novelloverzz Publish time 17-10-2021 11:57 AM

Elak sidai pakaian dalam rumah, boleh bawa kesan buruk terhadap kesihatan anda

https://berita.mediacorp.sg/image/4665872/1634212354000/large16x9/768/432/laundry.jpg

Ada sesetengah individu yang lebih gemar untuk menyidai pakaian dalam rumah.

Ini terutama sekali apabila mereka mencuci pakaian pada waktu malam dan ada juga yang lebih cenderung untuk menjemur pakaian dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.

Lazimnya, pakaian akan disidai dalam rumah jika rumah itu tidak mempunyai ampaian, atau individu itu tinggal di sebuah pangsapuri, menukil rencana Mingguan Wanita.

Ada sesetengah individu pula yang mengambil jalan selamat untuk menjemur pakaian dalam rumah kerana khuatir tiada sesiapa berada dalam rumah jika hujan turun.

Ada sesetengah alasan untuk menjemur pakaian dalam rumah mungkin boleh diterima.

Namun, tahukah anda menjemur pakaian dalam rumah sebenarnya mempunyai kesan terhadap kesihatan diri?

Ini antara sebab-sebabnya:

1. PENYEBAB BARAH

Jika anda sering menambah pelembut kain atau 'fabric softener' untuk mengharumkan pakaian yang sudah dicuci, kandungan tinggi bahan acetaldehyde dalam sabun pelembut kain itu boleh memudaratkan kesihatan anda jika ia sering dihidu.

Justeru, jika boleh, cuba elakkan daripada menjemur pakaian dalam rumah kerana bahaya jika bahan acetaldehyde itu kerap dihidu.


2. PENGARUH ALAHAN

Udara yang terperangkap dalam rumah boleh menyebabkan bakteria tumbuh.

Jika anda mengalami masalah kulit, elakkan daripada menjemur pakaian dalam rumah.

Ini kerana ia adalah salah satu faktor utama penyebab alahan (ruam) dan masalah gangguan pernafasan, menukil rencana Mingguan Wanita.

3. BERACUN

Pernahkah anda membasuh pakaian namun terlupa untuk menyidainya lalu pakaian yang baru sahaja dicuci menjadi bau busuk walaupun ia sudah direndam dalam pelembut kain.

Itulah dianggap sebagai racun.

Hanya dalam jangka masa tertentu, udara yang dihidu boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda tanpa disedari, menurut rencana Mingguan Wanita.

4. PENYAKIT SEMPUT

Mengeringkan pakaian dalam ruang kecil boleh meningkatkan kadar kelembapan di ruang itu dan menyebabkan kenaikan debu.

Ini merupakan satu alasan utama penyebab asma dan alahan.

5. MELEMAHKAN SISTEM DAYA KETAHANAN TUBUH

Amalan menjemur pakaian dalam rumah boleh melemahkan sistem daya ketahanan tubuh.

Justeru, ia tidak pelik jika penghuni rumah itu mudah mengalami selesema, demam atau mungkin dijangkiti pelbagai penyakit lain.

Untuk mencegah kesan tidak diingini itu, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah.

Sebaiknya, pakaian yang basar dijemur di bawah terik matahari.

Namun, pastikan anda tidak menjemurnya secara langsung bagi mengelakkan warna pakaian daripada menjadi kusam dan luntur.


Kredit: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/elak-sidai-pakaian-dalam-rumah-boleh-bawa-kesan-buruk-terhadap/4665870.html

Jayayakaka33 Publish time 23-10-2021 12:42 AM

Info yg bagus
X tau plk sblm ni

novelloverzz Publish time 23-10-2021 07:27 AM

Jayayakaka33 replied at 23-10-2021 12:42 AM
Info yg bagus
X tau plk sblm ni

Selalunya kategori strata mgkn ada yg guna option ni..klu nk lbh secure bole cuba guna dryer..

Supersirap Publish time 30-10-2021 12:18 AM

Selalu jemur di dalam rumah, tapi memang basuh x pernah pakai softner sebab bau terlalu kuat nad sakit hidung, dah tau ni memang lepas ni jemur je diluar

farhana008 Publish time 16-11-2021 09:20 PM

saya pakai pencuci jenis indoor drying. tak pernah letak softener. ada bilik kosong dalam rumah, saya sidai dalam tu, pintu renggangkan sikit dan buka kipas. so far takde bau hapak

makadek Publish time 16-11-2021 09:24 PM

Aku sejenis suka jemur kt panas
Kalau musim panas serba maknika aku jemur
Sampai ke tepung

Kacang bawang

Toto sofa
Semua lah puas hati aku

Cpkay Publish time 6-1-2022 04:12 PM

novelloverzz replied at 23-10-2021 07:27 AM
Selalunya kategori strata mgkn ada yg guna option ni..klu nk lbh secure bole cuba guna dryer..

betul .. nowdays dryer below rm 1000 pun boleh dapat.
keperluan dah sekarang

lemon88 Publish time 6-1-2022 10:23 PM

ouhhhhh lahhh baru tau wehhh!! selalu sidai baju malam kat rumah sebab aku ni syif pagi bila masanya nak basuh dngan sidai hahaha..dok rumah apartment, kalau nak sidai baju kat branda tu, org tua2 kata tak elok kan??

chimumeow Publish time 7-1-2022 04:41 AM

Cpkay replied at 6-1-2022 04:12 PM
betul .. nowdays dryer below rm 1000 pun boleh dapat.
keperluan dah sekarang

Nak beli dryer jugak satu tapi xde ruang dah nak letak sebab mesin basuh besar sngt. Mesin basuh yg sekali dgn dryer xde sngt kalau x boleh jimat ruang sebab duk flat sempit sikit

hyunda Publish time 7-1-2022 04:44 AM

farhana008 replied at 16-11-2021 09:20 PM
saya pakai pencuci jenis indoor drying. tak pernah letak softener. ada bilik kosong dalam rumah, say ...

