xpdckelate Publish time 24-10-2021 08:55 PM

Muthu disingkirkan daripada jawatan presiden Persatuan Olahraga Selangor

Kuala Lumpur: Persatuan Olahraga Selangor (POS) hari ini menyingkirkan Datuk SM Muthu daripada jawatan presiden persatuan itu dan menarik balik keahlian seumur hidupnya berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan lebih RM100,000 daripada akaun simpanan tetap POS.

Keputusan terhadap Muthu, yang juga Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (KOM) dan dua lagi pegawai POS dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu yang dihadiri 39 ahli.

Pengerusi bebas EGM yang dilantik Mohamad Zufarsyah Mohamad Idrakisyah mendakwa penyelewengan itu membabitkan dana berjumlah RM110,000 daripada akaun simpanan tetap POS dan juga dana pembangunan yang diterima daripada Majlis Sukan Negeri Selangor.

"Tiga usul diketengahkan iaitu menamatkan jawatan presiden Datuk SM Muthu dan menarik balik keahlian beliau seumur hidup. Usul sama juga dibuat terhadap bekas bendahari (Mohd Fauzi Manivannan Abdullah) dan bekas setiausaha (Abdul Rahim Mohd Noor) POS," katanya ketika ditemui Bernama selepas EGM POS di Wisma OCM di sini, hari ini.

Beliau berkata beberapa dokumen juga dikemukakan sebagai bukti berlakunya penyelewengan dana itu dalam mesyuarat selama tiga jam yang berlangsung dalam keadaan tegang.

Sementara itu, Naib Presiden persatuan itu Warughese Abraham berkata POS akan membuat laporan polis mengenai isu itu dan juga membawanya ke perhatian Pesuruhjaya Sukan.

Sementara itu Muthu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai isu berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/769952/muthu-disingkirkan-daripada-jawatan-presiden-persatuan-olahraga-selangor

xpdckelate Publish time 24-10-2021 08:56 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SM_Muthu_1635075583.jpg
MUTHU dikatakan menyeleweng dana berjumlah RM110,000 daripada akaun simpanan tetap POS. FOTO NSTP

Tokeybundle Publish time 27-10-2021 11:31 PM

Bagus ambil tindakan
Byk jgk jumlah tu
Mcm2 blh buat
Pages: [1]
View full version: Muthu disingkirkan daripada jawatan presiden Persatuan Olahraga Selangor


ADVERTISEMENT