R2D2 Publish time 24-10-2021 01:57 PM

Lagi tablet terbaharu: Samsung Galaxy Tab S8 Ultra skrin 14.6"

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra Tertiris – Memperlihatkan Skrin Bertakuk
Diterbitkan pada 24 Okt 2021. oleh Aman.

Samsung kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan Galaxy Tab S8 Ultra – iaitu tablet berspesifikasi tinggi tidak lama lagi.

Rekaan awal yang tertiris ke arena web kini melalui 91Mobiles, memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh tablet terbaru Samsung ini.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/10/Galaxy-Tab-S8-Ultra.jpeg.webp

Dari segi rekaan, skrin hadapan Galaxy Tab S8 Ultra ini emmperlihatkan rekaan bertakuk kecil dihadapan. Samsung dilihat menggunakan rekaan nirbingkai, sekaligus menggunakan takuk dalam memposisikan kamera hadapan.

Disamping itu,tablet dengan skrin 14.6-inci ini turut memperlihatkan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Spesifikasi penuh tablet ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan tablet ini dalam beberapa bulan lagi.

Supersirap Publish time 28-10-2021 10:07 AM

Cantik sangat tab tu, cuma jika harganya mampu bilik bolehlah kita merancang untuk membeli

sarah82 Publish time 29-10-2021 03:46 PM

Hahahahaha.. Hangat kat dikalangan youtuber gadget nerdy dok tgg S8 Ultra.. Katanya lagi power dari S7+

kitmal Publish time 31-10-2021 11:15 AM

wow...........tapi kena skip sebab dah ada S7+
Pages: [1]
View full version: Lagi tablet terbaharu: Samsung Galaxy Tab S8 Ultra skrin 14.6"


ADVERTISEMENT