xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:22 AM

Tyson kembali bertarung

Paris: Mike Tyson mendedahkan pertarungan kembali seterusnya buat dirinya akan diadakan pada Februari depan dengan menentang 'petinju berpengaruh'.

Legenda heavyweight berusia 55 tahun itu, melakukan penampilan semula yang menakjubkan pada November, bagi pertarungan pertunjukan selama lapan pusingan menentang Roy Jones Jr.

Tyson mencatat keputusan seri bersama rakan senegara dari Amerika Syarikat, Jones, 52, namun menegaskan ia bukan pertarungan terakhirnya untuk peminat melihat aksinya di gelanggang.

Dalam satu temubual khas, Iron Mike mendedahkan dengan siapa dia akan bertarung pada aksi seterusnya, sambil mengakui ia mungkin antara Logan atau Jake Paul.

Tyson berkata: "Saya akan kembali bertarung pada Februari dan kami agak memilih mengenai lawan, tetapi ia pastinya lawan yang berpengaruh."

Tyson sebelum ini mendakwa dia mampu menumbangkan Jake dengan mudah namun tidak mahu berbuat demikian kerana keluarganya meminati individu berpengaruh di media sosial itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/769400/tyson-kembali-bertarung

xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:23 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tysonm_1634962979.jpg
Mike Tyson. FOTO Agensi

musangbodoh Publish time 24-10-2021 12:11 PM

ade penampakan kt gambar...:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Tyson kembali bertarung


ADVERTISEMENT