R2D2 Publish time 21-10-2021 11:16 AM

Huawei Nova 9 akan dilancar 28 Oktober ni. Harga mampu dot dot

Huawei Nova 9 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 28 Oktober 2021
Diterbitkan pada 21 Okt 2021. oleh Amy Maizuraa.

Huawei kini berkongsi perancangan untuk membawa masuk peranti baharu lagi ke pasaran tempatan. Peranti berkenaan adalah Huawei Nova 9 yang telah dilancarkan terlebih dahulu di China, tempoh hari. Dalam pada itu, Huawei turut sama mendedahkan tarikh pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2021.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Huawei-Nova-9-pro-01-2.jpg.webp

Huawei Nova 9

Acara yang dinamakan sebagai Huawei Apac Autumn Launch tersebut akan diadakan secara dalam talian bermula jam 7 petang. Cumanya, masih tidak diketahui model manakah yang bakal dilancarkan kelak – ia berikutan terdapat dua model berbeza yang diperkenalkan di China, sebelum ini. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk ketahui penawaran lebih lanjut kelak.

Sumber : Huawei Malaysia

R2D2 Publish time 21-10-2021 12:01 PM

#Huawei
Siri Huawei Watch GT 3 Dan MateBook 14s Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
Diterbitkan pada 21 Okt 2021. oleh Amy Maizuraa.

Selain daripada Huawei Nova 9, terdapat beberapa lagi produk lain yang turut akan diperkenalkan di acara Huawei Apac Autumn Launch kelak. Antaranya seperti penawaran komputer riba baharu yang dinamakan sebagai Huawei MateBook 14s. Di samping, model kemaskini untuk rangkaian peranti boleh-pakai mereka menerusi siri Huawei Watch GT 3.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/10/Huawei-Matebook-14s-B.jpg.webp

Bercakap mengenai Huawei MateBook 14s, ia merupakan komputer riba dengan dengan skrin 14.2″ 2K bernisbah 3:2, dijana cip sehingga Intel Core i7-11370H, grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri 60Wh. Pengecasan pantas 90W disertakan dengan sambungan menerusi USB-C yang mampu beroperasi mencapai 3 jam lamanya dengan 15 minit masa pengecasan.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/10/Huawei-Watch-GT-3-Malaysia-001.jpg.webp

Untuk siri Huawei Watch GT 3 pula, masih belum ada sebarang info berkaitan spesifikasinya, setakat ini. Bagaimanapun, video promosi acah yang dikongsi oleh Huawei mempelihatkan jam tangan ini akan mempunyai butang kawalan berputar pada bahagian sisi. Di samping, sebuah lagi butang fizikal seakan Huawei Watch 3 Pro. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut mengenai kesemua produk Huawei ini.

Sumber : Huawei Malaysia

R2D2 Publish time 2-11-2021 12:38 AM

https://apicms.thestar.com.my/uploads/images/2021/11/01/1353038.jpg

_blackbird Publish time 2-11-2021 10:33 AM

aku skeptikal sikit dengan brand china ni. first diorg ni reverse engineering org lain punya pastu dasar negara china sendiri yg cuba nak kuasai dunia dan rakyat mereka sendiri buat aku ragu2 produk diorg, mesti ada selit2 software utk spy pengguna

R2D2 Publish time 3-11-2021 01:51 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nova%209%20Large%20image.jpg

R2D2 Publish time 3-11-2021 01:52 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot%202021-11-01%20at%209.45.49%20AM.png
Pages: [1]
View full version: Huawei Nova 9 akan dilancar 28 Oktober ni. Harga mampu dot dot


ADVERTISEMENT