Raline Publish time 19-10-2021 10:39 AM

Hampir putus asa, bacaan penanda kanser cecah 2,000

Hampir putus asa, bacaan penanda kanser cecah 2,000

https://assets.bharian.com.my/images/articles/haz_1634180848.jpg
Hazlina bersama suaminya, Shaharizad yang sentiasa beri sokongan kuat sebagai penguat semangat bertahan harungi kehidupan. - Foto/Noor Hidayah Tanzizi

SERI ISKANDAR: Jika dilihat wanita ini sama seperti insan biasa lain yang sihat dan sentiasa ceria, namun ini sebenarnya pesakit kanser payudara tahap empat masih cekal melawan penyakitnya itu.

Malah, dalam kegembiraan usahawan produk kecantikan, Hazlina Mohd Hani, 39,

pernah melalui tahap bacaan penanda kanser naik hampir 2,000 sedangkan bacaan normal 35 ke bawah.

Ketika itu beliau sudah dikhabarkan tiada harapan untuk hidup dan hanya melakukan radioterapi sebagai ikhtiar.

Biarpun pernah melalui saat getir dan merasakan hidupnya tidak lama selepas disahkan menghidap penyakit itu, mengajar wanita jelita ini mengharungi kehidupan supaya tidak mudah berputus asa.

Suaminya, Shaharizad Shahrul Asmawi, 39, dan anak penguat semangat hidupnya selepas disahkan kanser payudara pada 2011.

"Saya menyedari ada ketulan di payudara kanan dan ketika itu masih positif, namun saya tetap melakukan pemeriksaan di hospital.

"Tetapi semuanya berubah dalam sekelip mata apabila doktor mengesahkan kanser sudah berada di tahap dua.

"Saya menangis dan sukar menerimanya kerana sejarah keluarga saya tiada yang menghidap penyakit itu," katanya.

Mulanya beliau menyimpan rahsia penyakit daripada semua ahli keluarganya kerana tidak mahu mereka risau, kecuali adik kembarnya sehari sebelum pembedahan membuang ketulan di payudara.

"Hanya suami saja yang tahu penyakit saya dan hari pertama menjalani kemoterapi baru saya beritahu ibu bapa dan ibu bapa mentua. Sebelum itu mereka hanya tahu ketulan (biasa)," katanya.

Perasaan ingin kembali sihat jadi pendorong terutama melihat anak lelaki, Shaharifqi Mifzal, 13, dan Shahafizi Mifzal, 11, apatah lagi ketika itu anak bongsunya baru berusia setahun lebih.

"Setahun pertama menjalani rawatan, hospital sudah seperti rumah kedua saya dan saya sudah menjalani lapan kali kemoterapi dan 28 radioterapi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/14pc_1634180861.jpg
Hazlina ketika membuat rawatan kanser payudara yang kini berada pada tahap empat.- Foto/Noor Hidayah Tanzizi

"Saya kemudian disahkan bebas kanser selama dua tahun, namun masih tetap perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap dua bulan," katanya.

Buat kali keduanya dunia bertukar gelap apabila doktor mengesahkan sel kanser menyerangnya kembali pada awal 2016 dan sudah tahap empat selepas pemeriksaan kesihatan mengesan ketulan sebesar biji kacang dan sel kanser merebak ke hati, dalam masa sebulan membesar seperti syiling 50 sen.

"Apabila ia sudah merebak ke hati memang tiada apa boleh dilakukan melainkan hanya kemoterapi dan radioterpi. Lebih setahun saya melakukan kemoterapi dengan pelbagai jenis ubat.

"Kemudian, kira-kira sebulan lebih doktor beritahu ada ubat yang sesuai tetapi kosnya tinggi dan perlu diambil setiap bulan. Ubat itu membantu antibodi dan sehingga kini saya masih mengambilnya," katanya.

Pada zahirnya beliau tampak sihat tetapi bukan alasan untuk meratapi takdir hidupnya kerana beliau tidak mahu mengalah untuk meneruskan kehidupan.

"Saya pernah merasai penat teramat dan perjalanan kemoterapi sangat perit apabila selalu muntah, rambut gugur menjadikan saya botak dan tiada alis kening tetapi apabila melihat wajah suami dan anak semangat itu kembali kuat.

"Kisah saya hanya beberapa ahli keluarga saja yang tahu dan saudara mara hanya tahu sejak tahun lalu. Jika ke hospital untuk rawatan ramai sangka saya datang melawat pesakit dan bukannya pesakit kanser," katanya.

Kemudian, beliau memilih menjalani kehidupan dengan gembira dan meneroka bidang kecantikan selepas disarankan suami supaya tidak memikirkan penyakitnya itu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/haz1_1634180855.jpg
Bangga mampu mengusahakan perniagaan produk kecantikan.- Foto/Noor Hidayah Tanzizi

Anak kelahiran Batu Gajah itu berkata, kini sebagai pesakit kanser tahap empat beliau mahu produk yang selamat untuk dirinya dan juga orang lain dan memulakan produk kecantikannya, Mamaira by Folio Essence untuk pencuci muka dan serum serta memasuki pasaran pada 2018.

"Kita 'rebanding' produk tiga bulan lalu selain pemungkusan harga juga diturunkan susulan pandemik COVID-19 kerana sasaran juga untuk berpendapatan rendah, selain pasukan pemasaran yang komited," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2021/10/875954/hampir-putus-asa-bacaan-penanda-kanser-cecah-2000

kitmal Publish time 7-11-2021 08:00 PM

ooooo jual product ingatkan apa
Pages: [1]
View full version: Hampir putus asa, bacaan penanda kanser cecah 2,000


ADVERTISEMENT