xpdckelate Publish time 22-10-2021 09:34 PM

Quartararo intai kejuaraan dunia

Milan: Fabio Quartararo semakin hampir untuk muncul juara dunia MotoGP kali pertama Ahad ini di Grand Prix Emilia-Romagna yang akan menyaksikan Valentino Rossi tampil kali terakhir di depan penyokong Itali.

Quartararo yang beraksi bersama Yamaha, kini mempunyai kelebihan 52 mata berbanding pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang menduduki tempat kedua ketika berbaki tiga pusingan perlumbaan lagi untuk musim 2021.

Dengan 25 mata maksimum mampu dikutip, Quartararo akan muncul pelumba pertama Perancis memenangi kejuaraan dunia jika dia menamatkan perlumbaan mengatasi Bagnaia yang turut mengintai takhta itu pada usia 24 tahun.

Quartararo berada pada prestasi terbaik selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Marc Marquez pada Grand Prix of the Americas di Texas pada perlumbaan terakhir.

Dia juga menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua di Misano ketika Grand Prix San Marino bulan lalu.

"Untuk saingan kali ini, sasaran saya berubah sedikit. Kali terakhir kami beraksi di Misano, saya berlumba untuk menang dan tidak memikirkan mengenai kejuaraan dunia," kata Quartararo.

"Sudah tentu saya mahu lakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan paling baik pada minggu ini."

Namun Bagnaia pastinya akan memberikan saingan sengit dan cuba untuk menghalang Quartararo daripada mengesahkan kejuaraan dunia minggu ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2021/10/768614/quartararo-intai-kejuaraan-dunia

xpdckelate Publish time 22-10-2021 09:36 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fabio2_1634785812.jpg
FABIO Quartararo. FOTO Agensi
Pages: [1]
View full version: Quartararo intai kejuaraan dunia


ADVERTISEMENT