xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:07 AM

Bagnaia rangkul petak utama kali keempat berturut-turut

Misano Adriatico: Francesco Bagnaia berjaya merangkul petak utama buat kali keempat berturut-turut selepas berjaya bangkit melakukan tunggangan meyakinkan di Emilia Romagna sekali gus membuka peluang buat pelumba Ducati itu untuk merebut kejuaraan musim ini.

Pelumba Itali itu mencatat masa terpantas di sesi kelayakan pertama dan kedua sekali gus memadamkan aksi hambar pada sesi latihan ketiga.

Dia mencatat masa satu minit 33.045 saat untuk merangkul petak utama mengatasi rakan sepasukan, Jack Miller.

Dia sekarang ini 52 mata di belakang pendahulu keseluruhan Fabio Quartararo tatkala berbaki tiga lagi perlumbaan dan ketika pelumba Yamaha itu akan memulakan saingan esok di petak ke-15 Bagnaia mampu untuk mengheret lagi pertarungan mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

Bagnaia berpeluang untuk meraih kemenangan selepas dia pernah menumpaskan Quartararo di litar yang sama di Grand Prix San Marino bulan lalu.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2021/10/769643/bagnaia-rangkul-petak-utama-kali-keempat-berturut-turut

xpdckelate Publish time 24-10-2021 07:08 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-ITA-MOTOGP_1634999573.jpg
BAGNAIA berpeluang untuk muncul juara esok selepas meraih petak utama. FOTO AFP
Pages: [1]
View full version: Bagnaia rangkul petak utama kali keempat berturut-turut


ADVERTISEMENT