Raline Publish time 24-10-2021 10:12 AM

Roti Canai Janda kembali ‘meletup’

Roti Canai Janda kembali ‘meletup’

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/JANDA.jpg
NORASIAH Abdul Rahman (kiri) bersama Nurul Nadia Ismail yang mengusahakan perniagaan roti canai di Kampung Baru Derang, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah. - MINGGUAN/NUR ANATI JUHARI

ALOR SETAR: Kedai Roti Canai Janda di Kampung Baru Derang, Pokok Sena, di sini kembali menjadi tumpuan setelah lebih dua bulan tidak dapat beroperasi berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan 2 di negeri ini.

Pemiliknya, Norasiah Abdul Rahman, 48, berkata, sejak peralihan PPN Fasa 3 pada 1 Oktober lalu yang membolehkan orang ramai merentas daerah, perniagaannya kembali rancak.

“Sepanjang tempoh lebih dua bulan tidak beroperasi, kami tidak dapat melakukan apa-apa untuk peroleh pendapatan dan hanya duduk di rumah,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Janda anak tiga itu dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 28, yang juga seorang ibu tunggal menguruskan kedai berkenaan.

Bagaimanapun, Norasiah berkata, perniagaannya telah terjejas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

Menurutnya, kedainya yang beroperasi seawal pukul 6 pagi kini kembali diserbu setelah dibuka dan ada pelanggan yang membuat tempahan awal.

“Ada yang menghubungi saya lebih awal untuk membuat tempahan kerana risau tidak dapat merasa roti canai ditebar saya sendiri.

“Kami yang kebiasaannya hanya membancuh adunan roti canai sekitar 15 kilogram sekarang kami tambah kepada 20 kilogram sehari supaya lebih ramai boleh merasai roti canai ini,” ujarnya.

Jelasnya, lebih 400 keping roti canai habis terjual sebelum pukul 1 petang dengan pelbagai pilihan roti seperti roti canai biasa, telur dan sarang burung.

“Kami juga menambah menu baharu iaitu roti arab yang boleh dicicah dengan kuah sardin.

“Waktu operasi juga kami lanjutkan kepada pukul 3 petang namun hanya 20 kilogram adunan roti canai sahaja, jika habis awal kami buka untuk menu yang ada,” katanya.

Norasiah juga menceritakan sejak kebenaran rentas negeri 11 Oktober lalu, ada pelanggan luar negeri ini seperti dari Kelantan menghubunginya bertanya jika kedainya beroperasi.

“Mereka menyangkakan bahawa kedai ini terletak di Kelantan kerana tidak memeriksanya lebih lanjut.

“Kami terima ramai pelanggan dari negeri lain seperti Kuala Lumpur dan Perak selain konvoi-konvoi berbasikal dan motosikal singgah untuk makan di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasional/2021/10/roti-canai-janda-kembali-meletup/

musangbodoh Publish time 24-10-2021 11:34 AM

kedai xyah pakai pelaris dah....;P

fortiori13 Publish time 24-10-2021 02:11 PM

Boleh cuba kalau ada ke alor setar nnt

nakkomenjugak Publish time 24-10-2021 02:59 PM

So apa yang special nya dengan roti canai lain?

Meiizu Publish time 24-10-2021 05:22 PM

Takbekenan marketing mcm ni..janda,anakdara,jantan buh nama dlm makanan

Belibis Publish time 24-10-2021 07:06 PM

nakkomenjugak replied at 24-10-2021 02:59 PM
So apa yang special nya dengan roti canai lain?