Sama la. Guna brand top yg wrna kuning elok sikit bau pn x sengat hidung mcm softlan. Adik beradik ramai lgi jenuh nak sidai baju bnyk2 tu kena beli detergent yg okay baru bau x hapak

pen_till Publish time 7-1-2022 05:19 AM

Edited by pen_till at 14-1-2022 03:25 PM

lemon88 replied at 6-1-2022 10:23 PM
ouhhhhh lahhh baru tau wehhh!! selalu sidai baju malam kat rumah sebab aku ni syif pagi bila masanya ...
Sidai baju kat beranda takut angin kuat terbang jatuh ke bawah je. Hujan lebat pun kena tempias gak kalau x sidai baju elok2. Pastu basah teruk bau hapak tu yg jdi bakteria kat baju. La ni pakai washer panasonic, anti bacterial spin pun almost kering, sidai kejap je.

farhana008 Publish time 7-1-2022 08:04 AM

hyunda replied at 7-1-2022 04:44 AM
Sama la. Guna brand top yg wrna kuning elok sikit bau pn x sengat hidung mcm softlan. Adik beradik ...

saya pula guna breeze untuk indoor drying. biasanya saya sidai kat drying rack yang ada trolley dan keringkan dalam bilik kosong sambil buka kepas. bila buka kipas, baju cepat kering.

chimumeow Publish time 8-1-2022 10:48 PM

farhana008 replied at 7-1-2022 08:04 AM
saya pula guna breeze untuk indoor drying. biasanya saya sidai kat drying rack yang ada trolley da ...

Dulu prnh guna trick ni jugak bukak kipas nak keringkn baju tpi bill letrik melambung adui. Kena beli mesin basuh baru la kot sbb yg lama ni mcm basuh bnyk kali pun baju x cuci sngt

hyunda Publish time 8-1-2022 10:54 PM

chimumeow replied at 8-1-2022 10:48 PM
Dulu prnh guna trick ni jugak bukak kipas nak keringkn baju tpi bill letrik melambung adui. Kena b ...

Duk survey mesin basuh jugak ni tapi x sure brand mana yg bagus. Electroluc yg rating tinggi kalau mesin basuh front load ni. Dryer & vacuum brand electroluc pun pernah tngok jgk kat kedai

pen_till Publish time 8-1-2022 10:59 PM

chimumeow replied at 8-1-2022 10:48 PM
Dulu prnh guna trick ni jugak bukak kipas nak keringkn baju tpi bill letrik melambung adui. Kena b ...

Baju lembap2 ni yg x best bila selalu pakai mcm tu boleh naik ruam kat badan. Bakteria tu dh satu hal pastu sekarang ni kuman covid tu yg melekat kat baju bila kluar rumah. Risau kadang2 kat rumah ada mak ayah & anak umur 5 tahun

farhana008 Publish time 9-1-2022 03:56 PM

chimumeow replied at 8-1-2022 10:48 PM
Dulu prnh guna trick ni jugak bukak kipas nak keringkn baju tpi bill letrik melambung adui. Kena b ...

biasanya saya basuh waktu malam. dah sidai biar aje bawah kipas sepanjang malam, pagi nanti baru tutup kipas. saya pakai mesin basuh jenis front load.

chimumeow Publish time 10-1-2022 05:33 AM

hyunda replied at 8-1-2022 10:54 PM
Duk survey mesin basuh jugak ni tapi x sure brand mana yg bagus. Electroluc yg rating tinggi kalau ...

Samsung pun okay jugak tapi lepas 2 tahun tu selalunya mudah rosak kalau tak jaga elok2. Habuk2 yg dlm tub tu kena selalu buang takut nnti tersumbat dlm tu habis busuk baju yg basuh

hyunda Publish time 10-1-2022 05:36 AM

chimumeow replied at 10-1-2022 05:33 AM
Samsung pun okay jugak tapi lepas 2 tahun tu selalunya mudah rosak kalau tak jaga elok2. Habuk2 yg ...

Betul weii sebab kalau top load mmg mudah serap habuk yg kotor tu pastu hapak baju. Ingtkn sebab guna sabun sikit rupa-rupanya mesin basuh yg problem. Kalau putar kuat pun xleh jugak rosak material baju

pen_till Publish time 10-1-2022 05:40 AM

farhana008 replied at 9-1-2022 03:56 PM
biasanya saya basuh waktu malam. dah sidai biar aje bawah kipas sepanjang malam, pagi nanti baru t ...

Tak suka sngt basuh mlm2 tapi pagi sebelum g kerja tu basuh baju semua sempat la sidai. Nak tnya awk guna brand mesin basuh apa ya sbb duk survey jgk mesin basuh baru yg murah

chimumeow Publish time 10-1-2022 05:43 AM

hyunda replied at 10-1-2022 05:36 AM
Betul weii sebab kalau top load mmg mudah serap habuk yg kotor tu pastu hapak baju. Ingtkn sebab g ...

Beli yg smart wash baru senang mesin basuh tu yg detect sendiri baju kita. Tapi harga mesti mahal giler kena start simpan duit dri sekarang la sbb nak beli g capacity yg besar
Pages: [1] 2
View full version: Elak sidai pakaian dalam rumah, boleh bawa kesan buruk terhadap kesihatan anda


ADVERTISEMENT