane kita sbg anak nak marah? kang derhaka pula kan?
memang urut dada dan beristighfar banyak ajelah..

Genkidesuka Publish time 3-11-2021 04:25 PM

Edited by Genkidesuka at 3-11-2021 04:27 PM

assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

dear tt, alhamdulillah.dlm ramai2 sedara-mara serahim, u dipilih Allah dgn nikmat dan rezeki dari segi akhlak, pelajaran, pangkat dan harta.alhamdulillah.semoga Allah sentiasa redho kpd tt sekeluarga.semoga u menjadi cth yg baik kpd mrk yg lain.

hal ur parents tu, u buat je lah mana yg termampu... cth sewakan rumah yg kecil utk mrk berdua dgn melimitkan utiliti bil dn bg duit mkn.bgtahu mrk dgn jelas, u tk sekaya mcm yg mrk fikirkan.u mampu bg itu je.

u have done ur part, selainnya serahkan kpd Allah.sentiasa doakan semoga ur parents sempat berubah ke arah kebaikan.doakan juga kebaikan utk urself n family, utk ur siblings n saudara-mara.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Toxic family


ADVERTISEMENT