Raline Publish time 22-10-2021 09:42 PM

'Maruah bola sepak negara jahanam'

'Maruah bola sepak negara jahanam'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kd_1634823985.jpg
KHALID kesal ada pemain tak serius sahut panggilan skuad negara.

Kuala Lumpur: Bekas pemain Harimau Malaya era 80-an, Khalid Ali membidas sikap segelintir pemain yang tidak serius menyahut panggilan skuad kebangsaan tidak kira sama ada ia membabitkan pasukan senior mahupun bawah 23 (B-23) tahun negara.

Katanya, semangat patriotik negara seharusnya disematkan di dada semua pemain dengan pentadbir kelab dan pemilik harus menggalakkan perkara itu.

Namun Khalid mengakui sedih melihat senario bola sepak tempatan sejak beberapa tahun lalu yang dilihat tidak harmoni apabila pemain senang-senang menolak panggilan skuad kebangsaan demi kepentingan pihak tertentu.

"Benda ini (menolak panggilan skuad negara) menyakiti hati kita, menyakiti penonton. Kalau mana-mana pemain itu tak mahu menyahut panggilan negara, kita jangan panggil lagi. Maruah bola sepak negara jahanam disebabkan masalah ini. Saya dah dengar banyak kali masalah macam ini, sebab keletihan lah, sebab kecederaan lah, sebab mak nak kawin lah dan macam-macam lagi.

"Pemain dulu tak macam sekarang. Kami dulu hormat panggilan negara, tapi sekarang dunia sudah terbalik," katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, isu kegagalan membariskan skuad terbaik negara dalam kejohanan utama di peringkat antarabangsa sering menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Sejak enam ke tujuh tahun lalu, sudah beberapa kali kem negara berdepan situasi sukar apabila segelintir pemain mudah menolak tugasan di saingan antarabangsa dengan pelbagai alasan.

Namun barisan pengurusan kejurulatihan tetap tenang menempuh ranjau itu demi memastikan skuad negara mampu bersaing dan berjaya dalam setiap perlawanan.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/10/768876/maruah-bola-sepak-negara-jahanam

musangbodoh Publish time 23-10-2021 04:12 AM

cuba yg expert komen skit...hmmm adekah sbb duit;P

Tokeybundle Publish time 25-10-2021 11:40 AM

musangbodoh replied at 23-10-2021 04:12 AM
cuba yg expert komen skit...hmmm adekah sbb duit

Blh jd jgk.....
Pages: [1]
View full version: 'Maruah bola sepak negara jahanam'


ADVERTISEMENT