Raline Publish time 22-10-2021 09:28 PM

Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/longest-cruise.jpg
Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada 2023. - Dan Lamont

Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia

MIAMI, FLORIDA –Syarikat perkapalan Royal Caribbean International bakal menawarkan pelayaran selama 274 hariyang merupakan pelayaran paling lama di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pelayaran yang dipanggilUltimate World Cruise itu akan menjelajah 65 buah negara di seluruh dunia.

Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada penghujung 2023.

Harga tiket bagi pakej pelayaran penuh melibatkan 150 buah lokasi termasuk lokasi yang disenaraikan sebagai ’11 keajaiban dunia’ itu dijual pada harga AS$60,999 (RM253,328) setiap seorang.

Pelayaran itu akan berlepas dari Miami pada 10 Disember 2023 sebelum kembali semula kelokasi sama pada 10 September 2024.

“Ini merupakan pelayaran dunia paling mengagumkan. Orang ramai sudah mula mengembara semula bagi ‘membalas dendam’ (perintah berkurung Covid-19).

“Royal Caribbean menjadikan pelayaran inisatu realiti menerusi percutian menakjubkan ini,” kata Ketua pegawai Eksekutif Royal Caribbean, Michael Bayley dalam satu kenyataan akhbar.– AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/10/22/royal-caribbean-tawar-pelayaran-paling-lama-di-dunia/

musangbodoh Publish time 23-10-2021 04:25 AM

dah ader thread nie:loveliness:

gochi88 Publish time 31-10-2021 04:04 AM

hello, thank you for your this info.
Pages: [1]
View full version: Royal Caribbean tawar pelayaran paling lama di dunia


ADVERTISEMENT