Raline Publish time 21-10-2021 06:41 PM

Maria Wattel Sado Gila!

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/netherland-bodybuilder.jpg
Wattel memiliki ketinggian 181 sentimeter. - Guinness World Records

Maria Wattel diiktiraf ahli bina badan wanita tertinggi dunia

AMSTERDAM – Seorang atlet dari Belanda yang memiliki ketinggian 181 sentimeter (sm) telah diiktiraf sebagai atlet bina badan wanita paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Maria Wattel, 41, berkata rakannya, Oliver Richters mencadangkan kepadanya untuk memohonpengesahan Guinness World Records selepas Richters disahkan sebagai atlet bina badan lelaki paling tinggi di dunia oleh badan rekod dunia itu.

Wattel berkata,dia mula aktif dalam sukan bina badan pada usia 19 tahun dan mula bertanding pada Mac 2005.

Menurutnya, bertanding adalah mencabar kerana penganjur berdepan kesukaran sukar untuk menempatkannya dalam kategori tertentu kerana ketinggiannya.

“Saya pernah bertanding dalam pertandingan di mana saya tidak dinilai atau dinilai melalui sesuatu yang biasa seperti ketinggian,” katanya.

Wattel berkata, dia menganggap rekod dunia itu sebagai ‘mahkota kecil’ dalam kerjaya bina badannya.

“Untuk dikenali oleh Guinness World Records adalah satu kejutan besar.

“Menjadi seorang wanita yang tinggi dan mempunyai kerjaya sebagai ahli bina badan wanita adalah sesuatu yang sukar,” katanya. – Agensi

sUMBER:https://www.kosmo.com.my/2021/10/21/maria-wattel-diiktiraf-ahli-bina-badan-wanita-tertinggi-dunia/

Pages: [1]
View full version: Maria Wattel Sado Gila!


ADVERTISEMENT