xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:09 AM

Basikal pelumba Itali bernilai RM48,000 lesap

Roubaix: Pelumba Itali yang beraksi di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Roubaix kehilangan basikal bernilai €10,000 (RM48,000) yang dipercayai dicuri.

Pihak berkuasa tempatan berkata, basikal berkenaan dikatakan hilang pada pagi ini atau petang tadi namun tidak menjelaskan berapa buah yang lesap.

"Mereka terlupa bahawa sepatutnya basikal perlu ditinggalkan di velodrom sehingga tamat kejohanan," kata Pengarah Jabatan Keselamatan Awam, Yannick Gomez.

Gomez menambah, basikal berkenaan diletakkan di luar hotel tempat penginapan pasukan dalam beberapa jam tanpa sebarang pengawasan.

Menjelang dua hari lagi saingan kejohanan dunia, Itali berada di tangga teratas pungutan pingat dengan merangkul tiga emas dan tujuh pingat keseluruhan.

Penganjur kejohanan memberitahu AFP kesemua pelumba yang kehilangan basikal mereka sudah menamatkan acara masing-masing.

Mereka juga berkata, pencuri turut melarikan basikal lebuh raya selain basikal trek, termasuk beberapa barang milik bintang ujian masa, Filippo Ganna.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/10/769628/basikal-pelumba-itali-bernilai-rm48000-lesap

xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:10 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/CYCLING-TRACK-WC-MEN-INDIVIDUAL-PURSUIT-FINAL_1634996771.jpg
PIHAK berkuasa tidak mendedahkan berapa buah basikal yang berjaya dibawa lari pencuri. FOTO AFP

musangbodoh Publish time 24-10-2021 12:11 PM

errrrkkk murah plak basikal dorang..ke aku salah baca

Tokeybundle Publish time 27-10-2021 11:29 PM

Siapa pny keje la tu
X pasal2 hilang basikal
Pages: [1]
View full version: Basikal pelumba Itali bernilai RM48,000 lesap


ADVERTISEMENT