DARSITA Publish time 17-10-2021 06:02 AM

Soalan berkenaan dgn Jabatan Ugama Islam Malaysia


Emak dan anak buka satu acct bank:- Lets say 500K. Emak meninggal dunia dan si anak hendak keluarkan duit simpanan tetapi Jabatan Ugama Islam Malaysia menahan pengeluaran sehinggalah bayaran cukai yang dikenakan ke atas simpan tersebut dibayar oleh si anak.

Soalan: Emak dan anak bukan berugama Islam jadi kenapa Jbt Ugama Islam masuk campur? Adakah ini undang undang baru?



Terimakasih.


ussopp Publish time 19-10-2021 03:48 PM

SEPATUTNYA begitu....

tidak ada faktor2 lain atau kekeliruan atau salahfaham yang berlaku kah?

Lagubestbest Publish time 19-10-2021 04:17 PM

Edited by Lagubestbest at 19-10-2021 04:23 PM

ussopp replied at 19-10-2021 03:48 PM
SEPATUTNYA begitu....

tidak ada faktor2 lain atau kekeliruan atau salahfaham yang berlaku kah?
memang ada cukai pemindahan wang warisan. mana2 negara pun ada. cukai sistem konvensional lebih cekik darah berbanding sistem islamik. agaknya tu akaun di bank islamik kot. atau memang dah tick part "lakukan ikut cara islamik" tu pada bab apa dipersetujui untuk dibuat "jika berlaku kematian" masa buka akaun dulu (si emak dah dinasihatkan, faham dan setuju sistem islamik lebih murah tanpa caj pelik2 kot).

ussopp Publish time 19-10-2021 09:04 PM

Lagubestbest replied at 19-10-2021 04:17 PM
memang ada cukai pemindahan wang warisan. mana2 negara pun ada. cukai sistem konvensional lebih cek ...

ooo..hal ni kompleks.....

perlu diselesaikan dgn merujuk syarat syarat yg telah ditetapkan dan dipersetujui bersama

ketika awal perjanjian dibuat.

ibnur Publish time 26-10-2021 10:23 AM

Cukai sepatutnya akta bawah kuatkuasa Kementerian Kewangan.
Zakat di bawah kuasa Sultan dan YDPA atau melalui Majlis Agama Islam Negeri.Kena tahu juga akaun tu kena tahan bawah akta apa?
Setahu saya cukai warisan sudah dimansuhkan dan tidak dikuatkuasakan lagi di Malaysia.

Mungkin ada sejarah sumber wang berkenaan yang hanya pemegang akaun tu sahaja yang tahu.

ibnur Publish time 26-10-2021 10:24 AM

Lagubestbest replied at 19-10-2021 04:17 PM
memang ada cukai pemindahan wang warisan. mana2 negara pun ada. cukai sistem konvensional lebih cek ...

Malaysia dah lama mansuhkan ini. Sekarang baru nak bincang semula di Parlimen.

DARSITA Publish time 25-12-2021 02:09 PM


Terimakasih ya semua. Saya sudah balik Malaysia dan berhubung dgn bank (MAYBANK) Mereka sangat terkejut dgn tuduhan ini. Saya sudah pun "ketuk" kepala anak buah saya kerana memandai mandai buat cerita. Saya ckp kalau tak faham tanya barang 10x!

Thanks again.
Pages: [1]
View full version: Soalan berkenaan dgn Jabatan Ugama Islam Malaysia


ADVERTISEMENT