R2D2 Publish time 24-10-2021 10:32 PM

Mcm harga emas 916. Perkara biasa warga Sabah, Sarawak bawa byk roti Gardenia

xtra.com.my
"Macam Harga Emas 916" – Video Gadis 'Seludup' Roti Gardenia Viral Di TikTok
2 minutes

https://media.xtra.com.my/2021/10/WhatsApp-Image-2021-10-24-at-7.13.43-PM.jpeg

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan?

Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai.

Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama Gardenia yang banyak.

Begitu juga dengan seorang gadis yang berasal dari Sabah telah memuat naik satu video berkenaan ‘penyeludupan’ roti ini di laman TikTok yang bernama @loanameg.

Video tersebut menunjukkan gadis itu memborong pelbagai jenis roti Gardenia untuk dibawa pulang ke negeri Sabah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat gadis itu yang menunjukkan satu beg bagasi dipenuhi dengan roti Gardenia dan disusun dengan rapi.

“Harganya macam harga emas 916”

Melihat ke ruangan komen, ternyata rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak meluahkan perasaan terkilan mereka mengenai harga roti Gardenia di sana yang sangat mahal.

“Ada jual tapi rasa tak sama”

Walaupun terdapat kilang Gardenia di Sabah dan Sarawak, tetapi rasa roti itu tidak sama seperti di Semenanjung.

Ternyata roti ini adalah salah satu jenama roti kegemaran di kalangan warga Sabah dan Sarawak!

wanokakaka Publish time 24-10-2021 11:58 PM

Yeke mcmna blh rasa x sama? Tp last year before pkp sempat la ke sarawak beli la roti yg jual di kedai2 keras betul rotinya mmg xsama dgn roti2 yg dkt semenanjung even yg bkn gardenia pun.. mmg kejung rotinya

nakkomenjugak Publish time 25-10-2021 12:05 AM

Memang tak sedap keee roti Gardenia sana?

xpdckelate Publish time 25-10-2021 07:20 AM

gardenia sabah dan sarawak lain company dgn gardenia(KL) semenanjung..nama company je sama,rasanyalah :lol:

uda Publish time 25-10-2021 09:18 AM

nakkomenjugak replied at 25-10-2021 12:05 AM
Memang tak sedap keee roti Gardenia sana?

Memang tak sama rasanya/

besi_kelabu Publish time 25-10-2021 06:45 PM

memang tak sama..masa aku 2 tahun lebih stay kat sabah dulu roti gardenia dia ada 2 jenis jaa, roti inti sosej n roti inti tausa(kacang merah). takde yang jenis inti krim macam di semenanjung. sekarang ni tak tahu mcm mana.

becir Publish time 26-10-2021 11:35 AM

Dedulu I penah bagi sorang pokcik ni dirty look sebab dia kaut semua roti krim gardenia kat kedai sebelah departure klia2 tu..I dok ingat dia ni nak jimat duit makan time travel sebab tu beli byk2. Maafkan I ye..:lol:

mijot Publish time 27-10-2021 07:17 AM

SS ada roti gardinia tp mahal dan rasa tak sama dgn SM..
teringat masa kawan belajar kt Unimas, tiap kali dtg kuching mesti dia pesan roti gardinia..

Supersirap Publish time 28-10-2021 10:03 AM

Memang roti gardenia ini menjadi pilihan utama mereka yang tinggal di Sabah, kalau nak beli roti ini dengan murah, sila berhubung terus dengan driver lorry gardenia, biasanya mereka akan berikan penurunan harga jika kita beli dengan banyak

fazzrules Publish time 28-10-2021 10:29 AM

Rasa gardenia tanah jawi memang beza rasa dengan tanah jawu..dan ada sesetengah jenis jarang ada di jual..tapi kalau skrg jenama creamos sabah suda ada mcm2 jenis roti n den rasa not bad..kalau ada jenama gardenia, creamos, btc or lain2 di kedai tu den akan amik brand creamos dulu dari jenama lain. Bun bilis dia pun not bad. Tempat den cepat je laku.

jazaa100 Publish time 28-10-2021 11:46 PM

Dah mcm indon & milo le pulak....

kechikchomel Publish time 29-10-2021 10:34 AM

masa iolss study kat sabah dulu, tiap kali balik semenanjung atau ada org semenanjung yg iolss kenal nak g sabah, iolss pesan roti gardenia ni la :lol:
kawan iolss pernah jual roti krim gardenia yg 75sen (dulu) tu kat budak2 kelas RM1++

solarlunar Publish time 31-10-2021 12:40 PM

My sis dlu keje kt Sarawak die ckp even The Body Shop pun under company lain kt Sarawak.

So member card/promotion yang buat kt negeri lain tak applicable kt Sarawak.

missus_meow Publish time 31-10-2021 01:00 PM

beza camne ye rasanya ...
Pages: [1]
View full version: Mcm harga emas 916. Perkara biasa warga Sabah, Sarawak bawa byk roti Gardenia


ADVERTISEMENT