Janda ke..anak dara ke..kalau roti kejung macam plywood...tak guna jugakkkj..yang nak makan tekak,bukan kot**.:lol:

exclusive_vvip Publish time 24-10-2021 08:14 PM

pada akhirnya, org pompuan sendiri yg merendahkan martabat diri sendiri..mmg la betul ada status janda tu..tapi menggunakan utk promosi, dengan tagline “nikmatnya tak terlupa”, nampak murahan je..pastu kalu org kecam, kuarlah alasan kata org pikir yg negatif je..choiii

Supersirap Publish time 24-10-2021 08:33 PM

Kalau sedap boleh cuba

Raline Publish time 24-10-2021 09:00 PM

nakkomenjugak replied at 24-10-2021 02:59 PM
So apa yang special nya dengan roti canai lain?

ada bau2 masin kut

Normabaru Publish time 24-10-2021 10:10 PM

nakkomenjugak replied at 24-10-2021 04:59 PM
So apa yang special nya dengan roti canai lain?

itula puas kaka baca sampai habis..xnmpk pon apa yg sedap..takat word janda? LEMAHHHHH:lol:

gideoncross Publish time 25-10-2021 05:59 AM

Meiizu replied at 24-10-2021 05:22 PM
Takbekenan marketing mcm ni..janda,anakdara,jantan buh nama dlm makanan

Yg ni btul pastu klau yg janda2 ni, msti pmbelinya rata2 llaki mcm nsi lmak dara yg Zizan prnh bli dlu tu, yg bratur pnjng2 smuanya llaki pstu pnjualnya prmpuan yg mukanya cute putih mlepak, ptut lh laku.

gideoncross Publish time 25-10-2021 06:01 AM

Normabaru replied at 24-10-2021 10:10 PM
itula puas kaka baca sampai habis..xnmpk pon apa yg sedap..takat word janda? LEMAHHHHH

Tu lh kn? Stakat prktaan janda je, iol pastu pmbeli2 nya cuma llaki je pstu msti dlm otak dorg dh trfikirkn yg lain2. Yikes, cubalh klau pnjual tu jnda tpi muka & bdn basic je, msti xrmai yg nak mmbeli.

gideoncross Publish time 25-10-2021 06:01 AM

exclusive_vvip replied at 24-10-2021 08:14 PM
pada akhirnya, org pompuan sendiri yg merendahkan martabat diri sendiri..mmg la betul ada status jan ...

Khuenst? Yg ni btul 101%, jtuhkn mrtabat sndri dgn slogan yg brbaur lucah, nnti klau d kecam, pndai plak mlawan.

gideoncross Publish time 25-10-2021 06:03 AM

Belibis replied at 24-10-2021 07:06 PM
Janda ke..anak dara ke..kalau roti kejung macam plywood...tak guna jugakkkj..yang nak makan tekak, ...

Bgi kita yg prmpuan ni mmg rsa pelik & kdg2 mluat tpi bgi kaum llaki lgi2 yg sntiasa khausan, ni lh yg dorg tunggu2 kn wlaupn mknan tu x sdap aslkn yg d pndng tu best.

gideoncross Publish time 25-10-2021 06:03 AM

nakkomenjugak replied at 24-10-2021 02:59 PM
So apa yang special nya dengan roti canai lain?

Brbeza sbb "janda" je.

MissYouSayang Publish time 26-10-2021 04:49 AM

Perlu ke masukkan tagline yg mcm lucah tu:o
:lol:

saviour_09 Publish time 26-10-2021 09:11 AM

lol bosan gila marketing janda la anak dara la cikaro la bohsia la

kalo makanan tu hampeh tak guna jugak :lol:

gigahertz Publish time 26-10-2021 12:07 PM

Belibis replied at 24-10-2021 11:06 AM
Janda ke..anak dara ke..kalau roti kejung macam plywood...tak guna jugakkkj..yang nak makan tekak, ...

Janda ni kuasa tangan dia lain. sangat berbeza dengan anak dara.
Kalau dia boleh buat roti canai tu sedap
apa ntah lagi bayi-bayi atau anak2 dia ada.

lattehazelnut Publish time 26-10-2021 02:19 PM

exclusive_vvip replied at 24-10-2021 08:14 PM
pada akhirnya, org pompuan sendiri yg merendahkan martabat diri sendiri..mmg la betul ada status jan ...

tu lah kesian kat sume single mom sbb nila setitik..

Jitu Publish time 26-10-2021 07:23 PM

nikmat apa yg smpi tak terlupa tu ;P
Pages: [1] 2
View full version: Roti Canai Janda kembali ‘meletup’


ADVERTISEMENT