R2D2 Publish time 20-10-2021 08:14 PM

Vivo lancar model baharu, Vivo T1 5G dan T1x 5G

Vivo T1 5G dan T1x 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 778G dan Bateri 5000 mAh
Diterbitkan pada 20 Okt 2021. oleh Effi Saharudin.

Vivo T1 5G dan T1x 5G telah diumumkan di China hari ini sebagai peranti kelas pertengahan premium terkini dari Vivo. Kini mulakan dahulu dengan Vivo T1 5G yang dilengkapi skrin 6.67″ IPS LCD 120Hz, dijana cip Snapdragon 778G, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri pula sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/10/Vivo-T1-5G-B.jpg.webp

Kamera utama 64+8+2 MP dipadankan pula dengan kamera hadapan 16MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan juga bicu audio. Sistem operasi yang digunakan pula adalah OriginOS 1.0 yang berasaskan Android 11.

Vivo T1x 5G yang dilengkapi skrin 6.53″ IPS LCD 120Hz , dijana cip MediaTek Dimensity 900, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri pula sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/10/Vivo-T1x-5G-A.jpg.webp

Kamera utama 64+2 MP dipadankan pula dengan kamera hadapan 16MP. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan juga bicu audio. Sistem operasi yang digunakan pula adalah OriginOS 1.0 yang berasaskan Android 11.

Di China jualan akan dibuka bermula 1 November dengan Vivo T1 5G dijual pada harga bermula RMB 1999 (~RM 1301) manakaal Vivo T1x 5G pula dijual pada harga bermula RMB 1699 (~RM1106).
Pages: [1]
View full version: Vivo lancar model baharu, Vivo T1 5G dan T1x 5G


ADVERTISEMENT